JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, May 13, 2011

KEHIDUPAN ADALAH KEJAYAAN


Didalam kehidupan seharian ini pastinya kita akan beroleh kejayaan..
Namun disamping kejayaan pasti nya ada kegagalan..
Kegagalan sama ada sebelum perancangan, semasa perancangan dan selepas perancangan..
Namun mengapa setiap kegagalan yang diperolehi disambut dengan kehampaan??
Sedangkan kita mengetahui bahawa kegagalan itulah kunci kepada kejayaan..
Seperti kita melakukan kesalahan..
Kadangkala kita tidak akan merasakan sesuatu itu salah selagi tidak menerima kritikan daripada insan lain..
Dalam kehidupan, kita mesti selalu memerhatikan antara kejayaan dan kegagalan..
Bukan bererti kejayaan yang kita perolehi adalah kejayaan sebenar..
Dan bukan bererti kegagalan yang kita perolehi adalah kegagalan yang sebenar..
Maksudnya disini seperti contoh kita mengambil peperiksaan..
Kita berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang..
Sudut teori kita memang beroleh kejayaan tetapi sudut amali belum pasti..
Begitu lah juga dengan sebaliknya..
Kehidupan kita ini adalah satu kejayaan..
Setiap masa itu adalah kejayaan..
Setiap detik itu adalah kejayaan..
Setiap jam itu adalh kejayaan..
Setiap minggu, bulan dan tahun itu juga adalah kejayaan..
Kesimpulannya setiap apa yang kita lakukan adalah kejayaan..
Walaupun dari lahiriahnya adalah kegagalan tetapi itulah kjejayaan dalam kehidupan kita..

Ayuh renungkan KALAM ALLAH YANG AZIZ di bawah ini :
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).( Al-Fath : 1-3 )"

No comments: