JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

KAEDAH AL-WIJADAH

AL-WIJADAH
Maksud metode ini ialah :
• Mendapatkan kitab seseorang tanpa kebenarannya untuk meriwayatkan hadis-hadis di dalamnya dengan bersandarkan kepada seseorang.
• Seseorang yang mengambil hadis daripada kitab-kitab tertentu tanpa mendengar, tanpa ijazah dan mengambilnya untuk diriwayatkan hadis tersebut.
• Seseorang yang memperolehi tulisan hadis daripada orang lain yang tidak diriwayatkannya, sama ada dalam bentuk lafaz, al-Sima’, al-Qira’ah dan lain-lain metode daripada pemilik hadis atau pemilik tulisan tersebut.

IKHTILAF ULAMA'
Pada metode ini berlaku khilaf antara ulama’ iaitu :
1. Imam Malik berpendapat ianya tidak diharuskan.
2. Imam al-Syafi’i mengharuskan dengan syarat seseorang itu perlu menyebut secara terang dan jelas di mana maklumat yang diriwayatkannya itu diambil daripada kitab seseorang yang tertentu.

BENTUK AL-WIJADAH
• Pelajar mendapati beberapa hadis dengan tulisan sheikh yang meriwayatkan hadis-hadis tersebut dan dia mengenali sheikh itu. Tetapi pelajar itu tidak mendengar hadis daripada sheikh dan tidak juga mendapat ijazah.

HUKUM PERIWAYATAN AL-WIJADAH
• Periwayatan secara wijadah adalah termasuk dalam hadis munqati’ tetapi dari satu segi ia adalah secara bersambung-sambung.

LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN AL-WIJADAH
• Orang yang menemui hadis itu berkata: وجدت بخط فلان أو قرأت بخط فلان كذا (saya mendapati tulisan si fulan atau saya membaca tulisan si fulan”, kemudian dia menyebutkan sanad dan matan.

2 comments:

Anonymous said...

Have you ever considered about including a little bit more than just your
articles? I mean, what you say is valuable and all. Nevertheless just
imagine if you added some great graphics or video clips to give your posts more, "pop"!

Your content is excellent but with pics and videos, this blog could certainly be one of the very best
in its niche. Excellent blog!
my website > How to find a doctor you love

Anonymous said...

You're ѕo іntегеsting!
I don't thіnk I hаve rеаd sоmething like thаt befοre.
Ѕo gгeat tο ԁіscover somebοdy with ѕome unique thoughts оn this
іѕsue. Really.. thank you for staгting this up.
Thiѕ ѕitе is οne thing that's needed on thе web,
sοmeonе ωіth somе oгigіnаlіty!


Μу wеbpage: voyance par telephone