JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

KAEDAH AL-WASIYAH

AL-WASIYAH
Terdapat beberapa pengertian terhadap metode ini diantaranya ialah :
• Memberi kepercayaan atau menyerahkan sesebuah kitab hadis kepada seseorang supaya dia boleh meriwayatkan hadis-hadis di dalamnya dengan bersandarkan kepada orang yang memberikan kepercayaan untuk mempergunakan kitab tersebut. Sebagai contohnya, Abu Qilabah Abdullah bin Ziyad telah mengamanahkan kitab-kitabnya kepada Ayyub al-Sukhtiyani.
• Seseorang guru yang mengamanahkan kitab atau tulisannya yang mengandungi hadis kepada seseorang supaya diriwayatkan.
• Seseorang guru yang mewasiatkan atau mengamanahkan kitabnya yang mengandungi hadis yang mana hadis tersebut ia meriwayatkannya daripada orang tertentu sama ada wasiat tersebut sebelum ia meninggal dunia atau sebelum musafir sebelum diriwayatkan.
Menurut pendapat Ahli Hadis, metode wasiat ini adalah metode yang paling lemah dalam menerima hadis berbanding dengan metode-metode yang lain. Malahan sesetengah ulama’ lain tidak mengharuskan metode ini.




HUKUM PERIWAYATAN DENGAN CARA WASIAT
1. Harus: Ini pendapat sebahagian salaf, bagaimanapun ini tidak tepat kerana sheikh itu mewasiatkan kitab bukan mewasiatkan supaya meriwayatkannya.
2. Tidak harus, inilah yang betul.

LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN AL-WASIYAH
Ketika menyampaikan riwayat dengan wasiat ini perawi atau guru akan mengatakan :
أوصى إليّ فلان بكذا أو حدثني فلان وصية
“Si fulan mewasiatkan kepada saya dengan sekian sekian atau si fulan telah menceritakan kepada saya secara wasiat”.

No comments: