JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

KAEDAH AL-SIMA'



AL-SIMA’
Metode al-Sima’ bermaksud : Guru membacakan hadis kepada muridnya dan muridnya mendengar dari gurunya. Ini bererti seseorang murid itu mendengar setiap lafaz gurunya dengan teliti dan penuh prihatin. Pemerhatian atau pendengaran itu baik ketika gurunya membaca hadis itu dalam bentuk hafalannya atau membaca pada tulisan yang dicatatkan. Mendengar daripada guru itu meliputi pendengaran secara langsung atau di sebalik tabir. Sekiranya pendengaran itu di sebalik tabir, syaratnya perawi itu mesti yakin bahawa suara dan orang yang memperkatakan tentang hadis itu adalah suara gurunya. Hal ini terbukti dimana Sahabat menerima hadis daripada isteri Nabi Muhammad SAW seperti Aisyah. Hal ini juga berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 53 yang berbunyi :
53. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual.

Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
Kaedah al-Sima’ ini merupakan teknik yang paling baik dalam peringkat kaedah menerima hadis dan ia pernah dilalui oleh para Sahabat, di mana mereka hadir bersama dalam majlis Nabi SAW mendengar apa yang Baginda perkatakan dan menghafalnya segera. Andainya teknik ini diberi keutamaan, maka sesuatu hadis itu akan terpelihara daripada lupa dan timbil perselisihan.

KAEDAH DAN METODE AL-SIMA’
• Pengucapan lisan.
• Pembacaan dari kitab.
• Soal jawab.
• Imla’.

PENGUCAPAN LISAN
Amalan ini mula berkurangan pada pertengahan akhir kurun kedua Hijrah. Murid-murid menyertai dan bersama dengan guru mereka dalam jangka masa yang panjang, hingga mereka dipercayai mempunyai autoriti terhadap hadis-hadis riwayat guru mereka.


PEMBACAAN DARIPADA KITAB
Sememangnya majoriti guru lebih suka membaca hadis daripada kitabnya sendiri. Terdapat juga pembacaan berlaku dengan guru membaca kitab tulisan muridnya atau catatan muridnya sama ada ia dalam bentuk salinan atau pilihan daripada kitabnya sendiri.

SOAL JAWAB
Dalam kaedah dan ciri ini murid-murid selalu membaca sebahagian daripada hadis dan guru membaca dengan sepenuhnya.

IMLA’
Nabi Muhammad SAW sering mengadakan majlis imla’ hadis. Namun begitu Sahabat jarang melakukannya. Imla’ ialah guru membacakan kepada pelajar untuk menyalin atau menulisnya. Metode ini tidak digalakkan pada awal Islam, kerana dengan berlangsungnya metode ini pelajar boleh mengumpulkan pengetahuan yang banyak dalam masa yang singkat tanpa usaha yang banyak. Al-Zuhri dikatakan orang pertama yang mengamalkan metode ini yang berlangsung pada akhir abad pertama Hijrah hingga akhir hayat beliau. Berbanding metode lain, metode ini paling jarang digunakan. Namun selepas al-Zuhri mengamalkannya, metode imla’ ini menjadi kebiasaan digunakan dengan menyeluruh pada abad kedua Hijrah dan selepasnya. Lafaz yang digunakan oleh perawi dalam meriwayatkan hadis yang diterima mengikut teknik dan kaedah al-Sima’ ialah :
• Seseorang telah menceritakan kepadaku.
• Seseorang telah mengkhabarkan kepadaku.
• Aku melihat.


LAFAZ PENYAMPAIAN HADIS
Lafaz-lafaz penyampain hadis melalui metode ini adalah dengan cara : “aku telah mendengar dan telah menceritakan kepadaku”. Jika perawinya banyak : “kami telah mendengar dan telah menceritakan kepada kami”. Ini menunjukkan bahawa seseorang tersebut mendengar daripada gurunya bersama yang lain. Selain itu lafaz yang turut digunakan juga ialah : “telah berkata kepadaku”, lebih tepat untuk mendengarkan dalam mudzakarah pelajaran, bukan untuk mendengarkan hadis.

No comments: