JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

KAEDAH AL-MUNAWALAH


AL-MUNAWALAH
Metode ini bermaksud seseorang guru yang memberikan kepada pelajarnya dalam bentuk kitab asal atau bahan salinan atau apa sahaja bentuk bahan bertulis yang mengandungi hadis untuk diriwayatkan. Metode munawalah ini juga bermaksud menyampaikan kitab kepada murid. Kaedah ini juga bermaksud seseorang memberikan manuskrip atau catatan tangannya kepada seseorang murid dan memberikan autoriti untuk meriwayatkannya. Sebagai contohnya ialah, al-Zuhri yang dilahirkan pada tahun 51 Hijran dan meninggal dunia pada tahun 124 Hijrah telah memberikan manuskrip-manuskripnya yang mengandungi catatan hadis kepada beberapa orang sahaja seperti al-Thawari, al-Awza’i dan ‘Ubaidullah Bin ‘Umar. Kesimpulannya, walaupun metode munawalah ini tidak dilaksanakan secara meluas pada zaman-zaman awal, namun ada pendapat mengatakan al-Zuhri pernah menggunakan metode ini pada awal Islam dengan menyerahkan catatan-catatan hadisnya kepada orang yang dipercayainya seperti, al-Thawari, al-Awza’i, dan ‘Ubaidullah bin ‘Umar.


BAHAGIAN-BAHAGIAN AL-MUNAWALAH
1. Munawalah dengan ijazah. Ini merupakan bentuk ijazah yang paling tinggi secara mutlak. Gambarannya ialah guru menyerahkan kepada pelajar akan kitabnya dan berkata kepadanya: Ini adalah riwayat saya daripada si fulan maka riwayatkanlah daripada saya kemudian beliau memberi milik kepada pelajar itu atau meminjamkannya untuk penyalinan.
2. Munawalah tanpa ijazah. Gambarannya ialah guru menyerahkan kitabnya kepada pelajar dengan hanya mengucapkan ini adalah riwayat yang saya dengar.


HUKUM AL-MUNAWALAH
1. Harus meriwayatkan dengan cara munawalah berijazah dan ini merupakan peringkat periwayatan yang lebih rendah daripada sama’ dan qira`ah ‘ala al-Syaikh.
2. Tidak harus meriwayatkan secara munwalah tanpa ada ijazah. Ini adalah pendapat yang sahih.


LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN AL-MUNAWALAH
1. Yang lebih baik ialah perawi berkata si fulan telah menghulurkan kepada saya atau menghulurkan dan memberi ijazah kepada saya. Ini sekiranya munawalah itu secara ijazah.
2. Diharuskan dengan lafaz sama’ dan qira`ah yang disebutkan munawalah seperti حدثنا مناولة (meriwayatkan kepada kami secara munawalah) atau أخبرنا مناولة وإجازة (memberitahu kepada kami secara munawalah dan ijazah).

No comments: