JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

KAEDAH AL-KITABAH

AL-KITABAH
Al-Kitabah mengikut pengertian bahasa membawa maksud sebagai, surat-menyurat. Manakala mengikut sudut istilahnya ialah mempelajari dan meriwayatkan hadis melalui surat atau kiriman. Ianya juga boleh membawa maksud sebagai seseorang guru yang menulis sendiri atau menyuruh orang lain menulis sesebuah hadis untuk disampaikan kepada seseorang tertentu yang berada ditempat lain atau orang yang ada di hadapannya. Al-Kitabah juga membawa maksud sebagai penulisan hadis untuk diberikan kepada orang lain supaya meriwayatkannya. Kaedah ini boleh disamakan dengan metode belajar melalui surat menyurat atau gaya pos pada zaman sekarang. Metode dan kegiatan ini dilaksanakan dengan meluas dan ia dilaksanakan semenjak zaman awal Islam lagi. Contohnya, surat-surat rasmi daripada Khalifah al-Rasyidin yang mengandungi banyak hadis yang diriwayatkan oleh perawinya. Konteks lain juga, ramai Sahabat Nabi Muhammad SAW dan perawi hadis menulis hadis riwayat mereka dan mengirimkannya kepada murid atau sahabat mereka.


BAHAGIAN-BAHAGIAN AL-KITABAH
Kitabah terbahagi kepada dua:
1. Disertakan dengan ijazah seperti أجزتك ما كتبتُ لك أو إليك (saya memberi ijazah kepada anda apa yang saya tulis untuk atau kepada anda) dan sebagainya. Riwayat cara ini adalah shahih kerana kedudukannya sama kuat dengan munawwalah yang disertai dengan ijazah.
2. Kitabah tanpa disertakan dengan ijazah seperti ditulis untuk si fulan beberapa hadis dan dikirimkan kepadanya tanpa disertakan ijazah. Pada metode ini terdapat banyak perselisihan dalam hukum periwayatannya.

HUKUM AL-KITABAH
1. Kitabah dengan ijazah: periwayatannya adalah sah dan ia sama kuat dengan munawalah berserta dengan ijazah.
2. Kitabah tanpa ijazah: Sekumpulan ulama menegahnya sementara yang lain mengharuskannya. Pendapat yang sahih di sisi ulama hadis ialah harus dengan cara ini kerana ia menunjukkan kepada makna ijazah.

ADAKAH DISYARATKAN BUKTI KEPADA KESAHIHAN TULISAN?
1. Sebahagian ulama mensyaratkan bukti kepada tulisan dengan mendakwa satu tulisan menyerupai tulisan yang lain. Ini adalah pendapat yang lemah.
2. Sebahagian pula mengatakan memadai bagi orang yang menerima tulisan itu mengetahui siapa penulisnya kerana tulisan seseorang berbeza dengan tulisan orang lain. Inilah pendapat yang sahih.

LAFAZ-LAFAZ PERIWAYATAN AL-KITABAH
1. Dengan menjelaskan sebutan kitabah, seperti kata-kata: كتب إليّ فلان “Si fulan telah menulis kepada saya.
2. Menyebutkan lafaz sama’ dan qira`at dengan disertakan lafaz kitabah, seperti حدثني فلان أو أخبرني كتابة (si fulan menceritakan atau memberitahu saya kepada secara penulisan).

No comments: