JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

KAEDAH AL-I'LAM

AL-I’LAM
Al-I’lam dari sudut bahasa membawa maksud sebagai memberi maklumat. Manakala mengikut pengertian istilah diberikan dalam pelbagai takrif diantaranya ialah :
• Guru memberitahu kepada muridnya dimana sesebuah hadis atau kitab yang diriwayatkannya didengar atau diambil daripada orang lain tanpa memberitahu dengan jelas mengenai ijazah atau kebenaran supaya muridnya itu meriwayatkannya pula kepada orang lain.
• Seseorang guru memberitahu kepada muridnya bahawa hadis yang diriwayatkannya adalah riwayatnya sendiri yang diterima daripada seseorang guru dengan tidak menyuruh muridnya meriwayatkan hadis tersebut.
• Memberitahu seseorang bahawa orang yang memberitahu itu mempunyai perakuan atau kebenaran untuk meriwayatkan sesebuah kitab tertentu dengan bersandarkan kepada ulama’ tertentu.
Bukti atau tanda metode ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli Hadis mengharuskan cara meriwayatkan hadis berbentuk ini dengan syarat tertentu iaitu :
• Guru seorang yang thiqah.
• Guru seorang yang amanah.
Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis. Sebagai rumusannya, metode al-I’lam ini ada faedahnya iaitu, orang kedua menerima hadis terpaksa mencari naskah asal yang mengandungi surat akuan dan nama orang yang memberi akuan dan kebenaran itu.


HUKUM PERIWAYATAN AL-I’LAM
Ulama berbeza pendapat tentang metode ini:
1. Harus: ini pendapat kebanyakan ulama hadis, fuqaha` dan ulama usul.
2. Tidak harus: Ini pendapat ramai dari kalangan ulama hadis dan lain-lain. Inilah yang sahih kerana sheikh memberitahu bahawa hadis itu adalah apa yang diriwayatkannya tetapi tidak harus meriwayatkannya kerana terdapat kecacatan padanya. Namun, sekiranya sheikh memberi ijazah untuk meriwayatkannya maka hukumnya harus.

LAFAZ PENYAMPAIAN AL-I’LAM
Ketika meriwayat dari cara ini, perawi akan berkata bahawa : أعلمني شيخي بكذا (guru saya telah memberitahu kepada saya).

No comments: