JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

KAEDAH AL-'ARD WA AL-QIRA'AH

AL-‘ARD WA AL-QIRA’AH
Dikalangan Ahli Hadis, kaedah al-‘Ard dikenali juga sebagai metode : al-Qira’ah atau ‘Ard al-Qira’ah iaitu : Bentang dan baca. Metode dan kaedah ini merupakan teknik yang biasa dan kerap dilakukan, ia sudah digunakan sejak awal abab kedua Hijrah. Melalui kaedah ini, murid akan membaca dan menghafal mana-mana hadis yang diterima atau dicatat dalam buku kepada gurunya. Manakala guru pula mendengar dengan teliti apa yang dibaca oleh muridnya itu. Melalui metode ini, mana-mana pelajar yang hadir sama ada mereka terlupa atau tertinggal mana-mana catatan hadis, bolehlah mereka menambahnya atau mengulanginya atau membetulkan hafalan dan catatan dalam kitab masing-masing. Jumhur ulama’ Hadis mengharuskan kaedah membacakan hadis dihadapan guru ini.

PERINGKAT AL-‘ARD WA AL-QIRA’AH
Setiap metode yang digunakan mempunyai tahap dan peringkat masing-masing. Antara metode al-Sima’ dan al-‘Ard wa al-Qira’ah, al-‘Ard wa al-Qira’ah adalah lebih rendah daripada al-Sima’.

BENTUK LAFAZ AL-‘ARD WA AL-QIRA’AH
Ketika menyampaikan hadis atau riwayat yang dibaca oleh si perawi adalah menggunakan lafaz berikut : “aku telah membaca kepada si fulan”, atau “telah dibacakan kepadanya dan aku mendengar orang membaca lalu ia menyetujuinya”. Lafaz al-Sima’ berikutnya adalah yang terikat dengan lafaz Qira’ah seperti : haddatsana qiroatan alaihi (ia menyampaikan kepada kami melalui orang padanya). Namun yang umum menurut para ahli hadis adalah dengan menggunakan lafaz “akhbarana” saja tanpa tambahan yang lain.

No comments: