JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

JALAN MENERIMA HADIS

PENGERTIAN
Maksud “jalan menerima hadis” atau dalam Bahasa Arabnya “thuruq at-tahammul” ialah cara-cara menerima hadis dan mengambilnya dari syaikh setiap daripada anak murid mereka. Dalam pengertian lain, penuntut daripada seseorang syaikh mengambil kata-kata daripada syaikh mereka untuk meriwayatkan hadis atau apa yang mereka dengarkan daripada syaikh mereka. Manakala yang dimaksudkan dengan “bentuk penyampaian” atau dalam bahasa Arabnya “shighah al-ada” pula ialah lafaz-lafaz yang digunakan oleh ahli hadis dalam meriwayatkan dan menyampaikan hadis kepada muridnya dengan lafaz : “sami’ tu...” (aku telah mendengar), atau “haddatsani” (telah bercerita kepadaku), atau yang semisal dengan nya. Kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam menerima dan meriwayatkan hadis ini adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian dalam penggunaanya. Setiap istilah mempunyai pengertian yang tersendiri. Ianya diguna mengikut setiap peringkat kedudukannya bagi penggunaan dalam menyesuaikan istilah tersebut.


CARA MENERIMA DAN MERIWATKAN HADIS
• Al-Sima’.
• Al-‘Ard wa al-Qira’ah.
• Al-Ijazah.
• Al-Munawalah.
• Al-Kitabah.
• Al-I’lam.
• Al-Wasiyyah.
• Al-Wijadah.

No comments: