JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

ISTILAH PERIWAYATAN HADIS

ISTILAH MENUNJUKKAN METODE PERIWAYATAN HADIS
Terdapat istilah atau lafaz atau simbol kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis dalam menerangkan metode penerimaan hadis riwayatnya atau erti kata lain bagaiman dia memperolehi riwayatnya. Biasanya istilah atau simbol atau kependekan ini digunakan untuk meringkaskan masa, ruang dan senarai periwayat hadis. Antara istilah, symbol atau kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis ialah :
• Haddathana. Kebanyakannya ditulis dengan “thana” atau “na” sahaja. Perkataan “haddathana” sering digunakan untuk menerangkan metode al-Sima’. Iaitu kaedah atau metode guru membacakan hadis kepada muridnya.
• Akhbarana. Kebanyakan ditulis na sahaja. Kadangt-kadang ia ditulis juga dengan arana. Perkataan akhbarana sering digunakan untuk menerangkan metode ‘Arad atau al-Qira’ah. Iaitu murid membacakan hadis kepada guru.
• Anba’ana. Perkataan ini sering digunakan dalam metode Ijazah dan Munawalah.
• Sami’a. ianya hanya digunakan dalm metode al-Sima’ sahaja.
• ‘An. Ianya digunakan dalam kesemua jenis metode yang telah disebutkan iaitu dalam al-Sima’, al-‘Ard wa al-Qira’ah, al-Ijazah, al-Munawalah, al-Kitabah, al-I’lam, al-Wasiyyah dan al-Wijadah.
Daripada lima istilah yang telah dinyatakan diatas, kelima-lima istilah tersebut tidak sama tarafnya. Kedudukannya adalah sebagaimana berikut :
• Perkataan hadathana atau hadhathani dan akhbarana atau akhbarani adalah paling tinggi kedudukannya.
• Perkataan ‘an adalah merupakan yang paling rendah tarafnya.
Istilah-istilah yang diguna pakai ini tidak boleh diubah sama sekali ketika menyalin hadis.

No comments: