JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, May 10, 2011

HADIS SAHIH

PENGERTIAN HADIS SAHIH
1) Menurut pengertian bahasa, sahih membawa maksud sebagai sihat atau tidak
sakit.
2) Manakala mengikut pengertian istilah pula, ianya membawa maksud hadis yang
diiktiraf oleh syarak. Ianya merupakan hadis yang boleh digunakan sebagai hujah.

BAHAGIAN HADIS SAHIH
Hadis sahih dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
1) Sahih lidzatihi.
2) Sahih lighairihi.

PENGERTIAN SAHIH LIDZATIHI
Sahih Lidzatihi merupakan hadis yang mana salasilah rangkaina sanadnya adalah bersambung yang diwakili oleh para perawi yang adil, dhabit, tidak janggal, tidak syaz dan sempurna dari seluruh aspek penerimaan sesebuah hadis tersebut.

PENGERTIAN SAHIH LIGHAIRIHI
Sahih lighairihi merupakan hadis yang mana diriwayatkan oleh para perawi yang sudah terkenal dengan kebenaran dan baik, namun kurang dari sudut pemeliharaan mereka. Perawi ditahap ini adalah mereka yang tidak mencapai taraf hafiz. Namun dari segi keadilan, dhabit, tiada syaz dan kejanggalan tetap terpelihara.

No comments: