JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, May 10, 2011

HADIS DA'IF

PENGERTIAN HADIS DA'IF
1) Menurut pengertian bahasa, hadis da'if membawa maksud lemah.
2) Manakala menurut pengertian istilah pula membawa maksud sebagai setiap hadis yang tidak menepati syarat-syarat hadis sahih dan hadis hasan.

SEBAB HADIS DA'IF LEMAH SUDUT HUJAH
1) Tidak cukup syarat-syarat sahih seperti perawinya pendusta, fasiq, dan bida'ah.
2) Terdapat kecacatan atau 'illah seperti perawinya mudallis, majhul dan mubham.
3) Perawinya kurang dhabit seperti perawinya selalu melakukan kesilapan, pelupa.
4) Sanadnya tidak bersambung seperti gugur seorang sanad atau lebih.
5) Terdapat kejanggalan atau syaz seperti matan menyalahi matan periwayat yang thiqah.

BAHAGIAN HADIS DA'IF
1) Sanad tidak bersambung. Hadis Mu'allaq, Munqati', Mu'dal, Mursal, dan Mudallas.
2) Gugur syarat adil. Hadis Mawdu', Matruk, Munkar dan Mubham.
3) Gugur syarat dhabit. Hadis Mudraj, Maqlub, Mudtarib, Musahhaf, dan Muharraf.
4) Syaz. Hadis Syaz.
5) Ada kecacatan. Hadis Mu'allal.

No comments: