JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, May 10, 2011

FEMINISME


Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Sebahagian besar ahli-ahli gerakan kewanitaan khususnya bimbang akan apa yang dianggapnya sebagai ketaksamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga menjejaskan kepentingan kaum perempuan; sesetengah mereka memperdebatkan bahawa identiti-identiti berdasarkan jantina, seperti "lelaki" dan "perempuan", merupakan ciptaan masyarakat. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-norma kelelakian, ahli-ahli gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-persoalan punca ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti berdasarkan jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.

Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal, perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalin dan gaji yang sama. Banyak ahli gerakan feminisme pada hari ini menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuan untuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama. Mereka juga mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran, serta persoalan kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang berkenaan, seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang maju. Tema-tema yang diperiksa dengan teliti dalam feminisme termasuk kebapaan, penstereotaipan, pengobjekan seks, serta penindasan.


Pertubuhan feminisme
• Amanah Ansar Burney
• Persatuan Psikologi untuk Wanita
• Ensiklopedia Britannica: Feminisme - rencana percuma
• Persatuan Feminisme Pendukung Pembebasan
• Pusat untuk Kemajuan Wanita
• Jawatankuasa Wanita Asia
• Laman web FemINist INitiative dari British Columbia
• Majoriti Gerakan Feminisme
• NOW – pertubuhan negara untuk Wanita di Amerika Syarikat
• Wanita yang hidup di bawah undang-undang Islam
• Gerakan Feminisme untuk Penyataan Bebas
• Laman web ifeminists: Tempat untuk feminisme individualis dalam talian
• 1001 pautan feminisme - Galeri Lilith Toronto.
• Forum Wanita Bebas
• Forum Wanita Australia
• Persatuan Revolusi Wanita Afghanistan (RAWA)
• Liga Wanita Lebih Tua - Suara Wanita Pertengahan Umur dan Lebih Tua (OWL)


Yang menyokong feminisme
• Feminisme & Kajian Ketakganasan
• Laman web Susan Brownmiller : Di mana Feminisme Hidup
• Judith Butler - Bibliografi
• Naomi Wolf - Sumber
• Laman web FemBio : Wanita Antarabangsa yang Terkenal
• Susan Faludi - Sumber
• Hattie Gossett - Biografi
• Laman web EServer: Feminisme dan Kajian Wanita
• Konvensyen Air Terjun Seneca: Mengajar tentang Hak Wanita dan Warisan
Perisytiharan Kemerdekaan
• Rangkaian Kebebasan Wanita


Yang kritis kepada feminisme atau jenis feminisme yang tertentu
• RADAR
• Laman web Equity feminism
• Sudut Pandangan Kelelakian: Jawapan kepada Tuntutan Gerakan Feminisme
• Mengapa Kongres Tidak Harus Mengendahkan Tentangan Gerakan Feminisme Yang
Radikal Terhadap Perkahwinan
• Anti-Feminisme Wanita untuk Kemasyhuran dan Keuntungan – oleh Jennifer
Pozner yang mengkritik apa yang dipanggil ahli feminisme "penentang"
seperti Christina Hoff-Sommers
• Tampil ke depan dan lantang bersuara – Wawancara tentang Queer Punk dan
Feminisme. Dokumentatasi, 2001, 60Min, Jerman, OmU Inggeris


Feminisme dan agama
• Riffat Hasan mengenai konservatisme agama: Teologi feminisme sebagai cara
untuk memerangi ketakadilan terhadap wanita di komuniti/kebudayaan Islam
• Wanita Yahudi dan Revolusi Feminisme – daripada Arkib Wanita Yahudi
• Islam sejak dari Kebapaan sehingga Feminisme

No comments: