JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, May 30, 2011

DIMANAKAH HATI KITA??


PINTALAH HATI SEBEGINI :



1) HATI YANG SEDAR..
Sebagaimana firman ALLAH SWT yang mafhumnya : "Sesungguhnya keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa tersebut tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati yang sedar yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh kepada pengajaran itu dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya (50 : 37)"
YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADAKU HATI SEBEGINI


2) HATI YANG BERSIH..
Firman ALLAH SWT yang mafhumnya : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih dengan iman dan amal kebajikan (91 : 9)"


3) HATI YANG LURUS..
Mereka berdoa dengan berkata "Wahai Tuhan kami, janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami limpahan rahmat dari sisimu. Sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya (3 : 8)"



4) HATI YANG TERTUTUP (HIJAB)..

Firman ALLAH SWT yang mafhumnya : "... dan diantara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (Al-Quran) padahal kami telah jadikan berlapis-lapis ata hati mereka yang menghalang merea daripada memahaminya dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat yang menjadikan mereka pekak (6 : 25)"
YA ALLAH JAUHKAN AKU DARIPADA HATI TERSEBUT

No comments: