JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, May 31, 2011

BUATMU OH TEMAN


ANDAI DIRIKU DI BERI PILIHAN,
INGIN KU MEMILIH SEORANG TEMAN,
YANG CANTIK NYA SEPERTI BULAN..
NAMUN ALLAH LAGI MENGETAHUI,
BAHAWA TEMAN YANG AKU PEROLEHI,
JAUH LEBIH INDAH DARIPADA,
CAHAYA BULAN TERSEBUT..
DALAM MEMBENTUK AKHLAK DAN PERIBADIKU,
YANG SERBA KEKURANGAN INI..




ANDAI DIRIKU DI BERI PILIHAN,
INGIN KU MEMILIH SEORANG TEMAN,
YANG INDAH NYA SEPERTI BINTANG..
NAMUN ALLAH LAGI MENGETAHUI,
BAHAWA TEMAN YANG AKU PEROLEHI,
JAUH LEBIH INDAH DARIPADA,
BINTANG YANG ADA DI LANGIT TERSEBUT..
IANYA UNTUK MENJADIKAN KEHIDUPAN,
BUAT DIRIKU TURUT CANTIK DENGAN KEHADIRANNYA..


ANDAI DIRIKU DI BERI PILIHAN,
INGIN KU MEMILIH SEORANG TEMAN,
YANG ILMU NYA SEPERTI SEORANG ULAMA..
NAMUN ALLAH LAGI MENGETAHUI,
BAHAWA TEMAN YANG AKU PEROLEHI,
JAUH LEBIH SESUAI DARIPADA,
ULAMA YANG BERILMU PENGETAHUAN..
IANYA UNTUK MENJADIKAN DIRIKU,
MAMPU UNTUK BERSAING DENGANNYA..






ANDAI DIRIKU DI BERI PILIHAN,
INGIN KU MEMILIH SEORANG TEMAN,
YANG AKHLAKNYA HEBAT SEPERTI RASULULLLAH SAW..
NAMUN ALLAH LEBIH MENGETAHUI,
BAHAWA TEMAN YANG AKU PEROLEHI,
JAUH LEBIH SESUAI BUAT DIRIKU..
JIKA DIBERI SAHABAT SEPERTI RASULULLAH SAW,
NESCAYA AKAN TIAP HARI AKU MERUNGUT,
AKAN KEJADIAN DIRIKU INI..
ATAS KETIDAK SEMPURNAAN DIRIKU INI..


NAMUN SETIAP KEJADIAN ITU,
ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA,
APA YANG KITA HARAPKAN..
WALAU DIRIKU TIDAK BEROLEH,
SEORANG TEMAN SEPERTI YANG AKU INGINKAN,
NAMUN AKU GEMBIRA MASIH LAGI,
MERASAI NIKMAT MEMPUNYAI SEORANG,
TEMAN...

No comments: