JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

BAB HAJI

PENGERTIAN HAJI
Pengertian haji dari segi bahasa ialah berziarah, manakala dari segi syarak pula ia bermaksud mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah untuk melakukan beberapa amal ibadah pada bulan haji dengan rukun dan syarat-syarat tertentu sebagai pelaksanaan Rukun Islam yang kelima.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN HAJI
Ibadat haji adalah ibadat yang di syariatkan oleh ALLAH S.W.T kepada umat islam dan ia merupakan rukun islam yang kelima. Ibadat haji telah mula difardhukan pada tahun keenam hijrah. Kewajipan menunaikan ibadat haji berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. yang berikut:
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, (Surah Al-Haj : Ayat 27)

SYARAT – SYARAT WAJIB HAJI.
1. Beragama Islam
2. Merdeka
3. Cukup Umur (Baligh)
4. Sempurna Akal (Tidak Gila)
5. Berkemampuan

CIRI – CIRI BERKEMAMPUAN
1. Sihat tubuh badan
2. Cukup perbelanjaan pergi dan pulang serta ahli keluarga yang ditinggalkan
3. Mempunyai kenderaan yang selamat untuk pergi dan pulang
4. Terjamin keselamatan diri, nyawa dan harta sama ada dalam perjalanan atau semasa mengerjakan ibadat haji.
5. Mempunyai kesempatan waktu untuk mengerjakan pekerjaan haji
6. Bagi kaum wanita, hendaklah mendapat izin daripada suami dan di temani oleh dua orang muhrimnya




HUKUM MENGERJAKAN IBADAT HAJI
1. Wajib jika cukup syarat-syaratnya
2. Wajib jika bernazar atau haji dahulunya terbatal
3. Sunat dilakukan berulang-ulang kali.

HIKMAH IBADAT HAJI KE ATAS INDIVIDU
1. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T
2. Berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah
3. Melatih diri bersifat sabar kerana banyak kesulitan yang terpaksa ditempuh semasa mengerjakan haji
4. Dapat berkenalan dengan jemaah haji daripada negara lain
5. Melatih individu bersifat sanggup berkorban kepada jalan Allah
6. Melatih individu bersifat tolong menolong dan bekerjasama dalam semua perkara




AMALAN-AMALAN HAJI
Pada tahun kelapan hijrah, Rasulullah S.A.W menunaikan ibadat haji untuk pertama kalinya, amalan-amalan yang dilakukan oleh baginda menjadi ikutan kepada umat islam dalam mengerjakan ibadat haji.
Amalan-amalan haji terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
• Rukun Haji
• Wajib Haji
• Sunat Haji

Rukun haji ialah perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam ibadat haji. Jika ia tertinggal salah satu daripadanya, maka hajinya tidak sah dan wajib digantikan pada tahun-tahun hadapan.

Rukun haji
1) Niat Mengerjakan Haji
2) Wukuf Di Padang Arafah Pada 9 Zulhijjah
3) Tawaf Di Kaabah
4) Sa’i Iaitu Berlari-Lari Anak Dari Bukit Safa Ke Bukit Marwah Sebanyak 7 Kali.
5) Bercukur
6) Tertib

Wajib Haji
Wajib haji ialah perkara-perkara yang mesti dilakukan, dan jika tertinggal salah satu daripadanya, hajinya sah, akan tetapi dikenakan bayaran dam ( Denda )
Perkara-perkara wajib haji ialah :
1) Niat Mengerjakan Haji Di Miqat
2) Bermalam Di Muzdalifah
3) Melontar Di Jumratul Aqabah
4) Bermalam Di Mina
5) Melontar Di Ketiga-Tiga Jumrah Iaitu : Jumratul Ula, Jumratul Wusta dan Jumratul Aqabah
6) Meninggalkan Perkara-Perkara Yang Dilarang Seamasa Ihram

Sunat Haji
Perkara-perkara sunat haji ialah perbuatan yang sunat di lakukan semasa mengerjakan ibadat haji. Sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada ALLAH S.W.T. Di antara perkara - perkara sunat haji ialah :
1) Mandi sunat sebelum memakai ihram
2) Suci daripada hadas kecil dan besar
3) Membanyakkan berzikir dan membaca Al Quran
4) Menyentuh Hajar Aswad dengan tapak tangan dan mengucupnya
5) Membanyakkan bacaan talbiah
6) Mengerjakan tawaf qudum
7) Berdoa ketika bercukur
8) Membotakkan kepala bagi lelaki
9) Mengerjakan haji secara Ifrad
Semasa mengerjakan ibadat haji, para jemaah dilarang melakukan perkara-perkara sehingga selesai bertahalul. Larangan larangan tersebut ialah :
1) Menutup kepala bagi lelaki, menutup muka dan bersarung tangan bagi wanita
2) Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki
3) Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan
4) Memakai minyak pada rambut dan janggut
5) Menanggalkan bulu pada badan
6) Memotong kuku
7) Memburu binatang yang halal dimakan
8) Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat
9) Melakukan persetubuhan
10) Bernikah atau menjadi wakil dalam majlis akad nikah

TAHALUL
Tahalul bermaksud keluar daripada ihram haji atau umrah. Perkara-perkara yang diharamkan semasa ihram, dihalalkan setelah selesai melakukan ibadat-ibadat tertentu.
Tahalul terbahagi kepada dua iaitu :
1) Tahalul Awal
2) Tahalul Thani
Tahalul awal terlaksana apabila jemaah haji mengerjakan dua daripada tiga perkara – perkara berikut iaitu :
1) Melontar di jumratul Aqabah pada 10 zulhijjah
2) Bercukur
3) Melakukan tawaf ifadhah
Apabila seseorang itu selesai melakukan Tahalul Awal, dia boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang kecuali nikah, bercumbu-cumbuan dan bersetubuh.
Tahalul Thani pula terlaksana apabila seseorang itu telah melakukan kesemua perkara-perkara di atas. Apabila seseorang itu telah selesai melakukan Tahalul Thani, dia boleh melakukan semua perkara yang dilarang semasa ihram.

Hikmah tahalul
1) Memberi kelonggaran kepada jemaah haji
2) Supaya jemaah haji yang uzur dapat berehat
3) Supaya jemaah haji dapat menumpukan amalan haji dengan sepenuhnya
4) Agar jemaah haji dapat mendisiplinkan diri semasa beribadat kepada Allah S.W.T


MIQAT
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji dan umrah. Miqat pula terbahagi kepada dua, iaitu :
1) Miqat Zamani
2) Miqat Makani
Miqat zamani dalam bulan haji ialah bulan Syawal, Zulkaedah sehingga 10 Zulhijjah. Miqat makani terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
1) Jemaah haji yang datang dari arah Najd, Qarnul Manazil, Iraq, Zatu Irqin dan Yaman tempatnya ialah di Yalamlam
2) Jemaah haji bagi penduduk Makkah ialah di rumah mereka sendiri
3) Jemaah haji yang datang dari arah Syam, Mesir, dan Maghribi pula tempatnya islah di Juhfah

Hikmah ditentukan Miqat
1) Untuk kita memehami bahawa setiap pekerjaan ada permulaanya dan ada kesudahannya
2) Supaya dapat membuat persiapan dan persediaan dengan lebih baik.


Nafar
Nafar bermaksud meninggalkan Mina dan tidak akan kembali lagi ke Mina. Nafar juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. Nafar Awal
2. Nafar Thani
Nafar awal ialah meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi. Nafar Thani pula ialah meninggalkan Mina setelah selesai melontar Jumrah pada 13 Zulhijjah.

Antara syarat-syarat nafar awal
1) Keluar daripada Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah
2) Selesai melontar di ketiga-tiga Jumrah pada 12 Zulhijjah
3) Niat tidak akan kembali lagi ke Mina
4) Tidak bermalam di Mina selama dua malam

Hikmah nafar
1) Menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji denagn segera
2) Memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai urusan lain
3) Memberi peluang kepada para jemaah haji, memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab tertentu

CARA MENGERJAKAN HAJI
Islam adalah agama yang selamat dan sejahtera, penganutnya berhak menunaikan segala suruhan ALLAH mengikut kemampuan masing-masing. Semua ibadat yang ALLAH syaratkan mempunyai rukhsah (Kelonggaran) termasuk ibadat haji. Ini adalah kerana untuk memudahkan umat Islam menjalani ibadat tersebut. Ibadat haji boleh dilakukan dalam tiga cara iaitu :
1) Haji Ifrad
2) Haji Tamattuk
3) Haji Qiran

HAJI IFRAD
Haji Ifrad bermaksud mengerjakan ibadat haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu dan kemudian mengerjakan umrah atau mengerjakan umrah dahulu sebelum tiba bulan-bulan haji. Kebaikan ibadat Haji Ifrad ialah :
• Cara yang lebih afdhal ( lebih baik )
• Tidak dikenakan dam ( Denda )
Antara masalah yang dihadapi ialah:
• Mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikannya
• Memerlukan kesabaran yang lebih kerana masa agak panjang.

HAJI TAMATTUK
Haji Tamattuk bermaksud mengerjakan umrah terlebih dahulu kemudian barulah berniat mengerjakan haji dalam bulan haji pada tahun yang sama. Kebaikan ibadat Haji Tamattuk ialah :
• Para jemaah haji boleh berehat
• Para jemaah haji boleh meninggalkan ihram umrah sementara menunggu sementara untuk wukuf
Masalah yang dihadapi :
• Jemaah haji yang melakukan cara ini dikenakan dam
• Kurang fadhilatnya daripada haji ifrad

HAJI QIRAN
Hari qiran bermaksud niat mengerjakan haji dan umrah serentak setelah masuk bulan haji. Kebaikan ibadat haji secara Qiran ialah :
• Memberi kesenangan kepada jemaah haji yang uzur
• Masa beribadat pendek
Masalah yang dihadapi ialah :
• Jemaah haji yang melakukan cara ini akan dikenakan dam
• Fadhilatnya kurang daripada haji ifrad

HURAIAN AMALAN HAJI DAN HIKMAHNYA
IHRAM DI MIQAT

Ihram di miqat ialah niat mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali. Setelah berniat, jemaah haji di larang melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa berihram sehingga selesai bertahalul.




TAWAF
Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullahil Haram sebanyak tujuh kali pusingan kerana beribadat kepada ALLAH S.W.T. Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah dan bertasbih memuji kebesaran-nya. Tawaf terbahagi kepada empat iaitu :
1) Tawaf Qudum : iaitu tawaf selamat datang ke Makkah
2) Tawaf Ifadah : iaitu tawaf rukun yang wajib dilakukan
3) Tawaf Widak : iaitu tawaf selamat tinggal
4) Tawaf Sunat : iaitu tawaf sunat semasa berada di Makkah

Syarat-syarat tawaf
1) Suci daripada hadas dan najis
2) Menutup aurat
3) Tujuh kali pusingan dengan niat tawaf kerana ALLAH
4) Bermula dan berakhirnya tawaf hendaklah di Hajar Aswad atau yang bersetentang dengannya
5) Hendaklah bertawaf dengan mengirikan Kaabah
6) Tawaf diluar kaabah dan di dalam masjid
Hikmat bertawaf ialah :
1) Meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH
2) Memantapkan keimanan kepada ALLAH
3) Dapat menumpukan sepenuh hati dan perasaan terhadap kebesaran dan keagungan ALLAH S.W.T

SA’I
Sa’i ialah berjalan berulang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Syarat-syarat Sa’i ialah :
1) Berjalan berulang-alik sebanyak tujuh kali
2) Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah
3) Dilakukan selepas Tawaf Rukun
4) Melakukan Sa’i di tempat yang telah ditetapkan
5) Berniat melakukan Sa’i
Hikmah Sa’i
1) Dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa Siti Hajar dan anaknya Ismail.
2) Perbuatan tersebut menunjukkan kekuatan iman seseorang kerana menjalankan perintah ALLAH S.W.T.
3) Supaya seseorang itu sabar dan tabah dalam menghadapi liku-liku hidup di dunia ini.

WUQUF DI PADANG ARAFAH
Wuquf ialah berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Wuquf di padang arafah dijadikan salah satu rukun haji kerana :
1) Mengigati tempat pertemuan semula di antara Nabi Adam dengan Hawa.
2) Memberi kesedaran kepada manusia bahawa semua manusia adalah sama di sisi ALLAH S.W.T
3) Meningkatkan keimanan kepada ALLAH S.W.T
4) Untuk menggambarkan keadaan manusia di Padang Mahsyar
Keistimewaan hari tersebut ialah :
• Allah menurunkan Rahmat kepada orang-orang mukmin
• Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin

BERMALAM DI MINA
Berada di Mina pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Jemaah haji menghabiskan sebahagian malam tersebut di Mina dengan melakukan amalan-amalan tertentu.

MELONTAR JAMRAH
Ia melontar di Jumratul Aqabah pada hari kesepuluh Zulhijjah dan melontar di Jumratul Ula, Jumratul Wusta dan Jumratul Aqabah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Syarat-syarat melontar ialah :
1) Menggunakan tujuh biji anak batu
2) Melontar mengikut tertib iaitu dimulai dengan jumratul ula diikuti dengan jumratul wusta dan akhir sekali jumratul aqabah
3) Melontar dengan gaya melontar seperti yang telah di tetapkan
4) Berniat melontar kerana ALLAH S.W.T
5) Melontar dengan menggunakan tangan


Hikmah melontar Jamrah
1) Mengambil iktibar daripada perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S mengusir Syaitan
2) Menghalau sebarang gangguan untuk melakukan kebaikan
3) Mengigatkan umat Islam supaya menentang musuh-musuh Allah dan musuh-musuh umat Islam yang ada di sekeliling kita

BERCUKUR
Bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Dilakukan selepas melontar di Jumratul Aqabah pada 10 Zulhijjah
Hikmah bercukur ialah :
1) Membuang sifat keji yang terdapat pada diri sendiri.
2) Supaya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, zahir dan batin.
3) Supaya dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik.


JADUAL CARA-CARA MENGERJAKAN IBADAT HAJI
1 Syawal – 8 Zulhijjah Niat Haji Dan Berihram Di Miqat
9 Zulhijjah Wuquf Di Arafah ( Gelincir Matahari Hingga Terbit Fajar 10 Zulhijjah )
Malam 10 Zulhijjah Bermalam Di Mudzalifah
10 Zulhijjah Melontar Di Juratul Aqabah
Malam11, 12, Dan 13 Zulhijjah Melontar Di Ketiga-Tiga Jumrah Iaitu Jumratul Aqabah, Jumratul Wusta Dan Jumratul Ula
14 Zulhijjah Mengerjakan Tawaf Rukun
14 Zulhijjah Melakukan Sa’i Dan Bercukur

DAM ( Denda )
Dam ialah denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana sebab-sebab yang tertentu iaitu :
1) Meninggalkan perkara-perkara wajib haji
2) Melakukan perkara-perkara yang dilarang
3) Mengerjakan Haji Tamattuk atau Haji Qiran


Hikmah dikenakan dam
1) Untuk menguji kesabaran dan ketabahan jemaah haji
2) Supaya jemaah haji dapat menumpukan perhatian terhadap amalan-amalan yang dilakukan
3) Supaya orang islam memahami bahawa setiap kesalahan ada

Jenis-Jenis Dam
1) Dam Tertib Dan Takdir
2) Dam Tertib Dan Takdil
3) Dam Takhyir Dan Takdil
4) Dam Takhyir Dan Takdir

DAM TERTIB DAN TAKDIR
1. Dam yang tidak boleh dipilih atau diganti
2. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam ialah :
a) Mengerjakan haji tamattuk atau haji qiran
b) Meninggalkan perkara-perkara wajib haji
c) Tidak mengerjakan tawaf widak
d) Tidak hadir di padang arafah
e) Meninggalkan perkara-perkara sunat yang dinazarkan
3. Dam yang diwajibkan ke atas jemaah haji ialah :
a) Menyembelih seekor kambing
b) Jika tidak mampu hendaklah berpuasa selama sepuluh hari. Tiga hari semasa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi di tempat sendiri (tanah air)

DAM TERTIB DAN TAKDIL
1. Dam yang boleh dibuat tafsiran ke atasnya (harganya), dan boleh ditukar kepada yang lain mengikut keupayaan masing-masing.
2. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam tersebut ialah :
1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul awal bagi ibadat haji
2) Melakukan persetubuhan sebelum selesai amalan bagi amalan haji
3. Dam yang diwajibkan ke atasnya ialah :
1) Menyembelih seekor unta, jika tidak mampu
2) Menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu
3) Menyembelih tujuh ekor kambing, jika tidak mampu
4) Bersedekah makanan mengikut nilai seekor unta, dan jika tidak mampu
5) Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat di beli dengan nilai seekor unta
Haji yang terbatal hendaklah di qada’ pada tahun hadapan. Manakala umrah yang terbatal hendaklah di qada’ pada bila-bila masa.

DAM TAKHYIR DAN TAKDIL
1. Iaitu dam yang boleh dipilih mengikut perkara-perkara yang di tetapkan.
2. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam tersebut ialah :
• Berburu binatang buruan
• Menebang, mengerat, mencabut, atau memusnahkan pokok di tanah haram Makkah
3. Dam yang di wajibkan ke atasnya ialah :
1) Menyembelih binatang yang boleh di buat korban, seperti kambing
2) Bersedekah makanan mengikut nilai harga seekor kambing
3) Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga kambing tersebut

DAM TAKHYIR DAN TAKDIR
Iaitu dam yang boleh dipilih mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam tersebut ialah :
1. Menggugurkan sekurang-kurangnya tiga aurat rambut
2. Memotong kuku
3. Memakai pakaian yang di larang semasa ihram
4. Memakai minyak rambut
5. Memakai bau-bauan
6. Bercumbu-cumbuan
7. Bersetubuh (jimak) selepas tahalul awal sebelum tahalul thani.
8. Bersetubuh untuk kali yang kedua, selepas jimak yang merosakkan haji
Dam yang diwajibkan ke atasnya ialah :
1) Menyembelih seekor kambing
2) Bersedekah kepada enam orang fakir miskin dan setiap orang dua cupak
3) Berpuasa tiga hari

HIKMAH DIKENAKAN DAM TERHADAP JEMAAH HAJI
1. Supaya mereka sentiasa berwaspada daripada melakukan perkara-perkara yang boleh dikenakan dam
2. Merupakan satu peraturan dan disiplin yang mestu dipatuhi oleh jemaah haji
3. Supaya jemaah haji dapat menumpukan perhatian terhadap ibadat-ibadat yang dilakukan.

No comments: