JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, May 31, 2011

HADIS HASAN


Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.

Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi hafalannya kurang dari hadis sahih. Hadis Hasan dibahagi dua:

1) Hasan Lizatihi, yakni hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat sahih lighairihi.

2) Hasan Lighairihi, yakni hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain. Contohnya, "Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah dengan sembelihan ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim dan Darimi).

KAU TETAP TEMAN KU


Kau boleh jadi elang
Dengan bentangan sayap
Tak pernah mundur menantang
Ombak di depan

Kau boleh jadi pohon
Dengan rambatan akar yang kekar
Menumbuhkan keteduhan dan perdamaian

Kau boleh jadi matahari
Dengan seberkas sinar terang
Menghangatkan dunia yang gersang

Kau boleh jadi mutiara
Dengan indah sinarnya
Terpendam tapi selalu dirindukan

Kau boleh jadi apapun yang kau mau
Tapi kapanpun dan dimanapun
ingatlah selalu kita
TETAP TEMAN

DUHAI TEMANKU

Seorang teman itu,
Apabila ada salahnya,
Adalah untuk diperbetulkan..
Bukan untuk di khabarkan..

Seorang teman itu,
Apabila ada cacat celanya,
Adalah untuk dibaiki..
Bukan untuk diperkatakan..

Seorang teman itu,
Apabila ia terlebih dalam tuturnya,
Adalah untuk dinasihati..
Bukan untuk diraih..


Seorang teman itu,
Apabila ia memohon pertolongan,
Adalah perlu dibantu..
Bukan dibiarkan..

Seorang teman itu,
Apabila ia meminta dinasihati,
Adalah perlu dibimbing..
Bukan diperburukkan..

Kerana seorang teman itu,
Terlalu bernilai dalam kehidupan..
Nilai sebuah emas itu,
Tidak mampu untuk menandingi,
Bertapa bernilainya seorang teman itu..

PERSAHABATAN


PERSAHABTAN ADALAH SATU ANUGERAH..
IANYA MEMBUATKAN KITA,
TERTAWA, MENANGIS, MENERIMA,
MEMBERI, MERASA DAN SEBAGAINYA..
DAN............
ADALAH YANG PALING PENTING,
IA ADALAH KEAKRABAN,
DAN............
KEIKHLASAN DI DALAM HATI,
SETIAP INSAN YANG BERSAHABAT ITU..

BUATMU OH TEMAN


ANDAI DIRIKU DI BERI PILIHAN,
INGIN KU MEMILIH SEORANG TEMAN,
YANG CANTIK NYA SEPERTI BULAN..
NAMUN ALLAH LAGI MENGETAHUI,
BAHAWA TEMAN YANG AKU PEROLEHI,
JAUH LEBIH INDAH DARIPADA,
CAHAYA BULAN TERSEBUT..
DALAM MEMBENTUK AKHLAK DAN PERIBADIKU,
YANG SERBA KEKURANGAN INI..




ANDAI DIRIKU DI BERI PILIHAN,
INGIN KU MEMILIH SEORANG TEMAN,
YANG INDAH NYA SEPERTI BINTANG..
NAMUN ALLAH LAGI MENGETAHUI,
BAHAWA TEMAN YANG AKU PEROLEHI,
JAUH LEBIH INDAH DARIPADA,
BINTANG YANG ADA DI LANGIT TERSEBUT..
IANYA UNTUK MENJADIKAN KEHIDUPAN,
BUAT DIRIKU TURUT CANTIK DENGAN KEHADIRANNYA..


ANDAI DIRIKU DI BERI PILIHAN,
INGIN KU MEMILIH SEORANG TEMAN,
YANG ILMU NYA SEPERTI SEORANG ULAMA..
NAMUN ALLAH LAGI MENGETAHUI,
BAHAWA TEMAN YANG AKU PEROLEHI,
JAUH LEBIH SESUAI DARIPADA,
ULAMA YANG BERILMU PENGETAHUAN..
IANYA UNTUK MENJADIKAN DIRIKU,
MAMPU UNTUK BERSAING DENGANNYA..






ANDAI DIRIKU DI BERI PILIHAN,
INGIN KU MEMILIH SEORANG TEMAN,
YANG AKHLAKNYA HEBAT SEPERTI RASULULLLAH SAW..
NAMUN ALLAH LEBIH MENGETAHUI,
BAHAWA TEMAN YANG AKU PEROLEHI,
JAUH LEBIH SESUAI BUAT DIRIKU..
JIKA DIBERI SAHABAT SEPERTI RASULULLAH SAW,
NESCAYA AKAN TIAP HARI AKU MERUNGUT,
AKAN KEJADIAN DIRIKU INI..
ATAS KETIDAK SEMPURNAAN DIRIKU INI..


NAMUN SETIAP KEJADIAN ITU,
ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA,
APA YANG KITA HARAPKAN..
WALAU DIRIKU TIDAK BEROLEH,
SEORANG TEMAN SEPERTI YANG AKU INGINKAN,
NAMUN AKU GEMBIRA MASIH LAGI,
MERASAI NIKMAT MEMPUNYAI SEORANG,
TEMAN...

PERINGATAN BUAT SANG SAHABAT


ANDAI KAU INGIN BERTEMAN,
JANGANLAH KERANA KEBAIKANNYA..
KERANA DENGAN SATU KEBURUKAN,
KAU MUNGKIN AKAN MEMBENCINYA..

ANDAI KAU INGIN BERSAHABAT,
JANGANLAH KERANA ILMUNYA..
KERANA APABILA DIA BUNTU,
KAU AKAN MEMFITNAHNYA..

ANDAI ENGKAU INGIN BERKAWAN,
JANGANLAH KERANA SIFAT CERIANYA..
KERANA ANDAI DIA BERMASAM MUKA,
KAU MUNGKIN AKAN MENYALAHKANNYA..

ANDAI KAU INGIN BERKAWAN,
TERIMALAH DIA SEADANYA..
KERANA DIA MANUSIA BIASA..
YANG HANYA MAMPU UNTUK MENJADI PENDAMPING..

TINGKATAN PERSAHABATAN

Dulu waktu dekat "Secondary School" ada sorang kawan pernah tanya saya.. Apa perbezaan antara Kawan, Rakan, Teman, dan Sahabat.. Apa lagi bagi jawapan bonus lah.. Beza antaranya ianya sebutan, ejaan, sebutan dan entah apa-apa lagi.. Lastly before end of secondary school teman tu pun bagitahu perbezaan diantaranya.. Itulah yang dipanggil tingkat persahabatan.. SUBHANALLAH indahnya ukhuwwah yang ALLAH berikan kepada kita.. Cuma kita kena tahu untuk melabelkan setiap insan yang berada disekeliling kita..


Antara tingkatannya ialah :

1) Sahabat.
Sahabat ini adalah pada kedudukan yang terlalu tinggi.. Ianya adalah satu tahap yang agak sukar kita perolehi.. Sahabat adalah seorang insan yang ketika susah dan senang bersama kita.. Seseorang yang sanggup berkorban dan berjuang semata-mata untuk kita.. Ianya seperti perhubungan ketika zaman RASULULLAH SAW dahulu.. Hubungan mereka terlalu akrab sehingga sanggup untuk memperjuangkan nyawa mereka semata-mata untuk sahabat mereka.. Sahabat adalah hubungan yang dijalinkan semata-mata untuk redha ILLAHI..

2) Teman.
Teman pula menduduki kedudukan yang kedua selepas sahabat. Ianya boleh digolongkan antara orang yang rapat dengan kita.. Adakalanya ia selalu bersama kita ketika susah dan senang.. Tapi kadangkala mereka sanggup mengorbankan kita demi kepentingan mereka sendiri.. But they still think about us gak la.. Kita selalu dengar teman seperjuangan.. Maknya kita boleh bayangkan teman seperjuangan itu macam mana.. Namun mereka banyak juga mengutamakan kepentingan kita daripada mereka tetapi tidak mencapai tahap sahabat.. Kalau kata berkorban nyawa tu of course la tidak sanggup.. Namun mereka masih sanggup berkorban demi hal lain untuk kita..

3) Rakan.
Rakan adalah hubungan persaudaraan yang kedua terendah.. Erm mereka ini antara golongan yang hanya apabila kita senang akan bersama kita tapi ketika kita susah akan tinggalkan kita.. Mereka ini adalah golongan majoriti dalam seluruh kehidupan kita.. Kalau kata pengorbanan daripada pihak mereka agak sukar untuk diperolehi.. Pengorbanan yang mereka lakukan itu pun atas kepentingan sendiri dalam hal-hal yang agak kurang pentingnya.. Erm tak perlu hurai banyak pun rasanya semua pembaca tahu.. Kita kan selalu dengar macam rakan sekelas dan banyak lagi.. Macam rakan sekelas ni pun bukan semua kita kenal dan tegur..

4) Kawan.
Kawan merupakan tingkatan yang terakhir.. Ianya merupakan tingkatan yang paling terendah.. Orang kata yang paling "tercorot" lah.. Hehehe.. Kawan ini pun golongan majoriti dalam kehidupan seharian kita.. Mereka bersama kita atas kepentingan mereka sahaja.. Jika mereka sedih dan gembira mereka ingin kita mendengarkan mereka.. Namun jika kita yang sedih dan gembira mereka tidak menghiraukan perihal diri kita.. Pendek kata kawan ni tahap yang paling biasa.. There is nothing to proud with them.. Mereka tidak selalu bersama kita..

So kesimpulannya di sini kita mestilah pandai dalam menentukan setiap insan yang berada disekeliling kita ini sebagai SAHABAT, TEMAN, RAKAN atau KAWAN.. Tak semua yang baik dengan kita macam sponsor makan, minum, jalan and etc tu kita boleh terus panggil sahabat atau teman.. Label antara sahabat dan teman itu perlu ditentukan dengan sebaiknya.. Tahu kenapa??

KERANA APABILA KITA MEMILIH SESEORANG ITU UNTUK KITA JADIKAN SAHABAT ATAU TEMAN MAKA PENGHARAPAN KITA UNTUK MEREKA TERLALU TINGGI.. KITA MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN YANG TINGGI DARIPADA MEREKA..

sedangkan dalam kehidupan ini kita tidak boleh meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi terhadap seseorang.. Jadi jika kenal seseorang itu label lah terlebih dahulu sebagai teman atau kawan.. Kenal dengan baik kemudian pekur dengan mendalam :)..

OH TEMAN


Dalam kehidupan ini kita memang memerlukan seorang pendamping.. But i not mean here for couple.. I mean for friend.. Dalam perhubungan kawan itu lah juga mungkin banyak menyebabkan kita terasa.. Kita manusia bukan haiwan.. Setiap manusia ada perasaan.. Perasaan yang datang juga adalah berbeza-beza.. Begitu lah juga terhadap diriku.. Aku tidak menginginkan seseorang kawan atau teman yang sangat sempurna.. Cukup bagiku senang untuk bergaul dengannya.. Aku juga tidak sesempurna apa yang mereka inginkan.. Bagiku cukup kehadiran ku dengan mampu untuk membuat mereka tertawa dan senang hati.. Kadangkala dalam hubungan persahabatan juga menyebabkan kita sendiri mengorbankan perasaan kita sendiri.. Maksudnya kita mengabaikan apa yang kita rasa walaupun ianya agak terlalu sukar untuk ditelan.. Namun sebagai umat ISLAM, aku ingin menjadikan RASULULLAH SAW sebagai contoh ikutan aku dalam hubungan persaudaraan atau persahabatan.. Sahabat itu lebih utama jika dibandingkan dengan diri sendiri.. Dalam hadis juga ada menyatakan :

"LA YU'MINU AHADUKUM HATTA YUHIBBU LI AKHI HI MA YUHIBBU LI NAFSIHI"
maksudnya : tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara mara kamu sebagai mana kamu mengasihi diri kamu sendiri..



Maka jelasnya disini tidak sempurna iman kita selagi mana kita tidak kasih dan sayang kepada saudara kita sebagaimana kita kasih pada diri kita.. Itulah yang cuba diterapkan oleh RASUL junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW dalam syiar dakwahnya.. Semoga kita tergolong salah seorang daripadanya..


Kita bukan siapa-siapa untuk memperolehi seorang kawan yang terlalu sempurna kerana diri kita juga tidak sesempurna apa yang mereka inginkan.. Tapi biar hubungan persahabatan itu dijalinkan diatas keikhlasan kerana ALLAH SWT.. Sebagai peringatan dikala salah dan sebagai peneman dikala senang dan susah.. Tapi sukarnya untuk memperolehi teman yang seperti berikut.. Bertapa bernilainya seorang teman itu untuk diri kita.. YA ALLAH KURNIAKAN AKU TEMAN-TEMAN YANG BAIK YANG MAMPU UNTUK MEMBIMBINGKU KE ARAH JALAN MU..

Begitulah yang aku rasakan.. Dalam persahabatan perlu banyak pengorbanan.. Kita berjumpa dengan macam-macam jenis kawan.. But u must know how to handle them.. Same as me.. I try to be a good friend.. However sometimes we cannot control all of our actions.. Kadang kita membuat kan kawan kita terluka tanpa sedar.. Namun itu adalah satu cara untuk kita mengenali teman kita..

Monday, May 30, 2011

DIMANAKAH HATI KITA??


PINTALAH HATI SEBEGINI :



1) HATI YANG SEDAR..
Sebagaimana firman ALLAH SWT yang mafhumnya : "Sesungguhnya keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa tersebut tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati yang sedar yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh kepada pengajaran itu dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya (50 : 37)"
YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADAKU HATI SEBEGINI


2) HATI YANG BERSIH..
Firman ALLAH SWT yang mafhumnya : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih dengan iman dan amal kebajikan (91 : 9)"


3) HATI YANG LURUS..
Mereka berdoa dengan berkata "Wahai Tuhan kami, janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami limpahan rahmat dari sisimu. Sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya (3 : 8)"



4) HATI YANG TERTUTUP (HIJAB)..

Firman ALLAH SWT yang mafhumnya : "... dan diantara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (Al-Quran) padahal kami telah jadikan berlapis-lapis ata hati mereka yang menghalang merea daripada memahaminya dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat yang menjadikan mereka pekak (6 : 25)"
YA ALLAH JAUHKAN AKU DARIPADA HATI TERSEBUT

KITA SEBAGAI SANG PETANI


KITA ADALAH SANG PETANI..
YANG MENANAM BENIH-BENIH KEBAIKAN PADA DIRI..
NAMUN BEGITU,
RUMPUT-RUMPUT KEJAHATAN AKAN MELATARI KEHIDUPAN KITA..
JADI UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG BAIK,
DAN HASIL KEBAIKAN YANG BANYAK,
KITA KENALAH MENGHAPUKAN RUMPUT-RUMPUT KEJAHATAN TERSEBUT..
IANYA MELALUI DENGAN AMAL SOLEH DAN AKHLAK YANG BAIK..
INSYA ALLAH..
SEMOGA KITA MENJADI SEORANG SANG PETANI YANG BERJAYA..

Sunday, May 29, 2011

TRIP KE TAPAH 29 MEI 2011

Hamdallah hari ini ALLAH SWT memberikan kesempatan dan peluang kepada kami untuk mengembara dan menghadiri walimah pensyarah yang kami sanjungi.. Walaupun perjalanan ke Tapah, Perak penuh dengan cabaran tapi akhirnya sampai juga ke destinasi dan selamat pulang ke Kajang, Selangor semula.. ALHADULILLAH.. Satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.. Wonderful journey.. Hehehe.. Pagi tadi bertolak lebih kurang jam 7 pagi..

Ini merupakan agenda pertama.. Gambar ni di ambil selepas selesai sarapan pagi.. Sarapan beramai-ramai..

Musyawarah seketika ditaman permainan.. Hehehehe...

Singgah sebentar di rumah kawan untuk melegakan rasa dahaga.. Sambil ziarah mahabbah sekali..

Finally samapailah kepada tujuan utama trip ke Tapah.. Iaitu??


SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZ.. SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU DAN GENERASI SETERUSNYA.. SERTA MENDAPAT ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH.. AMIINN...

Saturday, May 28, 2011

HADIAH TERBAIK


Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

SELAMAT PENGANTIN BARU

UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PENSYARAH YANG DI KASIHI USTAZ SHAHRUL HIZAM BIN MOKHTAR DI ATAS WALIMAH YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA ESOK HARI.. SEMOGA BAHAGIA SELALU USTAZ :)


Pantun Untuk USTAZ SHAHRUL HIZAM :
Bila mata bertentang mata
Kasih berpadu cinta terjalin
Bila sudah seiya sekata
Lalu bersanding di atas pelamin.
Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri.
Di ijab kabul suami dan isteri
Jodoh pertemuan sudah tersurat
Berkasih sayang suami isteri
Semoga berbahagia dunia akhirat

PROGRAM SEMINAR MAHIR BAHASA ARAB


Alhamdulillah ala kulli hal.. Besyukur hari ini dapat langsaikan juga program "SEMINAR MAHIR BAHASA ARAB" dengan jayanya.. Berkat bantuan daripada ALLAH SWT dan kerjasama daripada para AJK dan rakan-rakan selesailah juga program tu.. Rasa satu kepuasan apabila kita dapat menyelesaikan satu perkara.. Hamdallah lah juga program ni mendapat sambutan yang baik.. Target peserta cukup-cukup 100 orang ja.. Sekali tengok ada cecah hampir 200 orang..


Program hari ini disampaikan oleh DR. ABDUL RAZAK BIN ABU CHIK.. Banyak manfaat yang diperolehi.. Program ilmiah bercampur dengan program lawak.. Belajar sambil santai.. Jarang-jarang dengar dan praktik kan..


Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.. Especially kepada HEP, JABATAN BAHASA, KELAB BAHASA DAN PARA PELAJAR.. Thanks a lot buat saudari Haslina yang banyak membantu.. Turut rakan-rakan lain yang menjayakan program ini :)

Thursday, May 26, 2011

MAHA SUCI ALLAH



KEIMANAN YANG BENAR MENJADIKAN PERJALANAN HIDUP UMPAMA SEBUAH KISAH CINTA..
PENGORBANAN MENUKAR UJIAN PAHIT MENJADI SATU KENANGAN MANIS..
KESABARAN MENJADIKAN SEGALA BEBANAN YANG DITANGGUNG RINGAN DAN MUDAH..
KEYAKINAN PADA JANJI-JANJI ALLAH MENJADIKAN JIWA TENANG KETIKA PERJALANAN BEGITU SUKAR..
KERINDUAN PADA ALLAH AKAN MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT SETIAP KALI BERHADAPAN DENGAN KEGAGALAN DAN UJIAN YANG BERAT..
UJIAN ITU ADALAH WASILAH YANG MEMBOLEHKAN KITA TAQARRUB DENGAN ALLAH..
MERASAKAN NIKMAT SENTUHAN DARIPADA RABB KEPADA HAMBANYA..
MAHA SUCI ALLAH..

MASYA ALLAH



KETIKA ORANG LAIN BERGANTUNG PADA DUNIA,
GANTUNGKANLAH DIRIMU HANYA PADA ALLAH..
KETIKA ORANG LAIN MERASA GEMBIRA DENGAN DUNIA,
JADIKANLAH DIRIMU GEMBIRA KERANA ALLAH..
KETIKA ORANG LAIN MERASA BAHAGIA DENGAN KEKASIH-KEKASIH MEREKA,
JADIKANLAH DIRIMU MERASA BAHAGIA DENGAN ALLAH..
DAN..
KETIKA ORANG LAIN PERGI MENGHADAP RAJA-RAJA
UNTUK MENGAIS HARTA DAN MENCINTAI MEREKA,
JADIKAN DIRIMU BENAR-BENAR MENCINTAI ALLAH..

ALHAMDULILLAH


KAMU DIWAJIBKAN BERPERANG (UNTUK MENENTANG PENCEROBOHAN) SEDANG PEPERANGAN ITU IALAH PERKARA YANG KAMU BENCI; DAN BOLEH JADI KAMU BENCI KEPADA SESUATU PADAHAL IA BAIK BAGI KAMU, DAN BOLEH JADI KAMU SUKA KEPADA SESUATU PADAHAL IA BURUK BAGI KAMU. DAN (INGATLAH), ALLAH JUALAH YANG MENGETAHUI (SEMUANYA ITU), SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA.

SETIAP APA YANG DIPEROLEHI ITU ADA HIKMAHNYA YANG TERSENDIRI..
ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI SESEORANG HAMBANYA DILUAR KEMAMPUAN HAMBANYA TERSEBUT..
YAKIN LAH DENGAN JANJI ALLAH..

TARBIYAH KU YA RABB


BILA KAMU LETIH DAN HILANG SEMANGAT,
ALLAH TAHU BETAPA KAMUY TELAH MENCUBA SEDAYA UPAYA..
BILA TANGISMU BERPANJANGAN DAN HATIMU KEDUKAAN,
ALLAH TELAH MENGIRA TITISAN AIR MATAMU..
BILA KAMU RASA KETINGGALAN DAN MASA MENINGGALKANMU,
ALLAH SENTIASA ADA DI SISIMU..
BILA ENGKAU TELAH MENCUBA SEGALANYA TETAPI TIDAK TAHU TUJUANNYA,
ALLAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA..
BILA TIDAK ADA YANG BERERTI BUATMU, KELIRU DAN KECEWA,
ALLAH ADA JAWAPANNYA..
SALAM MUJAHADAH DALAM MUSIBAH :)

INDAH NYA CARA ALLAH MENGASIHI KITA


"AKU MINTA KEPADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG SEGAR.. NAMUN, ALLAH BERIKAN AKU KAKTUS YANG BERDURI.. AKU MINTA KEPADA ALLAH KUPU-KUPU.. NAMUN ALLAH BERIKAN AKU ULAT BERBULU.. AKU SEDIH DAN KECEWA.. KEMUDIAN ALLAH JADIKAN KAKTUS ITU BERBUNGA INDAH SEKALI.. DAN ULAT ITUPUN MENJADI KUPU-KUPU YANG CANTIK.. ITULAH JALAN ALLAH.. INDAH PADA MASANYA.. ALLAH TIDAK MEMBERIKAN APA YANG KITA HARAPKAN TETAPI ALLAH MEMBERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN.. KADANGKALA KITA SEDIH, KECEWA, HAMPA, TERLUKA DAN SEBAGAINYA.. TAPI JAUH DISEGALANYA ALLAH SEDANG MERANCANG YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA.."

ITULAH KASIH ALLAH INDAH PADA SAAT NYA..
SUBHANALLAH..

Tuesday, May 17, 2011

TIPS CINTA REMAJA


Memanglah kita bukan yang terbaik, namun kita akan cuba kearah itu. Memangla kita selalu buat kesilapan, tapi kita cuba untuk meninggalkannya. Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.

Bantu Aku Menjaga Pandanganku

Pernah saya lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan. Nampak macam tidak salah. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat depan-depan.

Ya, tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan masalah.

Itu bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.

“Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?”

Ini baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu.

Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu. Boleh kuruskan badan.

Mahu dikatakan sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut. Orang kata lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi.

Betapa pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.

Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat

Wahai perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara.

Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyegat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa ghairah yang tinggi.

Saya bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.

Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika.

Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.

Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.

Bantu Aku Bernafas

Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.

“Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.” (HR Abu Dawud dan At Tirmizi)

Sekali lagi ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak patut.

Kulitku Sangat Peka


Seorang naqib saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit babi.

Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Tetapi dengar pula hadis yang ini:

“Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.” (HR At Thabrani dan Al Bahaiqi)

Masih lagi saya ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia.

Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?

Kawal Kata-kata

Orang kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata.

Cukuplah mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.

“Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.”

“Saudari, rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.”

Bezakan dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang. Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.

Jaga Jarak

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.” (HR Al Bukhari dan Muslim)

Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga.

Kalau mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library.

Dan kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak. Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar. Eh, rakan sekuliah yang sama jantina bukankah ramai?

Berkenalan Sebelum Berkahwin

Saya cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:

1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.

2. Tidak bergurau secara berlebih-lebihan dan melembutkan suara.

3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).

4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.

Dan adat Melayu janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik?

Orang waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri.

Janganlah kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.

Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?

Sunday, May 15, 2011

RENUNGAN BUAT REMAJA

Wahai remaja,
Janganlah kamu bimbang andai kamu belum mempunyai pasangan..
Tetapi bimbanglah andai iman mu akan berkurangan..
Janganlah kamu bimbang andai kamu tidak rupawan..
Tetapi bimbanglah andai akhlak mu murahan..
Kejarlah dan carilah CINTA ALLAH..
Nescaya andai kamu perolehnya,..
Maka seluruh makhluk ALLAH akan mencintai dan menyayangimu..
MAHA SUCI ALLAH...

SELAMAT HARI GURU


Hamdallah hari ini diberi kesempatan juga untuk menulis coretan cerita kehidupan diruangan ini.. Seronoknya jadi cikgu, guru atau pensyarah kan?? Hehehe.. Yelah tiba hari guru ja dapat la hadiah yang banyak.. Kekeke.. Tadi jalan dekat PKNS.. Tengok telah budak-budak sekolah.. Masing-masing sibuk beli hadiah buat guru kegemaran mereka.. MULIANYA KERJA SEORANG GURU NIE.. Peristiwa tadi tu membuat kan aku mengingati masa persekolahan ku dekat sekolah rendah dan menegah dulu.. Hehehe.. Rasa seronok tengok gelagat budak-budak tu tadi..


Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti tanpa mahu dipeduli.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran.


Dikesempatan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih buat guru-guru dan pensyarah-pensyarah saya.. Buat semua guru sekolah rendah saya, GURU-GURU SEK.KEB PEKAN SEMPORNA (CIKGU ZAKIAH, CIKGU SITI NI'MAH, CIKGU SHARIPAH ALI, CIKGU SHARIPAH MUBIN, SIR OMAR, USTAZ AZMI, USTAZ ZAKI, CIKGU ZAHARI, CIKGU HAJAH MARIAM AND YANG LAIN), guru-guru sekolah menengah SEK. MEN. KEB. AGAMA TUN SAKARAN (USTAZ NORSYAM, USTAZ MUHAIMIN, CIKGU INDA SALBIAH, CIKGU INDA MIRI, SIR SAIDI, SIR SALLEH, CIKGU IFFAH, CIKGU MARLIAWATI, CIKGU YUSNANI, CIKGU RAHMAT, CIKGU SUHAILA, CIKGU DARNITA, CIKGU FARAH, USTAZAH RASHADAH, AND BANYAK LAGI) dan pensyarah-pensyarah saya di KIPSAS (SIR NAZAHAR, MADAM YUSLIHA, USTAZ NAZRI, AND YANG LAIN) juga pensyarah UDH (USTAZ SHAHRUL, USTAZ MUJAHID, USTAZAH HALIJAH, USTAZAH SYARIPAH, TN. HJ TAJUDDIN, PUAN SALEHA, USTAZ ZUL, USTAZAH ROSILAWATI, USTAZ AMIN, USTAZ YUMNI AND YANG LAIN).. Terima kasih atas ilmu dan nasihat yang diberikan..


Juga ucapan terima kasih buat guruku dari dulu sehingga kini iaitu MY MUM, DAD AND ALL OF MY FAMILY.. Juga pada kawan-kawan.. Serta semua individu yang pernah memberikan ilmu didalam kehidupan ku ini..

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA BUAT SEMUA :)

SEDIKIT RENUNGAN BUAT PARA DA'IE

ANTARA ISI SEMINAR PENGKISAHAN SEJARAH ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

PESANAN DARIPADA PROF. DR. RAZALI NAWAWI :
Jika kita memilih jalan perjuangan ini yakni jalan untuk menegakkan agama ALLAH, kita akan sentiasa berjalan diatas cabaran. Maknanya apabila kita ingin melakukan kebaikan pada jalan ALLAH, mustahil ALLAH akan membuka jalan yang amat mudah bagi kita.. Tahu kenapa? Kerana ianya untuk mengukur tahap keikhlasan dan keimanan kita dalam melaksanakan sesuatu perkara yang dihajati tersebut. Secondlyuntuk menjadi seorang da'ie, niat kita mestilah diperbetulkan yakni dengan meletakkan niat dilandasan yang betul. Ianya agar usaha dakwah yang kita lakukan adalah ikhlas semata-mata kerana ALLAH SWT bukan untuk memperolehi pangkat, harta dan nama. Setiap yang dilakukan tanya diri sama ada "ALLAH REDHA ATAU TIDAK DALAM PERKARA YANG KITA LAKUKAN ITU". SUBHANALLAH..

PESANAN DARIPADA PROF. DATO' DR. SIDDIQ FADZIL :
Kalau berjuang jangan mengharapkan apa-apa. Kerana jika perjuangan kita itu pada jalan yang dikehendaki kehidupan kita akan sentiasa lengkap tanpa kekurangan. Jadilan pendakwah yang "TA'MURUNA BIL MA'RUF WA TANHAUNA ANIL FAHSYA'I WAL MUNKAR".

PESANAN DARIPADA DATUK SERI ANUAR IBRAHIM :
Ayat yang amat menarik perhatian penulis ialah : "GELARAN TIDAK BOLEH MENGHALANG KITA DARIPADA MENYATAKAN YANG HAK". So kepada rakan-rakan blogger pekur-pekur kan sendiri apa yang dimaksudkan oleh beliau. Secondly, tiada ISLAM tanpa kebebasan, tanpa hak asasi dan tanpa keadilan. Maksudnya ketiga-tiga prinsip diatas adalah memainkan peranan penting dalam syiar ISLAM. Antara penguat hujah beliau ialah : "WATA' AWWANU ALA BIRRI WA TAQWA".. SUBHANALLAH. Menjana insan cemerlang perlulah mengabungkan antara golongan Ulama dan golongan Sarjana. Setiap pendakwah perlulah mengambil sikap terbuka agar mendapat kecemerlangan dalam menuntu perubahan. Makna nya segala cabaran dalam menjadi pendakwah itu perlu dihadapi dengan kesabaran. MUDAH-MUDAHAN.. AMIN..

PESANAN DARIPADA PROF. DR. WAHBAH AL-ZUHAILY :
Konflik yang dihadapai pendakwah pada hari ini adalah diantara kebenaran atau kebatilan. Maknanya ada yang benar dan ada yang fasid. Firman ALLAH SWT dalam surah AL-IMRAN yang mafhumnya, "ALLAH REDHA DENGAN USAHA KAMU SELAGI KAMU MASIH DIJALAN ALLAH". SUBHANALLAH. Sebagai pendakwah tidak patut terikat kepada satu pemikiran sahaja. Pendakwah yang baru mestilah banyak mengeluarkan idea-idea yang baru yang bersesuaian dalam zaman tersebut. Kata-kata beliau yang paling menarik perhatian penulis ialah "APABILA KITA DIUJI MAKA ITU ADALAH SATU BERITA YANG BAIK BUAT KITA". MAHA SUCI ALLAH. Kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan. INSYAALLAH.. Untuk menjadi pendakwah perlulah memegang kepada tiga perkara ini :
1) Pengorbanan. Setiapa gerakan adalah memerlukan kepada pengorbanan.
2) Keikhlasan.
3) Menyumbang sepenuh tenaga, masa dan harta..

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENJADI PENDAKWAH DALAM MENEGAKKAN AGAMA ALLAH.. AMIN..

Friday, May 13, 2011

KEHIDUPAN ADALAH KEJAYAAN


Didalam kehidupan seharian ini pastinya kita akan beroleh kejayaan..
Namun disamping kejayaan pasti nya ada kegagalan..
Kegagalan sama ada sebelum perancangan, semasa perancangan dan selepas perancangan..
Namun mengapa setiap kegagalan yang diperolehi disambut dengan kehampaan??
Sedangkan kita mengetahui bahawa kegagalan itulah kunci kepada kejayaan..
Seperti kita melakukan kesalahan..
Kadangkala kita tidak akan merasakan sesuatu itu salah selagi tidak menerima kritikan daripada insan lain..
Dalam kehidupan, kita mesti selalu memerhatikan antara kejayaan dan kegagalan..
Bukan bererti kejayaan yang kita perolehi adalah kejayaan sebenar..
Dan bukan bererti kegagalan yang kita perolehi adalah kegagalan yang sebenar..
Maksudnya disini seperti contoh kita mengambil peperiksaan..
Kita berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang..
Sudut teori kita memang beroleh kejayaan tetapi sudut amali belum pasti..
Begitu lah juga dengan sebaliknya..
Kehidupan kita ini adalah satu kejayaan..
Setiap masa itu adalah kejayaan..
Setiap detik itu adalah kejayaan..
Setiap jam itu adalh kejayaan..
Setiap minggu, bulan dan tahun itu juga adalah kejayaan..
Kesimpulannya setiap apa yang kita lakukan adalah kejayaan..
Walaupun dari lahiriahnya adalah kegagalan tetapi itulah kjejayaan dalam kehidupan kita..

Ayuh renungkan KALAM ALLAH YANG AZIZ di bawah ini :
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).( Al-Fath : 1-3 )"

Wednesday, May 11, 2011

BOLEH JADI APA YANG KAMU TIDAK SUKA ITU BAIK UNTUK KAMU

Silapnya kita menjadi manusia..
Kadangkala kita menginginkan sesuatu yang indah dan berupa kebaikan..
Namun ALLAH SWT sering memberikan apa yang sebaliknya..
Seketika itu kita akan mengeluh..
Bertanya akan pada diri mengapa hal yang sedemikian yang aku perolehi??
Lalu diri memberontak dengan menyatakan ketidaksukaan kita terhadap perkara tersebut..
Namun mengapa ia berlaku??
Kerana ada hikmah disebalik setiap kejadian itu..
Kadangkala kita mengharapkan sinaran mentari yang menyinari..
Tetapi ALLAH SWT turunkan hujan yang tak henti..
Kadangkala kita menginginkan hujan yang cukup..
Tetapi ALLAH SWT turunkan hujan yang tidak memadai..
Kadangkala kita mengharapkan pelangi yang diberikan..
Tetapi ALLAH SWT menurunkan ribut dan petir..
Begitulah juga perihalnya dengan kehidupan kita..
Kadangkala kita mengharapkan akan sesuatu yang benar-benar di inginkan..
Tetapi kadangkala ALLAH SWT memberikan apa yang kita tidak inginkan..
Persoalannya kenapa??
Hikmah nya agar kita tahu setiap aturan ALLAH SWT itu sesuai dengan apa yang diperlukan oleh hamba-NYA..
Bukan apa yang kita inginkan..
Hakikat kehidupan sukar untuk menerima apa yang tidak di inginkan..
Namun jangan dikatakan TIDAK..
Tapi katakan HAMDALLAH ALA KULLI HAL...
Semoga setiap apa yang diberikan ALLAH SWT itu mampu mentarbiyah diri kita agar menjadi ABIED YANG BERTAQWA..
Silapnya kita menjadi manusia di sini adalah sering kali tidak mensyukuri apa yang diberikan oleh ALLAH SWT..
Jadi ayuh muhasabah dan perbaikkan diri..

Firman ALLAH SWT :

"BOLEH JADI APA YANG KAMU SUKAI ITU MENDATANGKAN MUDHARAT BAGI KAMU.. DAN BOLEH JADI APA YANG KAMU TIDAK SUKAI ITU MENDATANGKAN KEBAIKAN BUAT KAMU.."

Tuesday, May 10, 2011

LIBERALISME DAN ISLAM

Pengertian Liberalisme

Liberal adalah satu istilah asing yang diambil dari kata Liberalism dalam bahasa Inggris dan liberalisme dalam bahasa perancis yang berarti kebebasan. Kata ini kembali kepada kata Liberty dalam bahasa Inggrisnya dan Liberte dalam bahasa prancisnya yang bermakna bebas. [Hakikat Liberaliyah wa mauqif Muslim minha, Sulaiman al-Khirasyi, ha.l 12]

Liberalisme adalah istilah eropa yang sangat samar sehingga para peneliti baik dari mereka ataupun dari selainnya berselisih dalam mendefinisikan pemikiran ini. Namun seluruh definisi yang ada kembali kepada pengertian kebebasan dalam pengertian barat tentunya.

Tertulis dalam The World Book Encyclopedia pada pembahasan Liberalism : “Liberalism dianggap sebagai istilah yang samar, karena pengertian dan pendukung-pendukungnya berubah dalam bentuk tertentu dengan berlalunya waktu”[Dinukil dari Hakekat Libraliyah, hal. 16].

Oleh karena itu syeikh Sulaiman al-Khirasyi menyimpulkan bahwa Liberalisme adalah madzhab pemikiran yang memperhatikan kebebasan individu dan memandang kewajiban menghormati kemerdekaan individu serta berkeyakinan bahwa tugas pokok pemerintah adalah menjaga dan melindungi kebebasan rakyat, seperti kebebasan berfikir, mengungkapkan pendapat, kepemilikan pribadi dan kebebasan individu serta sejenisnya.

Ensiklopedia Inggris menuliskan: “Kata Liberty (kebebasan) adalah kata yang menyimpan kesamaran, demikian juga kata liberal. Seorang liberalis bisa jadi beriman bahwa kebebasan adalah masalah khusus individu semata dan peran negara harus terbatas atau bisa jadi beriman bahwa kebebasan itu adalah masalah khusus negara. Sehingga negara dengan kemampuannya atau kemungkinan menggunakannya sebagai alat penguat kebebasan” [Encyclopedia Britannica pada pembahasan liberalism, dinukil dari Hakekat Libraliyah al-Khirasyi, hal. 17]




Asas Pemikiran Liberal

Secara umum asas liberalisme ada tiga; kebebasan, individualis dan Aqlani (mendewakan akal).

1. Asas pertama: Kebebasan

Yang dimaksud disini adalah setiap individu bebas dalam perbuatannya dan mandiri dalam tingkah lakunya tanpa diatur dari negara atau selainnya. Mereka hanya dibatasi oleh undang-undang yang mereka buat sendiri dan tidak terikat dengan aturan agama. Dengan demikian liberalisme disini adalah sisi lain dari sekulerisme secara pengertian umum yaitu memisahkan agama dan membolehkan lepas dari ketentuannya. Sehingga menurut mereka manusia tu bebas berbuat, berkata, berkeyakinan dan berhukum sesukanya tanpa batasan syari’at Allah. Sehingga manusia menjadi tuhan untuk dirinya dan penyembah hawa nafsunya serta bebas dari hukum ilahi dan tidak diperintahkan mengikuti ajaran ilahi. Padahal Allah berfirman:

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Artinya: “Katakanlah:”Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupki dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya;dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. [QS. Al-An'am: 162-163]

dan firman Allah:

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِنَ الأمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ

Artinya: “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan agama itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui“. [QS. al-Jaatsiyah : 18]

[Lihat Dalil al-'Uqul al-Haa'irah Fi Kasyfi al-Mazhahib al-Mu'ashorah, Haamid bin Abdillah al-'Ali hal. 18]

2. Asas kedua: Individualisme (Al-Fardiyah)

Dalam hal ini ada dua pemahaman dalam Liberalisme:

a. Individual dalam pengertian ananiyah (keakuan) dan cinta diri sendiri. Pengertian inilah yang menguasai pemikiran eropa sejak masa kebangkitan eropa hingga abad keduapuluh masehi.

b. Individual dalam pengertian kemerdekaan pribadi. Inilah pemahaman baru dalam agama liberal yang dikenal dengan Pragmatisme.

[lihat Hakekat Libraliyah al-Khirasyi, hal. 17]

3. Asas ketiga: Mendewakan Akal (Aqlaniyah)

Dalam pengertian kemerdekaan akal dalam mengetahui dan mencapai kemaslahatan dan kemanfaatan tanpa butuh kepada kekuatan diluarnya.

Hal ini dapat tampak dari hal-hal berikut ini:

a. Kebebasan adalah hak-hak yang dibangun diatas dasar materi bukan perkara diluar dari materi yang dapat disaksikan dan cara mengetahuinya adalah dengan akal, pancaindra dan percobaan.

b. Negara dijauhkan dari semua yang berhubungan dengan keyakinan agama, karena kebebasan menuntut tidak adanya satu yang pasti dan yakin; karena tidak mungkin mencapai hakekat sesuatu kecuali dengan perantara akal dari hasil percobaan yang ada. Sehingga -menurut mereka- manusia sebelum melakukan percobaan tidak mengetahui apa-apa sehingga tidak mampu untuk memastikan sesuatu. Ini dinamakan ideologi toleransi (al-Mabda’ at-Tasaamuh)[1]. Hakekatnya adalah menghilangkan komitmen agama, karena ia memberikan manusia hak untuk berkeyakinan semaunya dan menampakkannya serta tidak boleh mengkafirkannya walaupun ia seorang mulhid. Negara berkewajiban melindungi rakyatnya dalam hal ini, sebab negara -versi mereka- terbentuk untuk menjaga hak-hak asasi setiap orang. Hal ini menuntut negara terpisah total dari agama dan madzhab pemikiran yang ada. [Musykilah al-Hurriyah hal 233 dinukil dari Hakekat Libraliyah hal 24]. Ini jelas dibuat oleh akal yang hanya beriman kepada perkara kasat mata sehingga menganggap agama itu tidak ilmiyah dan tidak dapat dijadikan sumber ilmu. -Ta’alallahu ‘Amma Yaquluna ‘Uluwaan kabiran-

c. Undang-undang yang mengatur kebebasan ini dari tergelicir dalam kerusakan -versi seluruh kelompok liberal – adalah undang-undang buatan manusia yang bersandar kepada akal yang merdeka dan jauh dari syari’at Allah. Sumber hokum mereka dalam undang-undang dan individu adalah akal.




Islam dan Liberal

Dari pemaparan diatas jelaslah bahwa Liberalisme hanyalah bentuk lain dari sekulerisme yang dibangun diatas sikap berpaling dari syari’at Allah, kufur kepada ajaran dan petunjuk Allah dan rasulNya Shallallahu’alaihi Wasallam serta menghalangi manusia dari jalan Allah. Juga memerangi orang-orang sholih dan memotivasi orang berbuat kemungkaran, kesesatan pemikiran dan kebejatan moral manusia dibawah slogan kebebasan yang semu. Kebebasan yang hakekatnya adalah mentaati dan menyembah syeitan. Lalu bisakah Islam bergandengan dengan Liberal?



Upaya menyatukan Islam dan Liberal.

Pemikiran Liberal masuk kedalam tubuh kaum muslimin melalui para penjajah colonial, kemudian disambut orang-orang yang kagum dengan modernisasi eropa waktu itu. Muncullah dalam tubuh kaum muslimin kelompok madrosah Al-Ishlahiyah dan madrasah At-Tajdid (kaum reformis) serta Al-Ashraniyun (kaum modernis) yang berusaha menggandengkan islam dengan liberal ditambah dengan banyaknya pelajar muslim yang dibina para orientalis dinegara-negara eropa. Upaya menyatukan liberalism kedalam islam sudah dilakukan oleh gerakan ‘Islahiyah’ pimpinan Muhammad Abduh dan para muridnya kemudian ditahun 60-an muncullah gerakan reformis (Madrasah At-Tajdid) dengan tokoh seperti Rifa’ah ath-Thohthawi dan Khoiruddin at-Tunisi. Pemikiran mereka ini tidaklah satu namun mereka memiliki kesamaan dalam upaya menggabung ajaran islam dengan modernisasi barat dan merekonstruksi ajaran agama agar sesuai dengan modernisasi barat. Oleh karena itu pemikiran mereka berbeda-beda sesuai dengan pengetahuan mereka terhadap komodernan barat dan kemajuannya yang terus berubah. Demikian juga mereka sepakat menjadikan akal sebagai sumber hukum sebagaimana akal juga menjadi sumber hukum dalam agama liberal.

Dari sini jelaslah kaum reformis dan modernis ini ternyata memiliki prinsip dan latar belakang serta orientasi pemikiran yang berbeda-beda meskipun mereka sepakat untuk mengedepankan logika akal daripada Al-Qur’an dan sunnah dan pengaruh kuat pemikiran barat.

Ada diantara mereka yang secara terus terang mengungkapkan niat mereka menghancurkan islam karena terpengaruh pemikiran nasionalisme sekuler atau sayap kiri komunis. Ada yang berusaha memunculkan keraguan kedalam tubuh kaum muslimin dengan berbagai istilah bid’ah yang sulit dicerna pengertiannya atau dengan cara membolak-balikkan fakta dan realitas ajaran islam sejati dengan pemikiran dan gerakannya. Mereka menempatkan orang sesat dan menyimpang sebagai pemikir yang bijak dan ksatria revolusioner. Sementara para ulama islam ditempatkan sebagai kalangan yang kolot konservatif dan tidak tahu hak asasi manusia.[2]

Yang lebih menyakitkan lagi adalah ungkapan sebagian mereka yang menuduh orang yang kembali merujuk nash syari’at sebagai orang yang kolot dan paganis. Prof. Fahmi Huwaidi dalam artikelnya yang berjudul: Watsaniyun Hum ‘Abadatun Nushush (Paganis itu adalah mereka yang menyembah nash-nash Syari’at) menggambarkan hal tersebut sebagai paganisme baru (Watsaniyah jadidah). Hal itu karena Paganisme tidak hanya berbentuk penyembahan patung berhala semata, karena ini adalah paganisme zaman dahulu. Namun paganism zaman ini telah berubah menjadi bentuk penyembahan simbol dan rumus pada penyembahan nash-nash dan ritualisme. (Lihat Al-Aqlaniyun Aprakh al-Mu’tazilah al-’Ashriyun, hal.63).

Sebenarnya hakekat usaha mereka ini adalah mengajak kaum muslimin untuk mengikuti ajaran barat (westernisasi) dan menghilangkan akidah islam dari tubuh kaum muslimin serta memberikan kemudahan kepada musuh-musuh islam dalam menghancurkan kaum muslimin. Sehingga mereka menganggap aturan liberal dan demokrasi adalah perkara mendesak dan sangat cocok dengan hakekat islam dan ajarannya serta tidak mengingkarinya kecuali fundamentalis garis keras.

Demikianlah usaha mereka ini akhirnya menghasilkan penghapusan banyak sekali pokok-pokok ajaran islam dan memasukkan nilai-nilai liberalisme dan humanisme kedalam ajaran islam dan aqidah kaum muslimin. Karena itu seorang orientalis bernama Gibb menyatakan: “Reformasi adalah program utama dari liberalisme barat. Kita tinggal menunggu saja semoga orientasi tersebut dari kalangan reformis bias menjadi semacam managerial modern untuk menggali nilai-nilai liberalisme dan humanism”[Menjawab Modernisasi Islam, hal 178].

Demikianlah nilai-nilai pemahaman liberal masuk kedalam tubuh kaum muslimin dan kita berlindung kepada Allah darinya dan dari semua penyeru ajaran ini





Liberal dalam pandangan hukum Islam

Liberalisme adalah pemikiran asing yang masuk kedalam islam dan bukan hasil dari kaum muslimin. Pemikiran ini menafikan adanya hubungan dengan agama sama sekali dan menganggap agama sebagai rantai pengikat yang berat atas kebebasan yang harus dibuang jauh-jauh. Para perintis dan pemikir liberal yang menyusun pokok-pokok ajarannya dalam semua marhalah dan sepanjang masa telah membentuk liberal berada diluar garis seluruh agama yang ada dan tidak seorangpun dari mereka yang mengklaim adanya hubungan dengan satu agama tertentu walaupun agama yang menyimpang.

Sehingga Liberalisme sangat bertentangan dengan islam bahkan banyak sekali pembatal-pembatal keislaman yang ada padanya, diantaranya:

1) Kufur
2) Berhukum dengan selain hukum Allah
3) Menghilangkan aqidah Al-Wala Dan Bara’
4) Menghapus banyak sekali ajaran dan hukum islam.

Sehingga para ulama menghukuminya sebagai kekufuran sebagaimana dalam fatwa Syaikh Shalih Al-Fauzan yang dimuat dalam Surat kabar al-Jazirah hari Selasa tanggal 11 Jumada akhir tahun 1428 H.

FEMINISME


Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Sebahagian besar ahli-ahli gerakan kewanitaan khususnya bimbang akan apa yang dianggapnya sebagai ketaksamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga menjejaskan kepentingan kaum perempuan; sesetengah mereka memperdebatkan bahawa identiti-identiti berdasarkan jantina, seperti "lelaki" dan "perempuan", merupakan ciptaan masyarakat. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-norma kelelakian, ahli-ahli gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-persoalan punca ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti berdasarkan jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.

Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal, perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalin dan gaji yang sama. Banyak ahli gerakan feminisme pada hari ini menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuan untuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama. Mereka juga mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran, serta persoalan kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang berkenaan, seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang maju. Tema-tema yang diperiksa dengan teliti dalam feminisme termasuk kebapaan, penstereotaipan, pengobjekan seks, serta penindasan.


Pertubuhan feminisme
• Amanah Ansar Burney
• Persatuan Psikologi untuk Wanita
• Ensiklopedia Britannica: Feminisme - rencana percuma
• Persatuan Feminisme Pendukung Pembebasan
• Pusat untuk Kemajuan Wanita
• Jawatankuasa Wanita Asia
• Laman web FemINist INitiative dari British Columbia
• Majoriti Gerakan Feminisme
• NOW – pertubuhan negara untuk Wanita di Amerika Syarikat
• Wanita yang hidup di bawah undang-undang Islam
• Gerakan Feminisme untuk Penyataan Bebas
• Laman web ifeminists: Tempat untuk feminisme individualis dalam talian
• 1001 pautan feminisme - Galeri Lilith Toronto.
• Forum Wanita Bebas
• Forum Wanita Australia
• Persatuan Revolusi Wanita Afghanistan (RAWA)
• Liga Wanita Lebih Tua - Suara Wanita Pertengahan Umur dan Lebih Tua (OWL)


Yang menyokong feminisme
• Feminisme & Kajian Ketakganasan
• Laman web Susan Brownmiller : Di mana Feminisme Hidup
• Judith Butler - Bibliografi
• Naomi Wolf - Sumber
• Laman web FemBio : Wanita Antarabangsa yang Terkenal
• Susan Faludi - Sumber
• Hattie Gossett - Biografi
• Laman web EServer: Feminisme dan Kajian Wanita
• Konvensyen Air Terjun Seneca: Mengajar tentang Hak Wanita dan Warisan
Perisytiharan Kemerdekaan
• Rangkaian Kebebasan Wanita


Yang kritis kepada feminisme atau jenis feminisme yang tertentu
• RADAR
• Laman web Equity feminism
• Sudut Pandangan Kelelakian: Jawapan kepada Tuntutan Gerakan Feminisme
• Mengapa Kongres Tidak Harus Mengendahkan Tentangan Gerakan Feminisme Yang
Radikal Terhadap Perkahwinan
• Anti-Feminisme Wanita untuk Kemasyhuran dan Keuntungan – oleh Jennifer
Pozner yang mengkritik apa yang dipanggil ahli feminisme "penentang"
seperti Christina Hoff-Sommers
• Tampil ke depan dan lantang bersuara – Wawancara tentang Queer Punk dan
Feminisme. Dokumentatasi, 2001, 60Min, Jerman, OmU Inggeris


Feminisme dan agama
• Riffat Hasan mengenai konservatisme agama: Teologi feminisme sebagai cara
untuk memerangi ketakadilan terhadap wanita di komuniti/kebudayaan Islam
• Wanita Yahudi dan Revolusi Feminisme – daripada Arkib Wanita Yahudi
• Islam sejak dari Kebapaan sehingga Feminisme

FEMINISME DAN PERANAN WANITA DALAM POLITIK ISLAM


Gerakan feminisme di Malaysia sangat dipengaruhi oleh gerakan feminisme Barat yang lebih bermotifkan reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini mengeksploitasi pelbagai bentuk isu dalam masyarakat khususnya yang melibatkan wanita seperti isu kesetaraan gender, diskriminasi, poligami, pekerjaan, keadilan sosial dan sebagainya. Mereka menjadikan isu kesetaraan jantina sebagai asas perjuangan mereka. Oleh kerana itu, bagi mereka, untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat, perlu wujud kesetaraan peranan antara wanita dan lelaki dalam segala bidang termasuk politik.

Peranan wanita Malaysia dalam bidang politik dilihat bermula dengan Halimaton Saadiah yang bertanding dalam pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Pelantikan Fatimah Haji Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969 semakin menyemarakkan penglibatan wanita dalam politik negara. Beliau yang memegang jawatan menteri dari tahun 1969 sehingga tahun 1973 merupakan satu-satunya menteri wanita pada masa itu. Setelah masa beliau, jumlah wanita dalam parlimen semakin meningkat. Bagaimanapun, penglibatan kedua-dua tokoh wanita di atas dalam pilihan raya telah menjadi pemangkin bagi para wanita untuk mengikuti jejak langkahnya dari masa ke semasa hinggalah ke pilihan raya tahun lepas. Wanita Malaysia terus melakar sejarah setelah berjaya merebut 24 kerusi parlimen dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang merupakan 10.81 % daripada 222 jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan, manakala sejumlah 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) atau 7.92% dari 505 kerusi DUN telah berjaya ditawan.

Meskipun jumlah wanita yang berjaya menembusi tembok parlimen belum memenuhi kuota minima 30% seperti yang diharapkan, The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) percaya bahawa dalam jangka masa 7 tahun lagi, sasaran 30% jumlah wanita sebagai ahli parlimen akan dapat dicapai. Mereka merasa yakin kerana pada masa kini setengah dari jumlah pemilih adalah wanita selain dari ramainya calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya tahun lepas. Bagaimanapun, mereka sangat menekankan bahawa dengan ramainya wanita dalam parlimen, masalah yang dihadapi masyarakat, khususnya yang melanda kaum hawa akan dapat diselesaikan.

Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya amat penting untuk kita persoalkan. Benarkah dengan bertambahnya jumlah wanita di parlimen, masalah wanita akan dapat di selesaikan? Mungkin kita perlu merenung dengan mendalam kisah yang terjadi di Argentina. Di negara Amerika Latin ini, jumlah wanita yang berada di Kongres Kebangsaan (National Congress) telah mencapai 40% tapi masalah wanita tetap tidak dapat diselesaikan. Kaji selidik yang dijalankan oleh The National Women's Council (Consejo Nacional de la Mujer, CNM) menerusi sebuah artikel yang terdapat di akhbar online iaitu Minuto Uno mengatakan bahawa setiap seorang dari tiga wanita Argentina telah mengalami penderitaan fizikal, psikologi, seksual dan keganasan ekonomi di dalam rumah. Selain itu, di wilayah Buenos Aires, 70 peratus daripada 9,000 hingga 11,000 panggilan kecemasan setiap tahun adalah panggilan yang berkaitan dengan kekerasan jantina [La Nación 3 Dec. 2007; El Siglo 29 Sept. 2007]. Ini merupakan salah satu bukti bahawa banyaknya jumlah wanita di parlimen tidak menjamin permasalahan yang dialami kaum ini dapat diatasi.

Apa yang terjadi di Argentina sebenarnya adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan. Benarkah masalah yang dihadapi wanita adalah masalah gender (ketidak setaraan gender antara lelaki dan wanita)? Seandainya ini adalah benar, mengapa dengan ramainya jumlah lelaki di parlimen permasalahan yang dihadapi lelaki masih juga melimpah? Ini adalah kerana dari segi faktanya, sebahagian besar pencuri, pemerkosa, perompak dan penganggur adalah lelaki. Jadi, bagaimana atau apakah kesetaraan gender antara lelaki dan wanita yang sebenar? Perlukah wanita memimpin lelaki atau sebaliknya? Juga, apakah sebenarnya peranan wanita dalam politik?

Kesetaraan gender yang dibawa oleh golongan feminis ini sama sekali tidak ada dalam Islam. Idea ini muncul di Barat pada masa pencerahan (enlightenment era) ketika para wanita bangkit untuk menuntut hak-hak mereka. Ini terjadi kerana sebelum masa pencerahan, iaitu di zaman gelap (dark ages), para agamawan yang mengatasnamakan Tuhan telah mendominasi sistem di dalam masyarakat dengan tidak memberikan hak kepada wanita untuk terlibat dalam urusan umum seperti menuntut ilmu, bekerja di luar ataupun berpolitik. Bahkan yang paling ekstrem, keberadaan perempuan pun masih dipertikai: apakah mereka makhluk atau bukan? Amat memilukan kerana pada masa itu, wanita Eropah benar-benar telah kehilangan kemuliaannya.

Kesetaraan (equality) dalam perspektif Islam
Kondisi yang dialami para wanita di Barat sangat berbeza dengan yang dihadapi oleh para Muslimah di dunia Islam. Dalam dunia Islam, para wanita diperlakukan dan dilayani sebagai manusia, iaitu mereka (wanita) dan lelaki adalah makhluk Allah Subhanahu wa Taala. Selain itu, dalam dunia umum, wanita diberi kesempatan dan peluang untuk menimba ilmu dan berpolitik. Hal ini dapat kita lihat pada masa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan Umar bin Al-Khatab Radiallahu Anhu, yang mana Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam mengajarkan Al-Quran kepada kaum wanita dan juga menerima baiat dari dua orang perempuan pada masa Baiat Al-Aqabah II. Selain itu, pada masa Umar bin Al-Khattab Radiallahu Anhu ada seorang wanita yang menegur Umar kerana ingin menetapkan jumlah mahar perkahwinan.

Akan tetapi dari semua kesetaraan yang ada, kesamaan yang paling mendesak yang perlu kita sedari adalah adanya persamaan hak dan kewajiban untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.

”Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam” [TMQ Ali-Imran:102].

Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak membezakan kemuliaan seseorang berdasarkan jenis kelaminnya tetapi menjadikan ketakwaan sebagai tolok ukur atau ‘standard’ kemuliaan seseorang. Jadi, inilah persamaan yang semestinya para wanita perjuangkan. Persamaan untuk menerapkan syariat Islam, untuk menjadi manusia yang bertakwa, serta manusia yang mulia di dunia dan akhirat. Justeru, seandainya wujud perbezaan peranan dan cara mengatur urusan wanita dalam Islam, itu bukanlah suatu masalah kerana yang menentukannya adalah Sang Pencipta lelaki dan perempuan iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jadi, apa pun peranan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan, pasti akan mendapatkan pahala di sisi-Nya. Di sini kita boleh menilai bahawa keadilan di dalam Islam adalah adanya kesamaan hak dan kewajiban untuk melakukan ibadah. Akan tetapi dalam hal peranannya, adil bukan bererti sama tetapi (adil) adalah menempatkan segala sesuatu sesuai dengan tempatnya. Alhamdulillah, untuk menghindari perdebatan di antara manusia, Allah menjadikan penentuan peranan antara lelaki dan wanita sebagai hak Nya.

Wanita sebagai pemimpin negara
Salah satu perbezaan peranan antara wanita dan lelaki adalah dalam masalah kepimpinan yang berhubung dengan pemerintahan. Untuk peranan ini, hanya lelaki yang diberi tanggungjawab oleh Allah Subhanahu wa Taala, sedangkan wanita tidak dibebani tanggungjawab ini. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan berjaya suatu kaum yang mengangkat seorang wanita sebagai pemimpin mereka”.

Hadis ini telah dinilai sahih dan terdapat dalam Kutub al-Sittah.

Akan tetapi, para feminis mengatakan bahawa hadis ini merupakan kebohongan yang dilakukan oleh Abu Bakrah. Alasan mereka, pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab, Abu Bakrah pernah di sebat kerana memberikan kesaksian palsu tentang perzinaan Al-Mughirah dan Ummu Jamil sehingga hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diterima.

Pendapat mereka ini sebenarnya sejalan dengan para orientalis yang ingin menciptakan keraguan pada sumber autentik Islam iaitu Hadis Nabi. Mereka menuduh bahawa kerana kesaksian Abu Bakrah tidak diterima, maka segala hadis yang diriwayatkannya meskipun telah dinyatakan sahih oleh Al-Bukhari dan Muslim perlu untuk dikaji semula kesahihannya.

Dalam menyingkap permasalahan ini kita tidak boleh menjustifikasi bahawa dengan disebatnya Abu Bakrah merupakan bukti dia telah berbohong dan kesaksiannya tidak diterima selama-lamanya. Ini kerana pertama, adanya kaedah umum yang telah disepakati oleh ahli hadis bahawa semua sahabat adalah adil. Abu Bakrah merupakan sahabat Rasulullah seperti yang dinyatakan oleh Al-Hasan Al Basri, salah seorang ulama tabi’in yang terkemuka.

“Tidak ada seorang sahabat pun dari sahabat-sahabat Rasulullah yang tinggal di Basrah lebih mulia dibandingkan dengan Imran ibn Husayn dan Abu Bakrah. Dia mempunyai banyak pengikut dan merupakan orang terhormat di Basrah”.

Kedua, periwayatan dan kesaksian merupakan dua fakta yang berbeza. Periwayatan bergantung pada penukilan orang yang adil serta kuat hafalan dari orang tersebut, mulai dari sumber berita yang pertama hingga terakhir. Periwayatan tidak memerlukan nisab, juga tidak ada larangan anak meriwayatkan dari orang tua dan saudaranya, periwayatan juga boleh dinukilkan atau diwakilkan melalui orang. Sedangkan kesaksian, selain adanya syarat adil dan terpenuhnya nisab, tidak dibenarkan anak menjadi saksi orang tua dan saudaranya. Kesaksian juga mesti berdasarkan kesaksian mata atau telinga secara langsung. Selain itu, adil dalam periwayatan berbeza dengan adil dalam kesaksian. Adil dalam periwayatan bererti Muslim, berakal, serta selamat dari faktor-faktor kefasikan dan terkikisnya muru’ah (kehormatan diri). Sebaliknya, adil dalam kesaksian bererti konsisten, iaitu bersikap “preventif” (mencegah) terhadap apa yang dianggap orang sebagai tidak konsisten.

Sebenarnya dalam kes Abu Bakrah, beliau disebat (dihukum) kerana salah satu syarat kesaksian ialah terpenuhnya nisab (zina - 4 orang saksi) tidak terjadi. Ziyad, salah seorang saksi, menarik kembali kesaksiannya ketika tiba di Madinah. Setelah Abu Bakrah disebat 80 kali, Umar meminta beliau untuk bertaubat, tetapi beliau menolak. Umar lalu mengatakan bahawa dirinya akan disebat lagi jika tetap tidak mahu bertaubat. Dalam situasi ini, beliau memilih untuk disebat daripada menarik kembali kesaksiannya dan bertaubat. Sikap ini menunjukkan bahawa beliau konsisten atau adil. Beliau tetap mempertahankan pendapat beliau. Selain itu Umar telah mengakui bahawa dia menjatuhkan hukuman sebat kepada Abu Bakrah hanya agar kelak kesaksian Abu Bakrah dapat diterima kembali.

Jadi, sebenarnya tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Abu Bakrah telah berbohong. Yang perlu dipertanyakan adalah Ziyad: Mengapa setelah di Madinah dia menarik kesaksiannya? Tidak ada penjelasan kenapa Ziyad berubah fikiran, tetapi pada masa Muawiyah, Ziyad telah dijatuhi tuduhan oleh Muawiyah atas “kebohongan” dalam kesaksiannya yang menyebabkan Abu Bakrah disebat. Tetapi Abu Bakrah melarang Muawiyah untuk melakukannya. Setelah kes ini, Abu Bakrah bersumpah untuk tidak berbicara dengan Ziyad yang masih saudara seibunya itu hingga meninggal dunia. Ziyad pun akhirnya memenuhi tuduhan Muawiyah dan berusaha mendekati anak-anak Abu Bakrah untuk menebus kesalahannya. [lihat Ibn Sa’ad, at Thabaqat al-Kubra, juz VII, hlm 15].

Oleh kerana Abu Bakrah terbukti tidak bersalah, maka berdasarkan hadis yang diriwayatkannya, haram hukumnya bagi perempuan untuk menjadi pemimpin negara. Persoalan seterusnya justeru, bolehkah perempuan berpolitik?

Politik Wanita dalam Pandangan Islam
Sebelum melanjutkan pada pembahasan politik perempuan dalam pandangan Islam, perlu diketahui bahawa politik dalam Islam sangat berbeza dengan politik dalam pandangan sekularisme. Tujuan berpolitik dalam Islam bukanlah untuk meraih kekuasaan seperti yang terjadi pada masa kini sebaliknya tujuan politik adalah ‘ria’yah asy-syu’un al-ummah’ (mengatur urusan umat). Mengatur urusan umat bererti menjamin seluruh permasalahan umat diselesaikan dengan aturan Allah. Jadi, kemampuan berpolitik bukan hanya menjadi hak dan kewajiban para penguasa, malah seluruh umat Islam, termasuk kaum wanita.

Sayangnya hal ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam, menyebabkan mereka terjebak dalam sistem demokrasi yang membawa bencana pada diri mereka sendiri. Tidak ketinggalan dengan para Muslimahnya yang mana atas nama demokrasi, mereka menuntut hak untuk duduk di Parlimen, seterusnya menggubal undang-undang yang dapat “menguntungkan” kaum perempuan. Padahal, seharusnya mereka tahu bahawa pada hakikatnya, siapa pun yang menduduki kerusi parlimen adalah manusia-manusia yang ingin mensejajarkan dirinya dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam membuat hukum. Dengan hanya berusaha meraih suara majoriti, mereka dengan berani membuat hukum yang akan diterapkan, walhal hak membuat hukum itu hanyalah pada Allah. Padahal kepada siapa mereka akan kembali dan kepada siapa mereka akan mempertanggungjawabkan semua perbuatan mereka kalau bukan kepada Allah Subhanahu wa Taala, yang telah menciptakan mereka.

Kewajiban berpolitik sebenarnya merupakan sebahagian dari dakwah Islam. Islam mewajibkan seluruh kaum Muslim sama ada lelaki mahupun wanita untuk berdakwah mengajak kepada yang maaruf dan menjauhi yang mungkar. Amar maaruf nahi mungkar ini bermaksud menyeru untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan menerapkan seluruh hukum syariat-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [TMQ Ali-Imran (3):104].

Perlu kita ketahui, ayat ini diturunkan di Madinah yang merupakan negara Islam dan hukum-hukum yang diturunkan di Madinah bukan hanya mengatur bagaimana cara beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja, tetapi juga yang mengatur sistem kehidupan. Pada saat itu, hukum-hukum yang mengatur masyarakat seperti sistem kewangan (dinar-dirham), politik luar negara, uqubat, sistem ekonomi, sistem kewangan, pemerintahan dan pendidikan telah diturunkan. Oleh karena itu, agar kaum Muslimin dapat menjalankan kewajipannya untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar mereka harus memiliki kesedaran berpolitik. Oleh yang demikian, sama ada lelaki mahupun wanita, mereka mempunyai hak yang sama untuk berdakwah amar maaruf nahi mungkar.

Dalam hal ini juga, kita mestilah membezakan persoalan pembabitan wanita di dalam politik dengan pembabitan wanita di dalam pemerintahan. Seorang Muslimah dibolehkan, malah diwajibkan berpolitik, namun diharamkan menjadi pemerintah atau apa jua jawatan yang terkait dengan pemerintahan. Manakala untuk menjadi ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri di dalam sistem demokrasi dan terlibat di dalam proses penggubalan undang-undang yang dibuat di situ, maka ia adalah haram baik bagi wanita mahupun lelaki.

Khatimah
Lelaki dan wanita dalam Islam memiliki hak dan kewajipan yang sama untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kebahagiaan yang mereka capai juga sama iaitu menggapai keredhaan Allah Subhanahu wa Taala. Tujuan hidup inilah yang semestinya menjadikan lelaki dan wanita menerima segala peranan yang telah ditetapkan oleh Al-Khaliq. Pada saat dan ketika ini, menegakkan kembali Khilafah sebagai sebuah institusi yang menerapkan dan menjaga syariat Islam adalah merupakan satu kewajipan untuk seluruh umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita. Di sinilah sebenarnya ruang yang diberikan Allah Subhanahu wa Taala kepada wanita untuk terlibat dan terjun ke dalam dunia politik.

Wallahu ‘alam

PLURALISME DAN PENDIRIAN ISLAM

Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

Konsep pluralisme ialah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama. Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama. Bagi penganut-penganut aliran ini, agama-agama besar di dunia seperti Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan yang seumpamanya, mempunyai dua struktur utama, iaitu, eksoterik (aspek luaran / zahir) dan esoterik (aspek dalaman / batin). Agama-agama ini, menurut mereka, hanya berbeza pada aspek luaran atau zahirnya sahaja, sedangkan pada aspek dalamannya ia adalah sama, iaitu menuju pada tuhan yang satu.

Sebagai contoh, sekiranya umat Islam menunaikan ibadat dengan cara bersolat di masjid, penganut agama Buddha beribadat dengan membaca mantera-manteranya di kuil, dan penganut-penganut Kristian pula hadir dan bertafakur di gereja pada setiap hari Ahad, dan begitulah seterusnya. Justeru, menurut mereka, kesemua bentuk ibadat itu adalah benar dan diiktiraf kerana kesemuanya menuju kepada satu ‘kebenaran yang hakiki’, iaitu Tuhan. Bagi umat Islam Tuhannya ialah Allah, manakala bagi penganut Kristian Dia adalah Jesus, dan begitulah seterusnya.

Antara tokoh yang mempopularkan isme ini ialah Ernst Troeltsch (1865-1923), Arnold Toynbee (1889-1975), Wilfred Cantwell Smith (1916-2000) dan John Harwood Hick (1922-sekarang). Pengaruh isme ini begitu kuat sehinggakan segelintir umat Islam sudah mengimani konsep ini pada hari ini. Sebagai contoh, seorang tokoh Islam Liberal di Indonesia yang bernama Ulil Absar Abdalla, tanpa segan silu lagi menyatakan bahawa “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar.” Hal ini dilaporkan dalam majalah Gatra, 21 Disember 2002.


Islam menghormati semua agama tetapi ia tidak bersetuju dengan aliran yang mengatakan bahawa semua agama adalah sama. Sebagai contoh, pada 29hb Julai 2005, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwanya yang memutuskan bahawa aliran pluralisme adalah bertentangan dengan Islam. Fatwanya berbunyi, “Pluralisme agama adalah suatu faham yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif. Oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh (mendakwa) bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah…… Pluralisme…. sebagaimana dimaksudkan pada bahagian pertama adalah (kefahaman) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.”

Apakah Alasannya Islam Menolak Pluralisme?

Secara logiknya, jika kesemua agama adalah sama mengapakah nabi Muhammad perlu diutus untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya? Mengapakah nabi perlu menentang penyembahan berhala yang dilakukan oleh golongan Arab ketika itu sehingga mendatangkan kesusahan ke atas diri sendiri? Mengapakah pendeta Yahudi yang bernama Abdullah bin Salam memeluk Islam di zaman nabi dan hal ini diterima nabi dengan penuh kesyukuran? Mengapakah nabi mengutus surat kepada pemimpin pelbagai negara untuk mengajak mereka kepada Islam?

Hal ini disebabkan ajaran Islam yang dibawa nabi Muhammad tidak sama dengan ajaran yang terdapat dalam agama yang lain. Konsep ketuhanan Islam tidak sama dengan konsep triniti Kristian, tidak sama dengan konsep trimurti Hindu dan yang seumpamanya.

Jika konsep ketuhanan Islam sama dengan konsep triniti Kristian, mengapakah Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 72-73 yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah al-Masih anak Maryam’. Padahal al-Masih sendiri berkata: ‘Wahai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan baginya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim’. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan’. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari kalangan mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”?

Demikian juga, jika benar umat Islam disuruh bertolak ansur dengan sembahan-sembahan yang dianggap sebagai jelmaan daripada Tuhan yang esa, mengapakah dalam surah an-Najm ayat 23 Allah berfirman, “Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali tidak menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan mengikut apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.”?

Hal yang sama ditegaskan dalam surah az-Zumar ayat 65-66 yang bermaksud, “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi sebelummu bahawa: ‘Demi sesungguhnya, jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalanmu, dan engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.’ (Janganlah menyembah yang lain daripada Allah) bahkan hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur”.

Golongan pluralis sering kali mengatakan bahawa pelbagai sembahan yang disembah oleh manusia mengikut agama masing-masing tidak sepatutnya menimbulkan masalah kerana tujuannya tetap sama, iaitu, untuk mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Islam tidak bersetuju dengan mereka malah dalam surah az-Zumar ayat 3-4 Allah menggelar mereka sebagai golongan musyrik yang sesat dan bukannya sebagai golongan Muslim atau Mukmin yang dimuliakan. Allah berfirman, “Dan orang-orang musyrik yang mengambil pelindung selain daripada Allah berkata: ‘Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya’. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Dia memilih mana-mana yang dikehendakinya di antara ciptaan-ciptaannya. Maha Sucilah Dia (dari menghendaki yang demikian) itu. Dia lah Allah, Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.”

Sebagai kesimpulannya, agama Islam menyuruh umatnya menghormati agama-agama lain. Malah umat Islam dilarang mencaci tuhan-tuhan yang disembah oleh orang lain. Namun, ia tidak bermaksud bahawa umat Islam meredai dan bersetuju dengan ajaran yang terdapat dalam agama-agama itu. Justeru, dalam surah al-Kafiruun ayat 1-6 Allah menegaskan, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Maka untukmu agamamu, dan untukku agamaku’.” Inilah pendirian umat Islam.

Adakah Ini Bermakna Islam Tidak Boleh Bertoleransi?

Tidak bersetuju dengan sesuatu tidak bermaksud tidak boleh bertoleransi dengan sesuatu. Sebenarnya seorang Muslim tidak menjadi Muslim yang sebenarnya jika dia tidak bertoleransi dengan penganut agama lain. Hal ini disebabkan bertoleransi dan bersikap adil dengan mereka yang bukan Islam diwajibkan oleh agama Islam. Hal ini ditegaskan Allah dalam surah al-Maidah ayat 8 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana bersikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

Dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 pula Allah menyuruh umat Islam agar hidup secara baik dengan golongan bukan Islam yang tidak memerangi mereka. Allah berfirman, “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Sejarah membuktikan hakikat ini. Sebagai contoh, profesor T. W. Arnold dalam bukunya ’The Preaching of Islam (Low Price Publications, New Edition, India, 2002) melaporkan, “Apabila tentera-tentera Islam tiba di lembah Jordan dan panglima Abu Ubaidah mengarahkan agar khemah-khemah dipasang di Fhil, penduduk-penduduk Kristian di negeri itu telah menulis surat kepada golongan Arab Muslim ini dengan berkata, ‘Wahai orang-orang Islam, kami lebih suka jika kamu yang memerintah kami daripada pihak Rom walaupun mereka seagama dengan kami. Mereka telah merompak harta kami dan memusnahkan tempat tinggal kami’.” Hal ini disebabkan golongan Islam memang dikenali ketika itu sebagai satu golongan yang adil dan saksama termasuk terhadap golongan yang bukan Islam.

Tokoh-tokoh Islam amat mementingkan toleransi dengan golongan bukan Islam. Sejarah meriwayatkan bahawa beberapa perjanjian pernah dibuat oleh khalifah Omar al-Khattab dengan golongan bukan Islam berhubung hak-hak mereka. Antaranya, seperti yang disebutkan dalam kitab Tarikh at-Tabari (Dar al-Maarif, jilid 3) iaitu, “Keselamatan jiwa dijamin, demikian juga dengan harta benda, gereja-gereja dan tempat ibadah mereka. Gereja-gereja mereka tidak akan diduduki, tidak akan diruntuhkan dan dikurangkan. Harta benda gereja tidak akan diambil dan tanda-tanda salib dibiarkan. Mereka tidak akan ditindas kerana perbezaan agama, dan tidak ada sesiapapun dari kalangan mereka yang akan disakiti…”

Sejarah juga menceritakan berhubung perjanjian yang pernah dibuat oleh panglima Khalid al-Walid dengan golongan bukan Islam, iaitu, “Mereka berhak membunyikan loceng-loceng gereja pada bila-bila masa yang mereka suka kecuali pada waktu sembahyang (orang-orang Islam). Mereka juga boleh mengeluarkan tanda salib mereka pada hari perayaan mereka.” Hal ini dilaporkan dalam kitab Al-Kharaj karangan Imam Abu Yusuf.

Tambahan daripada itu, dalam kitab al-Islam wa Ahlul Zimmah karangan Dr. Ali Husni Al-Kharbutli, dilaporkan bahawa pembinaan rumah-rumah ibadah golongan bukan Islam meningkat pada zaman pemerintahan Islam. Maqrizi berkata, “Kebanyakan gereja di Mesir dibina pada waktu pemerintahan Islam tanpa ada sebarang perbezaan pendapat.”

Sebagai contoh, gereja Mar Marcus yang terkenal di Iskandariah, Mesir, dibina antara tahun 39-56 hijrah. Gereja yang pertama di bandar Fustat pula dibina antara tahun 48-68 hijrah. Semua pembinaan ini berlaku di zaman pemerintahan Islam.

Untuk lebih memahami konsep toleransi umat Islam, mari kita amati apa yang dikatakan oleh Robert Briffault dalam bukunya The Making of Humanity (Islamic Book Foundation, Lahore, 1980). Dalam bab Dar al-Hikmet, beliau berkata, “Di bawah konsep toleransi agama (Islam) golongan Kristian hidup penuh kebebasan di bawah pemerintahan khalifah Islam di Sepanyol.. Pelajar-pelajar Kristian dari pelbagai pelosok Eropah datang ke negara Arab ini untuk belajar. Alvaro, seorang paderi kanan di Cordova, menulis pada abad ke-9 Masihi, ‘Kesemua pelajar Kristian yang berbakat ini mengetahui bahasa dan kesusasteraan Arab. Mereka membaca dengan penuh minat buku-buku karangan orang Arab dan berasa amat kagum dengan kesusasteraannya’.”

Golongan Yahudi juga mendapat manfaat daripada sikap toleransi ini. Berhubung dengan ini Robert Briffault dalam buku yang sama berkata, “Sikap toleransi orang-orang Islam di bawah pemerintahan khalifah juga dirasai oleh orang-orang Yahudi. Mereka kemudiannya memperkembangkan budaya hidup orang-orang Islam ke kawasan-kawasan ceruk yang tidak mengenali erti tamadun… Mereka membina banyak sekolah, antaranya sekolah Kimhis dan Ben Esra di Narbonne, dan di situ mereka mengajar ilmu sains Arab di samping menterjemahkan pelbagai buku karangan orang-orang Arab…”

Tidakkah ini menunjukkan bahawa agama Islam amat bertoleransi dengan golongan bukan Islam? Inilah sebenarnya yang diajar oleh Allah dan Rasulnya. Justeru kita boleh hidup secara aman penuh toleransi dalam perbezaan dan kepelbagaian.