JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, March 6, 2011

FASAKH

1. PENGERTIAN FASAKH
Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.


2. SEBAB FASAKH
• Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh ialah: Sebab yang merosakkan akad.
• Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri yang dalam tempoh ‘iddah talaq suami pertamanya.
• Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan apabila baligh minta difasakhkan akad itu.
• Sebab yang mendatang selepas pernikahan.
• Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
• Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah seorang memeluk Islam.
• Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan sebab persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua.


3. HIKMAH FASAKH
• Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniaya.
• Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.
• Menunjukkan keunggulan syari‘at Allah subhanahu wata‘ala yang Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.

No comments: