JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, March 23, 2011

MADAH PUJANGGA

Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-

Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.
-Pythatoras-

Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN
-I. Salanter Lipkin-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.
-Saidina Ali Abi Talib r.a-

KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA
-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil
-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
-Lao Tze-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain
-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
-Marcus Aurelius-

Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.
-Muhammad Ali-

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
-Albert Camus-

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
-Saidina Abu Bakar r.a-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.
-Alias Haji Muda-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
-Lao Tze-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
-James Allen-

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.
-Bestari-

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
-Joseph Conrad-

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” ~Pujangga

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

“Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.” ~Pujangga~

“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.” ~Pujangga~

“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali” ~ Pujangga~

“Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.” Kata-kata Pujangga~

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~

“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” Kata-kata Pujangga~

“Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.” kata-kata Pujangga

“Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.” kata-kata Pujangga

“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.” ~kata-kata Pujangga

“Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari…“kata-kata Pujangga`

“Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.” kata-kata Pujangga~

“Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.” kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: “Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.”

“Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana” kata-kata Pujangga~

“Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.” kata-kata Pujangga`

“Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.” kata-kata Pujangga`

“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.” kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:” Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.”

Kata-kata Pujangga: “Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”

Kata-kata Pujangga:” Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

Kata-kata Pujangga:“Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

Kata-kata Pujangga: “Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”

Kata-kata Pujangga:“Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”

Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

Kata-kata Pujangga: ” Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Kata-kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”

Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”

Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”

Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan.

Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.

Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia. Tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah.

Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata2 benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata2mu.

Bersedekah kepada orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu. Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya.=Mahatma Ghandi=

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 beradab dan berbudi mulia yang dapat kita mengambil manfaatnya. = Hamka =

Jadi wanita cantik kadang2 sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya. = Gina Lollobrigida =

Tidak belajar bersungguh2 di waktu muda, hendak menjadi apa pada waktu dewasa?? = Anonim =

Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan. = Walter Bagehot =

Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati. = Omar Bradley =

KATA-KATA PUJANGGA

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan" ~Pujangga

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." ~Pujangga~

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara." ~Pujangga~

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali" ~kata-kata Pujangga~

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali." Kata-kata Pujangga~

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa." kata-kata Pujangga~

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu." Kata-kata Pujangga~

"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." kata-kata Pujangga

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang." kata-kata Pujangga

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji." ~kata-kata Pujangga

"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."kata-kata Pujangga`

"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini." kata-kata Pujangga~

"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar." kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: "Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."

"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" kata-kata Pujangga~

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi." kata-kata Pujangga`

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya." kata-kata Pujangga`

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang." kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

Kata-kata Pujangga: "Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

Kata-kata Pujangga:" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

Kata-kata Pujangga:"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

Kata-kata Pujangga: "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

Kata-kata Pujangga: " Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

Kata-kata Pujangga: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

Kata-kata Pujangga: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."

Kata-kata Pujangga: "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

Kata-kata Pujangga: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Kata-kata Pujangga: "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

Kata-Kata Pujangga: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."

Kata-kata Pujangga: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."

Kata-kata Pujangga: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

Kata-kata Pujangga: "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Kata-kata Pujangga: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Kata-kata Pujangga: "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

Kata-kata Pujangga: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."

Kata-kata Pujangga: "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

SATU BULAN SETENGAH

Hamdallah hari ini ALLAH SWT masih mengurniakan aku pelbagai nikmat dalam kehidupan termasuk nikmat kesihatan.. Syukran ya Rabb.. Satu bulan setengah itu lah cuti semester aku yang paling panjang selama menuntut pengajian di peringkat diploma.. Cuti yang agak panjang menyebabkan kita bertambah bosan kalau tiada kerja.. Begitu lah cerita cuti ku.. Tapi cuti kali ini sangat bermakna dan seronok bagiku.. Ini kali pertama famili aku berkumpul semula setelah 3 ke 4 tahun lamanya aku tak silap... Ya lah semua sudah sibuk dengan keluarga masing-masing.. Banyak komitmen yang perlu diberikan.. Tapi dikesempatan cuti ini dapatlah juga berkumpul sama-sama mereka.. Huhuh orang kata ada family day la konon.. Seronok pergi bawa anak saudara jalan2, mandi2, bbq, ramah mesra dan banyak lagi.. Hehehe itu semua pun nikmat yang ALLAH SWT berikan dalam menghiburkan para hamba-NYA.. Biarpun detik itu seketika tetapi ianya sangat menyeronokkan.. Sweet memory la orang putih kata.. Kekekeke.. Hamdallah ala kullu hal..

Saturday, March 12, 2011

OH KEHIDUPAN

Hamdallah ALLAH SWT masih lagi memberikan kekuatan untuk aku mencoretkan cerita kehidupan di ruangan ini.. Kehidupan ini memang adil.. ALLAH SWT mengurniakan sesuatu kepada hambanya apa yang diperlukan bukan apa yang di inginkan.. Nescaya kalau diberikan apa yang di inginkan alamat hancurlah dunia ini DAN MANUSIA TIDAK TAHU UNTUK BERUSAHA.. Rezeki setiap orang itu juga berbeza-beza mengikut apa yang telah ditetapakn oleh ALLAH SWT.. So maksudnya tidak ada lagi lah keluhan terhadap rezeki yang di berikan.. Kalau baik ya ALHAMDULILLAH.. Tapi kalau kurang baik mungkin itu yang terbaik dalam kehidupan kita.. Tapi masyarakat kini?? Waduh asyik merungut dengan rezeki yang di berikan.. Tidak cukup lah, kurang la n macam2 lagi.. Termasuk lah diri penulis ini.. Kita kena bersyukur terhadap tapak yang telah kita berpijak.. Sometimes kita akan cemburu pada apa yang orang lain ada.. Hurm kawan-kawan sekarang sudah ramai yang ingin memulakan langkah untuk berpijak ke tahap Ijazah.. InsyaALLAH aku pula satu hari nanti.. Ya ALLAH permudahkan langkah dan perjalananku.. Berkati setiap jejak ku menuju ilmu yang bermanfaat.. Biar lambat asal selamat.. Pensyarah selalu ingatkan yang kita perlu berpijak dan melangkah mengikut tahap kemampuan kita.. Persoalannya di sini, salah kah langkahku mengambil keputusan ketika hendak mengambil diploma dan tidak mampu kah aku mengambil selain diploma?? Mungkin jawapan ada pada diri sendiri.. Ya mungkin tidak salah.. Mungkin rezeki ku telah ditetapakan untuk mengambil kelulusan diploma bukan STPM, asasi dan sebagainya.. Persoalan nya bukan kerana mampu mahupun tidak.. Sebab lau tak mampu memang tak nak la study sudah kan.. Tapi keinginan aku study ni tinggi macam gunung Everest.. Hahahaha.. Persoalannya di sini hanya soal rezeki.. Rezeki ku telah ditetapkan untuk mengambil diploma.. By the way, arrange your step u will reach to your destination.. Kena yakin dengan bantuan dan rezeki yang ALLAH SWT tetapakan.. Itulah yang terbaik dalam kehidupan kita.. Ya ALLAH berikan aku langkah yang indah dalam kehidupan ku.. This year i will get finish my diploma.. Apa pula langkah perjalanan kehidupan ku?? Perancangan tahun depan macam mahu ambil STAM pula.. Cuma nya aku ini makin tua bukan makin muda.. Hehehehe best nya hidup kalau umur tak meningkat2.. Kalau menurun tu mustahil pula kan.. Ehehehehe.. Ye lah dalam masa terdekat nak juga aku bagi rasa orang tua aku dengan gaji aku.. Aku bawa mereka bercuti ke, umrah n etc la.. Mereka pun bukan makin muda tapi makin tua.. Nak juga bagi mereka lihat kejayaan yang akan aku galas.. Kekekeke... Berjaya ke nanti?? InsyaALLAH kena yankin.. ALLAH akan bantu tu.. So sekarang kena usaha dan doa.. ALLAH akan bantu.. SHOW ME THE WAY YA ALLAH:).. Apa pun ALHAMDULILLAH ala kullu hal..

Sunday, March 6, 2011

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA, SUAMI DAN ISTERI

Kedua orang tua itu mempunyai kewajipan mendidik dan mengajar anaknya berbuat baik
dalam pergaulan serta adab sopan dalam hidup berumahtangga dengan suaminya.
Mengenai ini ada diriwayatkan bahawa Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya
sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:
" Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan sehingga
menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal
dan engkau mesti berkawan dengan seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah
engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau
sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu
pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau menghimpunkan
untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah
engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi kalau ia
mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik,
peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah
suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia
mendengar melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri mu.
Kata-kata yang merupakan kumpulan adab sopan wanita perlu dipanjangkan, iaitu isteri
hendaklah merupakan tiang utama di tengah - tengah rumahnya. Isteri itu hendaklah
sentiasa di bilik rumahnya, menetap ditempat perkakas anyamannya, tidak banyak turun
naiknya ataupun keluar. Ia mesti kurang berbicara terhadap tetangganya. Janganlah
memasuki rumah tetangganya itu melainkan didalam keadaan yang mengharuskan ia
masuk di situ.
Isteri hendaklah menjaga suaminya, baik sewaktu ia pergi ataupun ketika ia ada di rumah.
Hendaklah diusahakan agar suaminya gembira dalam segala perkara yang dihadapinya.
Jangan sekali-kali isteri mengkhianati dirinya sendiri ataupun harta suaminya. Jangan pula
isteri itu keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suaminya. Jika telah menerima
keizinan dan terpaksa keluar, maka hendaklah isteri itu berjalan bersembunyi-sembunyi,
berpakaian yang sederhana, tidak mendedahkan tubuh dan pakaiannya. Hendaklah selalu di
cari tempat-tempat yang lengang bukannya tempat lalulintas orang ramai sehingga
berdesak-desakkan. Ia mesti menghindarkan diri dari bercakap-cakap dijalanan dengan
lelaki bukan mahram.
Yang wajib diutamakan oleh isteri itu ialah kebaikan keadaannya sendiri serta mengatur dan
mentertibkan keadaan rumahtangganya. Selain itu mestilah rajin melakukan ibadat,
sembahyang serta puasa dan lain-lain yang menjadi kewajipan dirinya.
Apabila ada kawan suaminya meminta izin dan sedang berada di hadapan pintu, tetapi di
masa itu suaminya tiada, maka tidak perlulah ia bertanya ataupun bercakap - cakap
dengannya. Hendaklah ia cemburu pada dirinya sendiri dan juga perasaan cemburu
terhadap suaminya. Seorang isteri hendaklah puas dengan apa yang ada pada suaminya
dan apa sahaja yang direzekikan oleh Allah Taala kepadanya.
Ia mestilah mendahulukan hak suaminya atas haknya sendiri serta hak keluarganya. Ia
wajib membersihkan dirinya selalu, bersiap sedia setiap waktu dan keadaan, barangkali
suaminya itu dengan tiba-tiba menginginkandirinya untuk bersenang-senang. Selain itu
isteri juga wajib mengasihi anak-anaknya, menjaga dan menutup keburukan mereka,
jangan mudah mengeluarkan kata-kata makian kepada anak-anaknya ataupun berbuat
sesuatu yang menyakitkan suaminya. Demikian nasihat seorang ibu yang budiman kepada
anaknya. Sementara itu ada pula beberapa perkara yang merupakan adab sopan seorang
isteri, jikalau ia menginginkan ketenangan dalam rumahtangganya iaitu:
• Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya kerana
kecantikan yang dimilikinya.
• Jangan menghina suaminya kerana buruk rupa dan wajahnya.
• Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal.
• Menahan diri sewaktu suaminya tidak ada di rumah.
• Menunjukkan sikap baik, bermain-main dan berlapang dada serta melakukan segala
hal yang menyebabkan kesenangan suami sewaktu suaminya ada di rumah.

Ada suatu kewajipan yang harus dipatuhi oleh isteri dan ianya termasuk dalam hak-hak
perkahwinan, iaitu:
• Jikalau isteri itu ditinggalkan mati oleh suaminya, maka hendaklah isteri itu
menjaga dirinya dan berkabung tidak lebih dari empat bulan sepuluh hari. Dalam
waktu itu dia dilarang mengenakan harum-haruman dan berhias.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
menunjukkan perkabungan kerana meninggalnya seseorang lebih dan tiga hari
lamanya, melainkan untuk suaminya, maka bolehlah sampai selama empat bulan
sepuluh hari" (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
• Isteri itu menetap di rumah yang disediakan sewaktu ia masih menjadi isteri dan
suaminya yang meninggal itu sehingga habis masa iddah.
• Isteri itu tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya atau keluar dari rumah itu,
melainkan dalam keadaan darurat. Masih ada lagi adab sopan sebagai seorang isteri
iaitu hendaklah isteri itu bekerja dan berkhidmat pada rumahtangga dalam segala
perkara yang mampu ia lakukan, hal yang sedemikian inilah yang dilakukan oleh
para isteri sahabat r.a.

TALAQ

1. Pengertian Talaq.
• Talaq dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan.
• Dari segi syara‘ ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya.

2. Dalil harus talaq. Firman Allah subhanahu wata‘ala: Maksudnya: “Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.” (Surah Al-Baqarah, 2:229). Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh yang bermaksud: “Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula.” (Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

3. Rukun dan syarat talaq ialah :
• Suami. Syarat-syarat suami ialah:
 Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis ‘iddah.
 Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja.
 Baligh.
 Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri.
• Isteri. Syarat-syarat isteri:
 Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan.
 Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang di dalam ‘iddah perceraian talaq satu.
• Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua:
 Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti berkata: “Aku ceraikan engkau talaq satu”, “Aku lepaskan kau” dan “Aku talaqkan kau”. Talaq dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh talaqnya walaupun tanpa niat.
 Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan bahasa sindiran seperti berkata: “Engkau haram atas diriku” atau “Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu”. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan isterinya.
• Qasad (niat).

4. Hukum Talaq. Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:
• Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.
• Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.
• Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.
• Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.
Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul‘ (tebus talaq).

5. Pembahagian talaq. Talaq terbahagi kepada empat keadaan iaitu:
(A)talak raj'i atau bukan raj'i
• Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).
• Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:
 Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi.
 Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:
1. Setelah selesai ‘iddah si isteri.
2. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.
3. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian.
4. Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.

(B)talak yang berbentuk bayaran
=talak khulu'.menetapkan jumlah bayaran tertentu terhadap perceraian yang dilakukan.
=talak bukan khulu'.tidak menetapkan jumlah bayaran tertentu terhadap cerai yang dilakukan.

(C)talak yang melihat pada keadaan isteri
=talak sunni. menceraiakn isteri yang tidak dalam keadaan haid, mengandung dan nifas.
=talak bid'ie. menceraikan isteri dalam keadaan haid, mengandung dan nifas.
=bukan talak sunni dan bid'ie. menceraikan isteri yang sudah putus haid atau yang belum cukup umur.

(D)talak dari bentuk lafaz
=talak sorih. mengunakan lafaz cerai atau talak secara jelas. Contohnya, "aku ceraiakn engkau dengan talak tiga"
=talak kinayah. tidak menggunakan lafaz cerai atau talak secara jelas. Contohnya, "pergilah engkau pulang kerumah ibu bapamu"

FASAKH

1. PENGERTIAN FASAKH
Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.


2. SEBAB FASAKH
• Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh ialah: Sebab yang merosakkan akad.
• Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri yang dalam tempoh ‘iddah talaq suami pertamanya.
• Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan apabila baligh minta difasakhkan akad itu.
• Sebab yang mendatang selepas pernikahan.
• Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
• Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah seorang memeluk Islam.
• Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan sebab persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua.


3. HIKMAH FASAKH
• Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniaya.
• Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.
• Menunjukkan keunggulan syari‘at Allah subhanahu wata‘ala yang Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.

KHULU'

1. KHUL‘ (TEBUS TALAQ). Pengertian Khul’ ialah :
• Khul‘ dari segi bahasa bererti melepas atau menanggalkan.
• Manakala dari segi syara‘ pula ialah perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh suami. Contohnya suami berkata “Aku talaqkan kamu dengan bayaran sekian banyak” atau isteri berkata: “Aku menebus talaq ke atas diriku dengan bayaran sekian banyak”.

2. DALIL PENSYARI‘ATAN KHULUK. Firman Allah subhanahu wata‘ala: Maksudnya: “Talaq (yang boleh diruju‘ kembali) hanya dua kali. Sesudah itu peganglah(ruju‘) atau lepaskan (cerai) dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali jika keduanya takut tidak dapat menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah. Oleh itu, kalau kedua-kedua kamu khuatir maka tidaklah berdosa tentang bayaran balik (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya.” (Surah Al-Baqarah, 2:229)

3. SYARAT SAH KHULUK :
• Suami: Baligh, berakal, mukhtar (bebas) melakukan khul‘ bukan dipaksa.
• Isteri: Hendaklah seorang yang boleh menguruskan harta dan mukallaf.
• Lafaz khul‘: Hendaklah disebut dengan terang.
• Bayaran khul‘: Hendaklah dijelaskan dengan jumlah yang tertentu.
Peringatan: Walaupun isteri mempunyai hak untuk memohon fasakh dan khul‘,
tetapi Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam menuntut agar ia tidak dilakukan
dengan sewenang-wenangnya. Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud: Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga. (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)

4. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI KHULUK.
• Di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 49 ada menerangkan bahawa: Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-
pihak itu bersetuju bercerai denagn tebus talaq, Mahkamah hendaklah selepas sejumlah tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, menasihatkan suami itu melafazkan perceraian dengan tebus talaq mengikut hukum syara‘, dan perceraian itu adalah bain sughra dan tidak boleh diruju‘kan.

TA'LIQ

1. PENGERTIAN TA‘LIQ
• Ta‘liq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq tersebut.

2. SYARAT TA‘LIQ. Syarat jatuh cerai ta‘liq :
• Suami: Hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata- kata ta‘liq.
• Belum berlaku: Hendaklah ta‘liq ke atas perkara yang belum berlaku atas perkara yang mungkin berlaku.
• Isteri: Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah). Contohnya suami berkata kepada isteri: “Jika engkau keluar dari rumah ini
sepanjang ketiadaan aku, jatuhlah talaq engkau” atau “Apabila engkau pergi ke
rumah si anu, jatuhlah talaq” atau “Manakala engkau pergi ke sana tanpa izinku jatuh talaq” atau sebagainya. Apabila berlakunya perkara yang bertentangan dengan syarat yang dilafazkan, maka terjatuhlah talaq menurut hukum syara‘.

3. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI TA‘LIQ.
Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 50, seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak memohon penceraian menurut syarat-syarat ta‘liq yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz ta‘liq tersebut:
• Meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut.
• Tidak memberi nafkah yang wajib selama empat bulan berturut-turut.
• Menyakiti tubuh badan isteri.
• Suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat bulan berturut- turut.

LI'AN

1. PENGERTIAN LI‘AN.
• Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.
• Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa
mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia
bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali
kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.
• Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah
sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya
“bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”. Firman Allah subhanahu wata‘ala: “Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan
menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawasumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.” (Surah An-Nur, 24:6-9).


2. KESAN LI‘AN.
• Berdasarkan Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menegaskan bahawa: “Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li‘an mengikut hukum syara‘ di hadapan seorang hakim syar‘i, atas penghakiman, maka hakim
syar‘i itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.” Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua- dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an. Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya. Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya. (Riwayat Daruqutni)

PROSEDUR PERCERAIAN

1. PROSEDUR PERCERAIAN.
• Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah membuat permohonan kepada Mahkamah Syari‘ah di mana (tempat) dia bermastautin.
• Sebelum sesuatu permohonan cerai dikemukakan kepada Mahkamah Syari‘ah, pihak suami isteri diminta membuat pengaduan ke Bahagian Khidmat Nasihat/Rundingcara di Pejabat Agama Islam Daerah untuk diberikan rundingan terlebih dahulu.
• Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syari‘ah.
• Setelah Mahkamah Syari‘ah bersidang dan membuat sesuatu keputusan mengenai perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah hendaklah menghantar satu salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju‘ Daerah yang berkenaan.
• Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menyemak keputusan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Jika terdapat keraguan atau kesilapan teknik hendaklah dikembalikan untuk pembetulan.
• Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menandatangani Sijil Cerai yang telah disempurnakan dan menghantar satu salinan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai da Ruju` Negeri Melaka.
• Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mendaftarkan perceraian tersebut di dalam Buku Daftar Cerai.
• Pendaftar hendaklah menyerahkan Sijil Cerai tersebut kepada pasangan berkenaan setelah isteri tersebut tamat ‘iddahnya dan direkodkan di dalam buku daftar serahan sijil cerai.
• Bagi kes suami yang ingin berkahwin dengan perempuan lain semasa dalam ‘iddah isterinya, maka pihak suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Mahkamah Syari‘ah di mana tempat ia bermastautin atau tinggal.
• Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat perceraian tersebut berdasarkan keputusan Mahkamah.

RUJUK

1. Ruju‘ dari segi bahasa bererti kembali. Manakala dari segi syara‘ pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu ‘iddah yang bukan talaq ba’in. Ruju‘ adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu ‘iddah isteri.

2. Dalil harus rujuk ialah :
• Firman Allah subhanahu wata‘ala: Maksudnya: “Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (ruju‘) akan isteri-isteri di dalam masa ‘iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.” (Surah Al Baqarah, 2:228).
• Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah bersabda kepada ‘Umar ketika dikhabarkan bahawa anaknya (‘Abdullah) telah menceraikan isterinya ketika haidh maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:“Suruh anakmu supaya dia rujuk kepada isterinya.” (Maksud Al-Hadith).


3. Rukun rujuk :
• Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).
• Murtaji‘ iaitu suami yang mempunyai syarat-syarat tertentu.
• Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.


4. Syarat-syarat rujuk :
• Suami:
 Hendaklah seorang yang berakal.
 Baligh.
 Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa.
 Tidak murtad.
• Isteri:
 Hendaklah yang sudah dicampuri.
 Mestilah yang diceraikan dengan talaq raj‘iyy. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khul‘ dan juga talaq tiga.
 Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya.
 Hendaklah tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah ruju‘ dalam masa yang tertentu sahaja.
 Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Ruju‘ disyari‘atkan adalah bertujuan untuk membolehkan suami isteri yang telah bercerai dengan talaq raj‘iyy meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih lagi dalam ‘iddah. Tetapi perlu diingat bahawa ruju‘ hendaklah dengan tujuan untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.


5. Prosedur rujuk :
• Jika selepas perceraian yang boleh diruju‘kan (dalam ‘iddah raj‘iyy) dan ruju‘ telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal perujukan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh peruju‘kan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.
• Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju‘ atas persetujuan bersama semasa di dalam ‘iddah raj‘iyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki.
• Setiap ruju‘ yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syari‘ah berkaitan sebelum ruju‘ dijalankan.Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berpuashati bahawa ruju‘ tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syara‘, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju‘ diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.
• Pendaftaran atau permohonan ruju‘ hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah.
• Setiap ruju‘ yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan.
• Pemohon yang telah didaftarkan ruju‘ mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Ruju‘ (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju‘.
• Butir-butir peruju‘kan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah dalam Buku Daftar Ruju‘ (Borang 2E)

Thursday, March 3, 2011

PESANAN RASULULLAH TERHADAP WANITA



• Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
• Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
• Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
• Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
• Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
• Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
• Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
• Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
• Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

TAUTAN MAHABBAH DARIPADAMU SANG PENCIPTA

Hidup beri kita berjuta sebab untuk tersenyum.. Namun ia juga beri kita berjuta kenyataan yang membawa kesedihan.. Kehidupan itu satu nikmat dan kurnia yang paling besar dalam hidup setiap insan.. Namun terlalu ramai orang yang menganggap dunia sebagai duniawi semata-mata.. A’uzubillah ya ALLAH.. Jangan engkau golongkan aku salah satu daripada mereka.. Peliharalah hatiku ini ya ALLAH.. Subhanallah ya ALLAH.. Engkau maha kuasa dan berhak atas sesuatu.. Hari ini terlalu banyak perkara yang membuka pandagan hatiku terhadap kehebatanmu ya ALLAH.. Engkau adalah SANG PENCIPTA yang paling agung ya RABB.. Aku melihat keindahan alam menjadikan aku terpaku pada nikmat mu.. Aku melihat keindahan langit menyebabkan aku menyesal atas dosa yang aku lakukan.. Aku melihat insan sekelilingku menyebabkan aku merasakan alangkah bertuahnya diriku ini.. Ya ALLAH janganlah engkau kaburkan pandangan mataku dan menjadikan hatiku ini buta menilai lagho duniawi.. Hari ini membuatkan aku terfikir sejenak akan kehidupanku dimasa depan nanti.. Hari ini aku melihat orang yang berkerjaya.. Aku terfikir apa yang aku akan jadi satu hari nanti.. Hari ini aku terlalu asyik dalam melihat kehebatan alam ciptaan ALLAH menyebabkan aku terfikir akan kejadian kiamat nanti.. Sepanjang perjalanan ku menuju ke tanah kelahiranku terlalu banyak benda yang bermain difikiranku..


Ya ALLAH engkau tarbiahlah diriku ini dengan irama kasih dan sayangmu.. Jangan engkau biarkan aku lalai dalam kehidupan di dunia ini.. Terlalu banyak input yang aku perolehi daripada majalah SOLUSI hari ini.. Subhanallah bertapa alpanya diriku ini.. Bertapa banyaknya cacat celaku.. Adakah lagi ruangan kehidupan bagiku di syurga nanti ya ALLAH?? Nun pandangan yang jauh menyebabkan aku terfikir hari kiamat.. Hari kiamat terselindung disebalik keindahan duniawi yang mengasyikkan sehinggakan orang tidak sedar akan kejadian hari yang nyata itu.. Ya ALLAH jangan engkau azab kami dengan keseksaannya yang pedih ya ALLAH.. Aku merasakan sangat beruntung walaupun adakalanya kesedaran hanya dalam seketika dalam diriku namun tandanya ALLAH masih mengurniakan aku hati ya dimainkan dengan irama kasih sayangnya.. Alangkah bertuahnya jika kehidupan ini dipenuhi dengan amal ibadah seperti ahli abid.. Namun daya diriku kadangkala terbawa dengan hawa nafsu dan kadangakala dibawa oleh keimanan yang sedikit.. Nikmat iman adalah perasaan yang paling sukar untuk digambarkan.. Beruntung bagi setiap insan yang dapat merasakannya.. Namun tidak semua insan memperolehinya.. Alhamdulillah akhir-akhir ini ALLAH banyak memberikan aku teguran yang berbentuk tidak langsung.. Kadangkala insan sekeliling menyedarkanku akan kesilapanku.. Kadangkala bahan bacaanku menyedarkan aku sebagai seorang abid.. Ya ALLAH engkau terima lah segala taubat ku.. Engkau berikanlah aku maghfirahmu.. Engkau berikanlah aku nur keimanan dalam hidupku.. Jadikanlah aku diantara orang yang berada digolongan sebelah kanan.. Jangan engkau jatuhkan aku pada golongan yang berada di sebelah kiri.. Bertapa besarnya nikmat mu ya ALLAH.. Namun diriku ini sering kufur terhadap apa yang telah engkau kurniakan.. Berilah aku maghfirah dan mahabbah mu ya ALLAH.. Ya ALLAH semoga rintihanku ini engkau mendegarnya.. Semoga setiap bait kata yang diucapkan ini terkesan dalam hatiku ya ALLAH.. Aset tepenting dalam hidup adalah hati.. Ya ALLAH kurniakan aku hati yang lembut seperti air.. Halus seperti angin.. Harum seperti bunga.. Bercahaya seperti matahari.. Menerangi seperti bulan.. Dan seperti bintang yang mengindahkan malam.. Jadikan hatiku sebagai pengindah kepada akhlakku.. Ya ALLAH bantulah hambamu ini dalam melakukan perubahan terhadap diriku.. Jadikanlah aku seperti MUHAMMAD yang indah pada akhlaknya.. UTHMAN yang tabah dalam cabaran kehidupannya.. UMAR yang gagah dalam agama.. ABU BAKAR yang lemah lembut dalam pertuturannya.. Dimanakah diriku ini tergolong?? Apa kesudahan pada kehidupanku nanti?? Ya ALLAH dengarlah rayuan hatiku ini..