JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, February 25, 2011

WANITA-WANITA YANG HARAM DI KAHWINI

1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian:
• Haram buat selamanya.
• Haram buat sementara waktu.

2. Sebab-sebab haram dikahwini:
• Haram dengan sebab keturunan.
• Haram dengan sebab susuan.
• Haram dengan sebab persemendaan (Musyaharah).

3. Haram dengan sebab keturunan:
• Ibu dan nenek hingga ke atas.
• Anak dan cucu hingga kebawah.
• Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
• Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.
• Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.
• Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.
• Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah.

4. Haram disebabkan perkahwinan ialah :
• Isteri bapa (ibu tiri).
• Isteri datuk (nenek tiri).
• Isteri anak (menantu).
• Ibu mertua.
• Anak perempuan kepada isteri (anak tiri).

5. Haram dengan sebab susuan :
• Ibu yang menyusukan.
• Saudara perempuan sesusuan.
• Ibu saudara susuan.
• Anak perempuan susuan.
• Anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan.
• Anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan.

6. Syarat-syarat haram dengan sebab susuan :
• Ibu yang telah menyusukan itu telah baligh.
• Anak yang disusukan itu berusia dua tahun.
• Bilangan menyusu sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang.
• Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-limanya.
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

7. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini buat sementara waktu dengan sebab menghimpunkannya :
• Berkahwin dengan dua beradik perempuan dalam masa yang sama.
• Memadukan seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah ibunya atau sebelah bapanya.
• Kahwin lebih daripada empat orang.
• Perempuan kafir yang menyembah berhala.
• Perempuan yang sudah mempunyai suami.
• Perempuan yang masih didalam eddah.
• Perempuan yang dicerai dengan talak tiga.
• Perempuan ahli kitab, majusi dan murtad.

No comments: