JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, February 25, 2011

WALIMAHTUL ARUS


1. Pengertian walimah urus :
• Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru. Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

2. Pensyariatan walimah arus :
• Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam: Maksudnya: “Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.” (Al-Hadith).

3. Tujuan walimah arus :
• Untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin.
• Ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.

4. Adab melaksanakan walimah arus ialah :
• Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
• Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
• Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
• Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

5. Hukum mengadakannya ialah :
• Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".

6. Hukum menghadirinya ialah :
• Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim).



7. Syarat wajib ke majlis kenduri kahwin apabila di undang ialah :
• Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
• Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.
• Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.
• Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
• Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.
• Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.
• Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
• Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.
• Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.

No comments: