JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

TUJUAN SYARIAT

TUJUAN SYARIAT
Allah menurunkan manusia ke permukaan bumi sebagai khalifah yang diperlengkapi dengan peraturan-peraturan yang sempurna yang akan menyelamatkan mereka dari segala bentuk penindasan. Peraturan tersebut dikenali sebagai syariah. Selagi manusia mahu berjalan diatas prinsip Islam yang benar pastinya mereka akan berolah kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Tujuan umum pembuatan syariat dan hukum adalah untuk merealisasikan maslahat bagi manusia dalam kehidupan, baik dengan mendapatkan manfaat bagi mereka, atau dengan menolak bahaya dari diri mereka. Dalil-dalil syarak yang menguatkan makna di atas diantaranya ialah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang mafhumnya berbunyi:
107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Sehingga yang dimaksudkan maqasid syariah adalah makna-makna dan tujuan-tujuan yang ditekankan dalam syariat pada seluruh hukum-hukumnya atau sebahagian besarnya. Ianya juga boleh diertikan sebagai tujuan dari pembuat syariat dalam setiap hukum dari hukum-hukumnya. Diantara tujuan syariat ialah :
• Untuk menunjukkan bahawa ajaran dan ketentuan Allah itu lebih tinggi dan luhur nilainya dibandingkan pemikiran manusia.
• Melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
• Untuk mempersatukan pandangan hidup manusia agar semuanya berada pada jalan yang benar dan mempersatukan dalam segala sikap serta perbuatan.
• Untuk kesejahteraan dan keselamatan hidup manusia.
• Menjamin kesejahteraan hidup didunia dan di akhirat.
• Menjaga kepentingan setiap individu manusia.

2 comments:

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Mungkinkah Mesir Pembentukan Pertama, Kekhalifahan Kedua

http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/02/mungkinkah-mesir-pembentukan-pertama.html

Pencetus Generasi Gemilang said...

MELIHAT KEPADA KEADAAN PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM MASA KINI AGAK JAUH UNTUK BERMULA SEMULA KEPADA PENGAMALAN SISTEM KHALIFAH.. TETAPI TIADA YANG MUSTAHIL :)