JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, February 14, 2011

PESANAN IMAM AL-GHAZALI UNTUK LELAKI

PESANAN IMAM AL-GAHAZALI UNTUK LELAKI
Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu :

• Wanita Amanah – banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

• Wanita Mamanah – suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan “aku membuat ini keranamu”.

• Wanita Hananah – menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.

• Wanita Hadaqah – melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginan untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

• Wanita Baraqah – iainya mempunyai dua makna iaitu, pertama ialah wanita
yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua ialah wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali bersendirian dan diasingkan makananya.

• Wanita Syadaqah – banyak cakap yang tidak menentu dan bising.

“Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah”

No comments: