JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

PENGERTIAN KONSEP SYARIAT

PENGERTIAN KONSEP SYARIAT
Konsep mengikut pengertian kamus Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud sebagai idea am atau idea yang mendasari sesuatu atau rancangan. Manakala syariat pula berasal daripada perkataan Arab yang bererti peraturan atau undang-undang iaitu peraturan mengenai tingkah laku yang mengikat, harus dipatuhi dan dilaksanakan sebagaimana yang sepatutnya. Menurut istilah (terminologi), kata syariat dapat diterangkan dengan dua pengertian iaitu pengertian yang bersifat umum dan pengertian yang bersifat khusus. Menurut pengertian bersifat umum, syariat Islam membawa maksud seluruh ketentuan ajaran agama Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini bererti syariat mencakup seluruh ajaran agama Islam yang meliputi bidang akidah, akhlak dan amaliah. Hal ini sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Manakala syariat mengikut pengertian khusus bererti ketentuan-ketentuan atau peraturan-peraturan agama Islam yang hanya mencakupi bidang alamiah dari ummat Islam dan tidak termasuk didalam bidang akidah dan akhlak. Pengertian syariat ini adalah mengikut kamus istilah Fiqh. Manakala Islam pula membawa maksud sebagai agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan ianya berasal daripada perkataan salama yang membawa maksud sejahtera. Pengertian konsep asas syariat Islam secara menyeluruh ialah, panduan dan penetapan kepada perundangan Islam. Kehidupan setiap individu muslim mahu tidak mahu tidak akan mampu untuk melarikan diri daripada berlandaskan syariat Islam kerana tanpa syariat yang ditetapkan kehidupan pasti akan porak poranda dan musnah. Hal ini jelas menunjukkaan betapa pentingnya syariah dalam kehidupan seseorang. Ianya bersifat keperluan bagi menjamin kemaslahatan hidup didunia mahupun diakhirat. Syariat memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian dan seterusnya.

No comments: