JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

PEMBAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

PEMBAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
Undang-undang syariah dapat diklasifikasikan kedalam dua bahagian utama iaitu ibadat dan muamalat.
• Bahagian ibadat.
Ibadat ialah perbuatan ataupun amalan yang berkaitan dengan hak Allah SWT. Tujuan ibadat adalah mendekatkan diri seseorang individu Muslim dengan Allah SWT. Contoh ibadat adalah seperti sembahyang, zakat, puasa dan menunaikan haji.
• Bahagiam muamalat.
Muamalat adalah hukum yang berkaitan dengan perbuatan yang berlaku diantara sesama manusia. Ianya boleh dikatakan sebagai peraturan yang mengatur cara hidup manusia seperti jual beli, nikah, kahwin, perwarisan dan lain-lain. Muamalat dapat dibahagian kepada beberapa bahagian antaranya ialah :
 Undang-undang keluarga.
Merupakan undang-undang berkaitan dengan perhubungan keluarga, perkahwinan, hak-hak dan kewajipan dalam hubungan rumah tangga.
 Undang-undang sivil.
Undang-undang yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang seperti jual beli, sewa menyewa, gadaian, jaminan, persyarikatan dan sebagainya.
 Undang-undang jenayah.
Iaitu undang-undang yang berhubung dengan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh manusia yang menyebabkan ia wajar menerima hukuman.
 Undang-undang acara sivil dan jenayah.
Undang-undang berhubung dengan kehakiman, pendakwaan, tuntutan, dan cara pembuktian dengan penyaksian, ikrar, sumpah dan seterusnya.

No comments: