JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, February 7, 2011

MUQADDIMAH PELABURAN DALAM ISLAM

PELABURAN DALAM ISLAM
Sistem pelaburan marcapada kini,melibatkan dua sistem dalam pengurusannya,iaitu sistem bank Konvensional dan sistem bank Syariah (bagi hasil).Dalam sistem bagi hasil pendapatan yang diterima berfluktuasi sesuai dengan nisbah bagi hasil dan besarnya pendapatan nasabah.Dalam keadaan perniagaan mengalami kerugian,maka sistem bagi hasil lebih fleksibel dimana pihak bank ikut juga menanggung kerugian yang diterima oleh syarikat dan syarikat tidak memiliki kewajiban untuk mengembalikan modalnya.Dengan konsep bagi hasil,maka bayaran yang harus dikenakan sangat terkawal kerana sistem bagi hasil tidak menggunakan sistem bunga sebagai bayaran dana melainkan diterapkan dengan pola bagi hasil.Dengan kata lain yang dibagi adalah keputusan keuntungan,kalau pengusaha mengalami penurunan hasil usaha,pemberi dana dapat menurunkan pendapatannya,sementara kalau pengusaha dapat meningkatkan keuntungan,pemberi dana juga dapat meningkatkan keuntungannya yang sesuai bagi hasil yang dipersetujui sebelumnya.

CIRI-CIRI PELABURAN DALAM ISLAM
• Modal mesti disediakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkongsian berdasarkan bentuk kontrak yang dimasuki.
• Modal itu mesti diadakan dalam bentuk tunai dan sekiranya aset diterima sebagai modal perniagaan, maka ianya mestilah diberi nilaian berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurunan nilai.
• Keuntungan tidak boleh ditetapkan dalam jumlah yang tertentu. Ianya mestilah dalam bentuk peratus atau bahagian.
• Keuntungan ditakrifkan sebagai peningkatan kepada jumlah modal yang disediakan.
• Kerugian mesti ditanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi dan cara perkongsian ini berbeza dari satu kontrak kepada kontrak yang lain.
• Aktiviti pelaburan ini mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah.
• Setiap pihak mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak perselisihan.
• Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkongsian, namun boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia adalah mengikat kedua belah pihak.

JENIS-JENIS PELABURAN
Pada masa kini,pelbagai alternatif yang dilakukan sebagai usaha dalam melaksanakan pelaburan.Selain itu berlaku pelbagai alternatif untuk memperkembangkan sector pelaburan.Namun hanya dua jenis pelaburan yang banyak dan kerap diutarakan iaitu :
• Musyarakah (syarikat).
• Mudharabah.

No comments: