JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, February 9, 2011

MUQADDIMAH MUSYARAKAH (SYARIKAT)


PENGENALAN KEPADA SYARIKAT
Syarikat disyariatkan berdasarkan dalil-dalil berikut mafhumnya :
Selain itu juga,Allah Taala berfirman dalam surah Shaad ayat 24 yang berbunyi :
24. Daud berkata: "Sesungguhnya dia Telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambahkan kepada kambingnya. dan Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan amat sedikitlah mereka ini". dan Daud mengetahui bahwa kami mengujinya; Maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat.

Selain itu juga,syarikat turut disyariatkan didalam hadis nabi Muhammad SAW yang mafhumnya berbunyi seperti berikut :
“Tangan Allah SWT diatas dua orang yang bersyarikah selagi masing-masing tidak saling berkhianat.”(Diriwayatkan Ad-Daruqutni dan Al-Munziri berdiam diri dari memberikan sebarang kritikan terhadap beliau.)

DEFINISI SYARIKAT
Syarikat menurut pengertian bahasa ialah berkongsi atau bercampur sama ada dengan akad atau tanpa akad.Menurut istilah syarak syarikat ialah menetapkan hak pada sesuatu untuk dua orang atau lebih.Syarikat juga ialah perkongsian dua orang atau lebih pada harta yang telah menjadi hak mereka secara pusaka dan sebagainya,atau perkongsian pada harta yang mereka himpunkan dari kalangan mereka sendiri secara adil supaya mereka dapat mengetahui perkembangannya dalam perdagangan,industri atau pertanian.


HUKUM SYARIKAT
Syarikat menurut hukum asalnya dan seperti yang disyariatkan adalah harus hukumnya.Hal tersebut berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 12 yang berbunyi seperti berikut :
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa’ ayat 12 yang mafhumnya berbunyi :
12. Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja),

Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris).(Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.

RUKUN SYARIKAT
Rukun syarikat yang asas ada 3 perkara iaitu :
• Dua pihak yang berakad (‘aqidani), mesti memiliki kecekapan dalam pengurusan harta.
• Akad (ijab dan qabul) juga dikenali sebagai sighah.
• Objek aqad (mahal) juga disebut ma’qud alaihi,samada modal atau pekerjaan.
Manakala syarat sah perkara yang boleh disyarikatkan adalah objek tersebut boleh diuruskan bersama atau boleh diwakilkan.Pandangan Mazhab Fiqih tentang Syarikat dalam Mazhab Hanafi berpandangan ada empat jenis syarikat yang syari’e iaitu syarikat Inan,Abdan, Mudharabah dan Wujuh.Manakala dalam mazhab Maliki hanya 3 jenis syarikat yang sah iaitu syarikat Inan,Abdan dan Mudharabah.Menurut mazhab Syafi’e pula,Zahiriah dan Imamiah hanya 2 syarikat yang sah iaitu Inan dan Mudharabah.Seterusnya mazhab Hanafi dan Zaidiah berpendapat ada 5 jenis syarikat yang sah iaitu syarikat Inan,Abdan,Mudharabah,Wujuh dan Mufawadhah.

No comments: