JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, February 5, 2011

QISAS

QISAS
PENGERTIAN QISAS

Qisas mengikut pengertian bahasa ialah persamaan atau mengikut. Oleh itu, qisas menurut pengertian bahasa tersebut ialah seseorang yang melakukan jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman qisas sama seperti yang telah dilakukan terhadap mangsanya. Mengikut kitab Fiqh Perundangan Islam, qisas dari segi bahasa bermaksud perturutan kes. Mengikut syarak ianya adalah membalas penjenayah sama seperti perbuatannya.

SYARAT WAJIB QISAS
Untuk menjatuhkan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, penjenayah hanya dikenakan hukuman diyat atau ganti rugi sahaja kepada mangsa. Oleh itu,syarat wajib qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
• Syarat terhadap pembunuhan.
• Syarat terhadap mangsa.

SYARAT TERHADAP PEMBUNUHAN
Syarat terhadap pembunuhan pula dapat dibahagikan kepada beberapa syarat. Diantaranya ialah :
• Membunuh dengan niat sengaja.
• Pembunuhan orang yang waras.
• Pembunuhan orang yang baligh.
• Membunuh dengan kerelaan sendiri.
• Pembunuhan dilakukan secara langsung.
• Penjenayah atau pembunuh bukan bapa kepada mangsa.
• Penjenayah atau pembunuh adalah lebih rendah martabatnya daripada mangsa.

SYARAT TERHADAP MANGSA
Terhadap mangsa juga mempunyai beberapa syarat tertentu. Diantaranya ialah :
• Mangsa bukan dari kalangan orang yang ada hak terhadap pembunuh.
• Mangsa bukan milik pembunuh.
• Mangsa adalah terpelihara darahnya.

HALANGAN PELAKSANAAN QISAS
Halangan terhadap pelaksanaan qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
• Halangan bentuk umum.
• Halangan bentuk khusus.

HALANGAN BENTUK UMUM
Antara halangan umum daripada pelaksanaan hukuman qisas yang dilakukan dengan sengaja oleh penjenayah ialah seperti berikut :
• Belum cukup umur.
• Tidak waras.
• Penjenayah atau pembunuh adalah bapa atau datuk, nenek atau emak terhadap yang dibunuh.
• Penjenayah atau pembunuh lebih tinggi martabatnya berbanding mangsa.

HALANGAN BENTUK KHUSUS
Antara halangan bentuk khusus terhadap penjenayah yang melakukan pembunuhan secara sengaja adalag seperti berikut :
• Tidak ada persamaan anggota.
• Tidak mungkin dapat diselesaikan dengan cara selamat.

BAHAGIAN-BAHAGIAN QISAS
Bahagian Qisas dapat dibahagikan kepada dua iaitu :
• Qisas fi nafs (qisas pembunuhan).
• Qisas ghairu nafs (qisas selain pembunuhan).

QISAS PEMBUNUHAN
Qisas pembunuhan yang dimaksudkan disini ialah menghilangkan nyawa seseorang dengan syart pelaksanaan hukuman qisas tersebut ialah si pembunuh memenuhi syarat untuk dilaksanakan hukuman qisas.

QISAS SELAIN PEMBUNUHAN
Qisas selain pembunuhan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
• Qisas pada anggota tubuh seperti mata, hidung, telinga, tangan, dan kaki.
• Qisas pada luka dengan pelbagainya.

JENIS JENAYAH QISAS
Antara jenis jenayah qisas ialah :
• Membunuh.
• Mencederakan dan memotong anggota manusia dengan sengaja.

MEMBUNUH
Membunuh secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
• Membunuh dengan sengaja.
• Membunuh dengan separuh sengaja.
• Membunuh dengan tidak sengaja.

MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
Membunuh dengan sengaja mengikut pengertian umum membawa maksud segala perbuatan jahat dengan niat yang mana ekoran tindakannya itu menyebabkan kematian, sama ada ia bertujuan untuk membunuh atau tidak asalkan dengan syarat pembunuhannya itu boleh menyebabkan kematian. Ianya diertikan juga sebagai perbuatan menghilangkan nyawa manusia dengan sengaja atau kematian seseorang disebabkan pembunuhan yang dilakukan tanpa hak. Iaitu pembunuhan dengan niat dan benar-benar bertujuan membunuh serta alat yang digunakan itu benar-benar boleh membunuh.

HUKUM MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
Membunuh dengen sengaja adalah satu dosa besar dan jenayah. Lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 93 yang mafhumnya :
93. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa Yang besar.
Lantaran jenayah membunuh adalah dosa besar, syariat Islam telah menetapkan sesiapa yang membunuh dengan sengaja mestilah didakwa dan setelah sabit jenayah itu, ia dikenakan hukuman qisas dengan bunuh balas. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 33 yang mafhumnya :
33. dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
Bagi pembunuhan sengaja iaitu dengan niat dan tujuan yang benar-benar membunuh serta dengan menggunakan alat biasanya boleh membunuh dan mematikan manusia, hukumannya mestilah dengan bunuh balas balik kecuali jika mendapat kemaafan daripada ahli waris mangsa.

MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA
Membunuh dengan separuh sengaja atau syubhul ‘amdi iaitu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan sengaja namun sebenar niat hati kecilnya bukanlah dengan tujuan membunuh. Contohnya seseorang memukul orang lain dengan alat yang kebiasaannya tidak dapat membunuh tetapi sebaliknya dengan sebab pukulannya itu telah menyebabkan kematian. Setiap kesalahan yang dilakukan dengan menggagap kelakuan tersebut tidak membawa kepada mencederakan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya dinamakan pembunuhan separuh sengaja.

HUKUMAN MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA
Sesiapa yang membunuh separuh sengaja yang sabit kesalahannya tidak wajib qisas namun diwajibkan terhadap keluarga si pembunuh membayar diyat yang berat dan secara beransur-ansur kepada waris yang terbunuh selama tiga tahun. Bayaran diyatnya adalah 100 ekor unta dan dibayar mengikut ketetapan seperti berikut :
• 30 ekor unta betina selama 3 tahun.
• 30 unta betina selama 4 tahun.
• 40 unta bunting.

MEMBUNUH DENGAN TIDAK SENGAJA
Ulama’ dan fuqaha’ membahagikan pembunuhan tidak sengaja kepada beberapa bahagian tertentu yang lebih terperinci iaitu :
• Perbuatan sengaja namun bukan tujuan kepada mangsa.
• Perbuatan sengaja terhadap mangsa namun tersalah anggapan.
• Sebagai membunuh dengan tidak sengaja atau akibat kecuaian menyebabkan mangsa terbunuh.
• Tindakan menyebabkan mangsa terbunuh.

HUKUMAN MEMBUNUH TIDAK SENGAJA
Jumhur ulama’ berpendapat semua bentuk pembunuhan tidak sengaja tersebut tidak wajib qisas tetapi dikenakan diyat. Iaitu diyat yang dikenakan adalah lebih ringan daripada pembunuhan separuh sengaja. Diyat mesti dibayar oleh ahli waris pembunuh dengan cara beransur-ansur selama tiga tahun. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 92 yang mafhumnya :
92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia (yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba Yang beriman. dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang tidak dapat (mencari hamba Yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (Hukum Yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

MENCEDERAKAN ATAU MEMOTONG TANGAN
Jenayah mencederakan orang lain ialah setiap perbuatan jahat dengan niat yang dilakukan dengan cara memukul atau memotong yang tidak menyebabkan kematian namun ia berdasarkan natijah atau hasil perbuatan itu. Sebagaimana qisas terhadap pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam kes jenayah mencederakan dan memotong dengan dikenakan qisas juga. Iaitu dengan dihukum qisas jenis yang sama contohnya tangan kiri dengan tangan kiri dan kaki kiri dengan kaki kiri juga. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 45 yang mafhumnya :
45. dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas Dengan jiwa, dan mata dibalas Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dan telinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas Dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). tetapi sesiapa Yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.


JENIS JENAYAH MENCEDERAKAN DAN MEMOTONG
Fuqaha’ telah membahagikan jenis jenayah mencederakan orang lain kepada 5 bentuk yang lebih khusus iaitu :
• Memotong mana-mana anggota.
• Menghilangkan mana-mana anggota.
• Melukakan bahagian muka dan kepala.
• Melukakan bahagian tubuh badan selain kepala dan muka.
• Melakukan kecederaan yang tidak disebut di atas.

SYARAT QISAS MENCEDERA DAN MEMOTONG
Kesalahan jenayah bentuk ini juga mestilah dengan mempunyai syarat tertentu iaitu :
• Anggota yang dipotong tidak kurang dengan anggota yang hendak diqisas.
• Kecederaan dan luka yang dilakukan oleh penjenayah terhadap mangsa dapat dinilai dengan senang.

SYARAT-SYARAT QISAS
• Mukallaf iaitu baligh dan berakal.
• Pembunuhan dilakukan dengan sengaja.
• Pembunuhan yang dilakukan secara sengaja tidak ada kesamaran.
• Pembunuh ada kebebasan bertindak.

PENGGUGURAN QISAS
• Kematian penjenayah.
• Pengampuanan.
• Perdamaian.
• Perwarisan qisas.

PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS
• Wali dari orang yang terbunuh baligh dan berakal.
• Wali korban sepakat untuk melakukan qisas.
• Qisas hanya berlaku pada si pelaku.

No comments: