JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, February 14, 2011

MASLAHAH TAHSINIYAT

MASLAHAT TAHSINIYAT
Ianya dikenali juga sebagai maslahah kamaliyat. Hukum kepada maslahah ini adalah untuk kembali kepada memperbaiki keadaan hidup manusia supaya menjadi sesuai dengan maruah, akhlak yang mulia dan adapt yang baik. Jika maslahah ini wujud, ianya akan menambah kehormatan dan kelengkapan iaitu berhubungan dengan adat-adat yang baik dan kesempurnaan akhlak. Jika tidak terpenuhi tidak mengganggu kehidupan dan tidak menyebabkan kesulitan, namun akan dianggap kurang sesuai bagi setiap orang yang berakal. Contohnya dalam masalah ibadah. Disyariatkannya thaharah (bersuci) bagi badan, pakaian dan tempat solat sebelum solat. Dianjurkannya memakai pakaian yang baik ketika hendak pergi ke masjid, serta melaksanakan berbagai bentuk solat dan puasa sunat. Contoh lain adalah dalam masalah muamalat iaitu larangan jualan atas jualan orang lain, larangan jualan secara tipu. Contoh dalam skop akhlak dan keperibadian ialah, wanita diharamkan keluar rumah dan merayau-rayau dijalan dengan mendedah aurat serta segala bentuk yang membawa kearah fitnah.


Dalil syarak mengenai maslahat tahsiniyah ini adalah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 yang mafhumnya berbunyi :
6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam beberapa hadits :
"Sesungguhnya Allah maha Indah Menyukai keindahan ", "Sesungguhnya Allah itu Maha Terpuji dan tidak menerima kecuali yang terpuji / baik ", serta hadits : " Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak ".

No comments: