JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

MASLAHAH HAJIYAT

MASLAHAT HAJIYAT
Ianya perkara dan keperluan manusia yang mereka hajati atau keperluaan untuk memudahkan urusan hidup dan akhirat mereka serta menghilangkan kesempitan. Ianya ialah maslahat yang mana manusia memerlukannya untuk mendapatkan kemudahan bagi mereka serta menghilangkan kesukaran dalam kehidupan mereka. Jika maslahat ini hilang atau tidak wujud, ianya tidak merosakkan kehidupan seseorang individu, akan tetapi menjadikan kehidupan menjadi sukar dan berat. Contoh maslahat ini dalam masalah ibadah : disyariatkannya rukhsah (keringanan) untuk solat qasar dan jamak bagi orang yang bermusafir. Begitu juga kebolehan berbuka puasa bagi orang yang sakit dan musafir ketika puasa Ramadhan. Selain itu maslahat ini berlaku juga dalam konsep muamalat. Contoh dalam muamalat ialah diharuskan akad yang diperlukan oleh manusia dan demi kemaslahatan mereka seperti, jual salam, sewa menyewa, pelaburan, syarikat dan upah mengupah. Antara lain juga disyariatkan talak bagi pasangan yang tidak serasi. Selain itu perkara yang berkaitan dengan hukuman juga turut berlaku. Contohnya ialah, digugurkan hukuman hudud sebab ada syubhat dengan membayar diyat dan kaffarah terhadap keluarga pembunuh yang membunuh tidak sengaja atau hak memberi keampunan bagi wali mangsa terhadap penjenayah.
Dalil syarak dalam maslahah ini ialah dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang mafhumnya bermaksud :
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

No comments: