JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

MASLAHAH DHARURIYAH

MASLAHAT DHARURIYAH
Perkara al-Daruriy merupakan perkara asasi atau keperluan utama untuk memenuhi serta melaksanakan kemaslahatan dunia dan agama. Al-Imam Asy-Syatibi menerangkan maqasid dharuriyah ialah maqasid yang asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan di akhirat. Erti kata lain, ianya ialah maslahat yang mana kehidupan manusia bergantung kepadanya baik kehidupan duniawi mahupun kehidupan beragama. Maslahat ini harus ada dan wujud. Jika hilang atau rosak maslahat ini, maka akan terganggu keteraruran hidup setiap individu, serta menyebabkan tersebarnya kemusnahan dan kerosakan. Maslahat dharuriyah terbagi menjadi lima jenis iaitu penjagaan atas agama, jiwa, akal, harta, keturunan yang mana masing-masing mempunyai sebab pensyariatan tersendiri. Antaranya :

PENJAGAAN ATAS AGAMA (HIFDZ AD-DIN)
Islam memandang agama sebagai maslahat pokok manusia, maka penjagaannya adalah sebuah keharusan. Maka di dalam Islam juga disyariatkan berjihad ketika agama mula diperangi. Demikian pula Islam memandang mereka yang murtad, tidak menjaga agamanya, adalah seorang yang halal darahnya, dan diancam dengan keabadian di neraka. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 9 yang mafhumnya :
9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang Yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.

PENJAGAAN ATAS JIWA ( HIFDZ AN-NAS )
Islam memuliakan nyawa seorang manusia, menganggap bahwa menghilangkan nyawa seseorang adalah kejahatan besar, yang sama dengan menghilangkan seluruh nyawa manusia. Islam juga menjaga jiwa seseorang dengan memberikan ancaman hukuman qisas bagi seorang yang menghilangkan nyawa seseorang. Islam juga melarang seseorang daripada tidak menghargai nyawanya sendiri. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 29 yang mafhumnya berbunyi :
29. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.


PENJAGAAN ATAS AKAL ( HIFDZ AL-AQL )
Islam memuliakan akal manusia, meminta mereka mengoptimalkan penggunaannya untuk kemaslahatan manusia. Islam melarang daripada melakukan aktiviti yang merosak dan menghilangkan akal seperti, minum khamr. Lebih dari itu Islam juga memberikan hukuman kepada setiap orang yang berkaitan dalam setiap aktiviti produksi, distribusi dan juga konsumsi khamr. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90 yang mafhumnya berbunyi :
90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :
" Terlaknat sepuluh orang dalam khamr : yang memerasnya, yang meminta diperaskan, yang membawanya, yang dibawakan kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang mendapat harganya, yang membeli dan yang membelikan baginya " (HR Ibnu Majah dan Tirmidzi)

PENJAGAAN ATAS KEHORMATAN DAN KETURUNAN ( HIFZUL AL-IRD WA AN-NASAB )
Islam tegas memuliakan kehormatan dan garis keturunan. Maka syariat Islam jelas-jelas telah melarang mendekati zina. Bagi para pelaku zina diancam hukuman yang berat, kerana ianya merosakkan kehormatan seseorang. Lebih khusus pezina yang sudah berkahwin, diancam hukuman mati (rejam) kerana merosakkan kehormatan rumah tangga sekaligus mencampuradukkan nasab. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat yang mafhumnya berbunyi :
perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.


PENJAGAAN ATAS HARTA ( HIFZUL MAL )
Islam mengakui milik seseorang individu atas hartanya dan menghargainya. Maka islam melarang memperolehi harta dari yang lainnya kecuali dengan cara dan kaedah yang sah, baik, dan saling meredhai. Islam juga tidak ragu-ragu untuk menjatuhkan hukuman potong tangan bagi mereka yang mencuri dalam jumlah besar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 38 yang mafhumnya berbunyi :
38. Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

No comments: