JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

KONSEP MASLAHAT

KONSEP MASLAHAT
Menurut al-Syeikh Muhammad Khudri Bik dalam karangannya “Ilmu usul al-Fiqh”, majoriti ahli usul menjustifikasikan masalih al-mursalah dengan istilah al-munasib al-mursal. Bagaimanapun, Imam Malik lebih cenderung menggunakan istilah masalih al-mursalah. Berbeza pula dengan pendapat Imam al-Ghazali, beliau mentakrifkan konsep ini sebagai al-Istislah. Sehubungan dengan itu, para ulama` berbeza pandangan dalam mendefinisikan maksud maslahah. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Abd Hamid Mutawwali dalam karangannya “al-Syariah al-Islamiyyah Kamasdar Asasi li al Dustur” menjelaskan dari segi terminologi maknanya, pandangan Imam al-Ghazali lebih bertepatan dan bersesuaian dengan konsep yang digunapakai. Beliau menjelaskan bahawa pengertian makna tersebut merujuk kepada perkara-perkara yang boleh memelihara dan memartabatkan objektif syara` (al-dharuriyyat al-khams). Justeru itu, apa-apa unsur negatif mengikut tafsiran agama yang menjadi penghalang ke arah mencapai objektif syara` dikategorikan sebagai keburukan (mafsadah). Kemungkinan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan oleh manusia dianggap satu perkara yang baik, namun ia dianggap sebaliknya oleh syara`. Sebagai contoh, perbuatan minum arak dan berjudi di kalangan bangsa Arab Jahiliah dianggap satu perbuatan yang mulia di sisi mereka dan tidak mendatangkan keburukan. Bagaimanapun, tafsiran ini berbeza di sisi syara` dengan menjelaskan perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa. Oleh yang demikian, tafsiran memelihara kepentingan syara` perlu mengambilkira asas-asas yang dalam kerangka perundangan Islam di samping pemahaman manusia. Tegasnya, maslahah adalah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan menghindarkan daripada unsur-unsur kemudharatan. Menurut Muhammad `Iwadz al-Hazayimah dan Mustafa Ahmad Najib dalam kitab bertajuk “al-Madkhal Ila Dirasah al-Tashri` al-Islami” pada asasnya, syara` mengklasifikasikan maslahah kepada tiga komponen yang utama yang terdiri daripada maslahah dharuriyah, maslahah tahsiniyat dan maslahah hajiyat yang mempunyai peranan masing-masing

No comments: