JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, February 14, 2011

KONSEP MASLAHAH

KONSEP MASLAHAH
1. Maslahah Muktabarah.
Iaitu maslahah yang diakui oleh syarak yang ada ada kaitan dengan hukum-hakam syarak seperti untuk menjaga agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Pensyariatan jihad untuk menjaga agama, qisas untuk menjaga nyawa, hudud arak untuk menjadi akal, hudud zina dan qazaf untuk menjaga kehormatan, dan hudud sirqah untuk menjaga harta. Maslahah dalam kategori ini bermaksud maslahah yang diterima oleh syara` untuk mencapai yang dharuriy (kepentingan manusia) yang merangkumi semua objektif syara’.

2. Maslahah Mulghah.
Iaitu maslahah yang diingkari oleh syarak (ilgha) atau erti kata lain maslahah yang tidak diambil kira oleh syarak. Jika maslahah muktabarah ianya diakui oleh syarak, tetapi maslahah mulghah ini adalah sebaliknya iaitu, ianya tidak diiktiraf oleh syarak. Sebagai contohnya, adanya kemashlahatan untuk menyamakan harta perwarisan di antara anak lelaki dan perempuan, syara' tidak mengakuinya sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 11 yang mafhumnya berbunyi :
11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

3. Maslahah Mursalah.
Kemaslahatan-¬kemaslahatan yang terlepas dari dalil (tidak ada dalil mengakui dan menolaknya). Ianya adalah kemasalahatan-kemaslahatan yang tidak disebut oleh nas syarak secara khusus ataupun disebut terhadap yang sejenisnya, tetapi nas-nas syarak secara umum menujukkan adanya kemaslahatan, kerana syarak datang untuk mendatangkan kemaslahatan dan menyingkirkan kemudharatan. Inilah yang dijadikan dalil ketika tidak ditemui dalil secara khusus bagi menghukum satu permasalahan. Hanya sebahagian ulama shaja yang mengambil Mashalih al-Mursalah sebagai dalil, tetapi membatasinya pada maslahat yang sesuai dengan Maqasid syar’ie (tujuan-tujuan syara') sahaja. Seperti perkataan al-Khawarizmi :
"Yang dimaksud dengan maslahat adalah memelihara tujuan syara' iaitu menyingkirkan kerosakan dari makhluk".

No comments: