JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

KONSEP ASAS SYARIAT ISLAM

KONSEP ASAS SYARIAT ISLAM
Konsep asas syariat Islam mengandungi dua aspek utama iaitu :
• Mempunyai hikmah dan I’llah hukum.
Setiap hukum yang disyariatkan oleh Islam mempunyai hikmah tersendiri dan hukuman tersebut diturunkan bukanlah hanya sekadar diperturunkan. Secara umumnya hukuman yang diturunkan itu adalah untuk menjaga kepentingan setiap individu yang berbentuk umumiah. Hukum yang diturunkan juga mempunyai illah masing-masing bagi menjamin kesejahteraan kehidupan didunia mahupun menuju ke akhirat. Ini menunjukkan konsep asas syariat Islam itu jelas menunjukkan bahawa agama Islam itu merupakan satu agama yang unik berbanding agama-agama yang lain. Setiap apa yang dilaksanakan dan disyariatkan pasti mempunyai hikmah dan ‘illah yang tersendiri yang mana kadangkala hikmah tersebut tidak dapat dijangkau oleh pemikiran manusia itu sendiri.
• Mementingkan kemaslahatan dan menolak kemudharatan.
Seiringan dengan apa yang disyariatkan oleh Islam itu sendiri yang mana mestilah mengambil maslahah dan menolak segala kemudharatan. Jelasnya konsep asas perlaksanaan syariat Islam itu adalah untuk menolak segala kemudharatan yang mana Islam itu sendiri menegah umatnya untuk menghampiri kebinasaan. Setiap perkara yang memberi manfaat dan kemaslahatan mestilah diambil dan dilaksanakan dan setiap perkara yang mengandungi kemudharatan mestilah ditinggalkan dan dihapuskan. Contohnya arak. Pengharaman berlaku disebabkan ianya membawa kemudharatan terhadap peminumnya yang mana ianya boleh menjejaskan kewarasan akal serta menyebabkan individu tersebut separa sedar. Hal ini akan membawa kepada kemudharatan yang boleh menyebabkan kemusnahan tidak sahaja pada diri sendiri tetapi juga kepada setiap apa yang berada disekeliling. Hal tersebut menyebabkan pengharaman arak. Ini menunjukkan syariat Islam itu mengambil maslahah dan menolak kemudharatan.

No comments: