JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, February 14, 2011

KEUTAMAAN TINGKAT KEMASLAHATAN

KEUTAMAAN TINGKAT KEMASLAHATAN
Berdasarkan ketiga-tiga kemaslahatan tersebut, ianya menduduki tingkat kemaslahatan yang berbeza-beza mengikut kepentingan dan sudut keutamaannya sendiri. Dimana tingkat keperluan dhururiyah menduduki kedudukan yang paling tinggi kerana semua maslahat yang lain tidak akan dapat dipenuhi jika maslahah peringkat ini tidak dipenuhi. Imam al-Ghazali menyatakan menjaga kemaslahatan yang diiktibar itu adalah termasuk didalam kemaslahatan dharuriyah. Lima kemaslahatan tersebut ialah menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Ia adalah kemaslahatan yang paling kuat dan merupakan kepentingan asasi. Selepas kemaslahatan tersebut, diikuti pula dengan kemaslahatan hajiyat. Dimana hukum hajiyat disyariatkan adalah untuk menyempurnakan keperluan dharuriyah iaitu memenuhi keperluan manusia. Ianya bertujuan untuk memberi kelengkapan hidup dalam diri setiap manusia. Ianya bagi menjamin kehidupan kearah yang lebih elok dan lebih baik. Manakala tahap yang paling rendah sekali ialah kemsalahatan tahsiniyat. Iaitu maslahat yang dikenali juga sebagai maslahat kamaliyat. Ianya merupakan maslahat kesempurnaan. Kemaslahatan tahsiniyat adalah untuk melengkapi kemaslahatan hajiyat. Kemaslahatan tahsiniyat adalah untuk bertujuan bagi kemewahan hidup dan menyempurnakan kehidupan setiap individu. Namun pada hakikatnya ketiga-kita maslahat tersebut saling melengkapi antara satu dengan yang lain dan saling berkaitan.

No comments: