JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, February 5, 2011

KESALAHAN ZINA

ZINA
PENGERTIAN ZINA

Zina ialah melakukan persetubuhan terhadap perempuan yang bukan milik secara sah. Sedang penzina tersebut adalah seorang yang waras, baligh, dengan kemahuan sendiri serta ia mengetahui perbuatan yang dilakukan itu adalah haram. Menurut pendapat Imam al-Kasani, zina ialah persetubuhan haram pada faraj perempuan yang masih hidup dengan kemahuannya sendiri tanpa hak milik dan tanpa hak milik syubhat dan tanpa akad nikah yang sah serta dilakukan dalam negara Islam yang melaksanakan syariat Islam. Manakala mengikut Ibnu Quddamah, perbuatan zina ialah menyetubuhi perempuan pada farajnya secara haram dan tanpa syak dan syubhat.

SYARAT HAD ZINA
Seseorang itu mestilah dikenakan had zina sama ada direjam atau disebat apabila mempunyai syarat berikut :
• Cukup umur.
• Waras.
• Kemahuan sendiri.
• Jelas kelelakian dan kewanitaannya.
• Masuk kesemua hasyafah dalam faraj.
• Persetubuhan yang bukan syubhat.

SABIT ZINA
Sesuatu persetubuhan haram secara umumnya dikira sabit sebagai perbuatan zina dengan tiga cara iaitu :
• Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya.
• Pengakuan zina yang cukup syaratnya.
• Qarinah.

HAD ZINA
Tentang had kesalahan zina secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
• Rejam.
• Sebat atau buang daerah.

HUKUMAN REJAM MENGIKUT PENDAPAT ULAMAK
Hukuman rejam sampai mati tersebut hanya dilaksanakan terhadap pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin dan bersetubuh secara sah dengan orang lain. Hukuman tersebut terdapat dalam nash Al-Quran yang telah dimansuhkan bacaan serta tulisannya. Namun hukuman masih terus dikekalkan di mana ayat tersebut sebelum dinasakhkan dari segi tulisan dan bacaan adalah sebahagian daripada Surah An-Nur yang maksudnya berbunyi:
Lelaki tua dan perempuan tua apabila keduanya berzina maka rejamlah keduanya sebagai balasan daripada Allah.
Hukuman rejam tersebut juga terdapat dalam hadith sahih serta Sunnah fi’liyyah Baginda. Sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Saamit yang bermaksud :
“Ambillah daripadaku,sesungguhnya Allah telah menetapkan cara untuk mereka (terlepas dari dosa)hendaklah disebat sebanyak 100 kali dan direjam dengan batu.”
Jumhur ulamak berpendapat demikian juga dengan menambah lagi yang mana sebenar nya hukuman sebatan 100 kali terhadap penzina yang belum berkahwin adalah sebagai pengajaran dan bukan untuk mematikan. Oleh itu sekiranya pasangan yang telah berkahwin itu disebat 100 kali sebelum direjam tidak ada guna terhadap mereka dan pengajaran itu tidak ada faedahnya sebab mereka akan direjam sehingga mati selepas itu.

HUKUMAN SEBATAN DAN BUANG DAERAH MENGIKUT PENDAPAT ULAMAK

Hukuman sebatan dan buang daerah ini adalah hukuman terhadap penzina yang belum berkahwin. Hukuman sebatan 100 kali telah dijelaskan di dalam Al-Quran pada surah Al-Nur ayat 2 yang maksudnya :
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.
Manakala hamba pula mestilah dikenakan sebatan separuh daripada sebatan terhadap orang yang merdeka. Iaitu sebanyak 50 kali sebatan. Sebagaiman firman Allah dalam surah Al-Nisa’ ayat 25 yang maksudnya :
25. dan sesiapa di antara kamu Yang tidak mempunyai kemampuan Yang cukup untuk berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang baik-baik (yang merdeka, Yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan Yang beriman Yang kamu miliki. dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami Yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). oleh itu berkahwinlah Dengan mereka Dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut Yang patut. mereka (hamba-hamba perempuan Yang akan dijadikan isteri, hendaklah) Yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula Yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa Yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan Yang merdeka. (Hukum perkahwinan) Yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang Yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Tentang hukuman buang daerah yang dilaksanakan disamping sebatan sebanyak 100 kali seperti yang dinyatakan oleh ulama’ dan fuqaha dalam hadith yang mana berlaku percanggahan antara mereka iaitu :
• Imam Hanafi berpendapat bahawa hukuman buang daerah itu tidak wajib. Ia boleh dilaksanakan jika perlu dan berdasarkan pendapat serta penilaian hakim dan qadi kerana ia bukan termasuk dalam hukuman hudud, tetapi adalah sebagai ta’zir.
• Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Syafi’i berpendapat bahawa hukuman buang daerah adalah wajib dan ia hendak dilaksanakan serentak dengan hukuman sebatan 100 kali. Keran bagi mereka hukuman sebatan itu juga termasuk dalam hukum hudud. Sebatan dan buang daerah adalah bagi penina yang bukan muhsan berdasarkan hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmidhi yang maksudnya : “Ambillah dariku sesungguhnya Allah SWT telah menentukan bagi mereka yang dara dan teruna rotan 100 kali dan dibuang daerah selama setahun, sesiapa yang sudah berkahwin dengan yang sudah berkahwin pula ialah sebatan 100 kali dan direjam.”

No comments: