JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, February 5, 2011

KESALAHAN QAZAF (TUDUHAN ZINA)

QAZAF
PENGERTIAN QAZAF

Qazaf dalam bahasa bermaksud melemparkan tuduhan atau lontar. Manakala mengikut pengertian istilah pula membawa maksud sebagai menuduh seseorang yang suci dan terpuji baik lelaki mahupun perempuan dengan tuduhan zina. Menurut istilah syarak juga,Qazaf ialah menuduh seseorang melakukan zina tanpa bukti yang kukuh.

HAD QAZAF
• Hukuman asal sebatan sebanyak 80 kali.
• Hukuman tambahan iaitu tidak diterima penyaksian mereka.
Sekiranya penuduh tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi maka hendaklah ia disebat sebanyak 80 kali sebatan. Tetapi bagi hamba hendaklah ia disebat sebanyak 40 kali sebatan. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 4 yang mafhumnya :
4. dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang fasik;

SABIT KESALAHAN QAZAF
• Lafaz qazaf.
• Orang yang melakukan qazaf.
• Orang yang dituduh.

LAFAZ QAZAF
• Lafaz jelas dan nyata.
• Lafaz sindiran dan kinayah.

LAFAZ JELAS
Ulama’ sepakat mengatakan bahawa lafaz qazaf yang jelas dan nyata mestilah dikenakan had qazaf sekiranya tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil dan cukup syaratnya. Mengatakan secara langsung, jelas dan terang meliputi zina dan menafikan keturunan.

LAFAZ SINDIRAN DAN KINAYAH

Lafaz ini berlaku percanggahan pendapat dalam kalangan ulama’ iaitu :
• Imam Abu Hanipah mengatakan bahawa tuduhan selain zina serta tuduhan zina secara sindiran tidak dikenakan had qazaf tetapi dikenakan ta’zir sahaja.
• Mengikut pendapat Imam Syafi’i dan Imam Malik ialah seseorang yang membuat tuduhan zina secara kinayah dan sindiran namun ia memang berniat untuk membuat tuduhan zina atau terbukti membuat tuduhan zina ia dianggap sama seperti lafaz qazaf yang jelas dan mestilah dikenakan had qazaf.

ORANG YANG MELAKUKAN QAZAF
• Waras.
• Cukup umur.

ORANG YANG DITUDUH
• Seseorang yang suci yang mana terpelihara kehormatannya.
• Masih hidup.
• Berakal.
• Cukup umur.
• Islam.
• Tidak bisu.
• Merdeka.

BALASAN TERHADAP PENUDUH ZINA
• Sebatan sebanyak 80 kali.
• Penyaksian mereka tidak diterima.
• Mereka dianggap golongan yang fasiq.
• Mereka golongan yang berdosa besar.

No comments: