JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, February 5, 2011

KESALAHAN MINUM ARAK

MINUM ARAK
PENGERTIAN ARAK

Mengikut pengertian yang diberikan oleh jumhur ulama’, arak bermaksud segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya baik yang diproses melalui buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya baik memabukkan dengan meminumnya ataupun tidak, meminumnya sedikit ataupun banyak. Minum arak mengikut pengertian yang luas ialah segala minuman yang memabukkan dan menyebabkan kehilangan kewarasan akal baik sedikit atupun banyak.

PENGHARAMAN ARAK SECARA BERANSUR-ANSUR

Sebelum kedatangan Islam,masyarakat Arab sangta gemar meminum arak. Hanya sebahagian kecil daripada mereka yang tidak meminum arak. Bagi individu yang bijak pada zaman tersebut mencegah diri mereka daripada meminum arak kerana bagi mereka perbuatan tersebut boleh menghilangkan maruah dan menghilangkan sifat malu dalam diri individu yang meminum arak. Pada awalnya, Allah tidak menurunkan ayat al-Quran yang menyatakan pengharaman meminum arak dan bermain judi. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang mafhumnya :
219. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Kemudian Allah SWT mengharamkan kepada mereka pada saat mereka hendak mendirikan sembahyang agar mereka betul-betul sedar apa yang mereka ucapkan dan lakukan ketika dalam solat. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 43 yang mafhumnya ;
43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Pengharaman yang terakhir adalah pengharaman sekali gus untuk meminum arak tidak kira didalam sembahyang mahupun diluar sembahyang. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90 yang mafhumnya :
90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

SABIT HAD MINUM ARAK
Peminum arak akan disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman sebat sebanyak 40 kali dengan cara berikut :
• Pengakuan peminumnya dengan cukup syarat.
• Disaksikan oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi perempuan dan dua orang saksi perempuan.
• Bahan yang memabukkan itu adalah dalam bentuk minuman.
• Mengambil minuman memabukkan itu sekurang-kurangnya sehingga ia sampai ke halkum.
• Dilakukan secara sukarela. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang mafhumnya :
173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

HIKMAT PENGHARAMAN ARAK

• Meminum arak boleh melemahkan akal fikiran.
• Menghilangkan kewarasan akal.
• Membahayakan kesihatan seperti barah.
• Membazir wang.
• Dosa besar.
• Membahayakan orang lain serta individu yang lain.

No comments: