JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

KAEDAH MENGHILANGKAN KESUKARAN

KAEDAH MENGHILANGKAN KESUKARAN
Raf'u al-Kharoj atau menghilangkan kesulitan dalam Islam juga mempunyai kaedah-kaedah tertentu. Secara sederhana, perbahasannya adalah sebagaimana berikut :
• Kesulitan menghasilkan Kemudahan (Al masyaqqoh tajlibu at-taysir). Contohnya, semua rukhsah yang disyariatkan sebahagian besar kerana adanya kesulitan dan kesukaran, seperti dalam keadaan bermusafir dan sakit. Begitu pula sebab lain seperti, keadaan terpaksa (al-ikroh), terlupa (an-nisyan), tidak tahu sebuah hukum (al-jahl), umum al-balwah dan lain-lain lagi.
• Kesukaran secara syarak harus dihilangkan. Contohnya, diterima kesaksian satu orang wanita sahaja dalam hal-hal yang berhubungan dengan aurat dan aib wanita. Begitu pula dicukupkan dengan secara zann dalam menentukan arah kiblat jika memang kehilangan arah yang pasti.
• Maslahat hajiyat boleh menjadi dharuriyat dalam hal-hal tertentu yang dilarang. Contohnya, berbagai macam jual beli masa kini yang mengandungi sedikit unsur syubhat dan ghoror (ketidak jelasan), awalnya dilarang dalam keadaan ini kecuali yang mendesak untuk kepentingan umum. Tentu sahaja hal ini memerlukan pengkajian lebih mendalam lagi.

No comments: