JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

KAEDAH DALAM MENOLAK KEMUDHARATAN

KAEDAH DALAM MENOLAK KERUGIAN ATAU BAHAYA
Daf'u ad-dhoror bermaksud menolak bahaya atau kerugian mempunyai beberapa kaedah dalam pelaksanannya. Para ulama mengkaji dan membahas masalah ini begitu panjang dalam kitab-kitab ushul fiqh. Berikut ini adalah penjelasannya secara sederhana :
• Bahaya itu dicegah sesuai dengan kemampuan (Ad-dhorori yud'fau biqodril imkan). Ertinya dalam syariat Islam sentiasa ada langkah pencegahan untuk menolak bahaya yang akan terjadi. Contohnya, disyariatkannya jihad untuk mencegah kerosakan dari serangan musuh. Kemudian syariat hak Syuf'ah bagi tetangga dan rakan kongsi dalam perniagaan.
• Bahaya itu harus segera dihapuskan (Ad-dhorori yuzal). Ertinya bahaya tidak dibiarkan begitu saja. Contohnya, disyariatkannya berubat (at-tadawi) ketika sakit, dan bolehnya membunuh haiwan-haiwan yang berbahaya.
• Bahaya tidak boleh diatasi dengan menyebabkan bahaya lain yang sama (Ad-dhorou la yuzzal bi mitslihi). Contohnya, tidak boleh mengambil barang seseorang untuk menyelamatkan barang miliknya.
• Menanggung bahaya yang paling ringan (Yartakibu akhoffu dhororoin li ittiqo asyaddhuhuma). Contohnya berdiam diri dan tidak mencegah kemungkaran di hadapan atau secara terus kerana jika dilakukan akan membahayakan jiwanya, kemudian bolehnya membelah perut wanita hamil yang telah meninggal untuk mengeluarkan janin yang dirasakan masih hidup.
• Menanggung bahaya yang bersifat khusus dari yang bersifat umum (Yatahammal ad-dhoror al-khoos lidaf'il ad-dhoror al-'aam). Contohnyanya, disyariatkannya menahan atau mengurung doktor yang bodoh atau mufti yang gila bagi mencegah bahaya bagi masyarakat umum. Selain itu, begitu juga dibolehkan menjual barang milik 'penimbun' untuk mencegah kekacauan dalam masyarakat. Begitu pula, dibolehkannya penetapan harga barang (at-tas'iir) ketika harga mula naik berlebihan.

No comments: