JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, February 25, 2011

KADAR FARA'ID

KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS
Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak..

Suami kepada simati
1/2 Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
1/4 Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

Isteri kepada simati
1/4 Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki
1/8 Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

Anak Perempuan Simati
1/2 Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
2/3 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
ASABAH BI-GHAIRIH = Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati
1/2 Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/3 Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
1/6 Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan
ASABAH BI-GHAIRIH = Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih

Bapa Simati
1/6 Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan Asabah Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki
ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Ibu Kepada Simati
1/6 Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri

Datuk kepada simati
Sama seperti bapa = Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati
1/2 Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah
ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk. Terhalang oleh disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

Saudara Perempuan Sebapa
1/2 Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
1/6 Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa
Asabah disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk. Terhalang Oleh
1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung

Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)
1/6 Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
1/3 Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Terhalang oleh Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

No comments: