JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, February 9, 2011

JENIS-JENIS MUSYARAKAH (SYARIKAT)

JENIS-JENIS SYARIKAT
SYARIKAT INAN

Syarikat Inan ialah syarikat perkongsian dua orang atau lebih dan kalangan mereka yang mempunyai hak “tasarruf” (hak melakukan transaksi) dalam pengumpulan sejumlah harta dalam cara pembahagian yang dimaklumi atau dalam bentuk saham yang ditentukan.Mereka bekerja bersama-sama untuk mengembangkan harta tersebut dan keuntungan yang diperolehi oleh setiap seseorang adalah mengikut modal pelaburan saham mereka.Begitu juga dalam soal kerugian yang mereka alami.Setiap seorang daripada mereka masing-masing mempunyai hak “tasarruf” terhadap syarikat,baik atas nama sendiri atau mewakili para rakan kongsi yang lain .Maka setiap seorang mempunyai hak menjual,membeli,menerimabarang,membayar harga barang,menagih hutang,memberikan komentar dan memulangkan barang yang rosak.Secara ringkasnya,masing-masing berhak melakukan apa saja yang dapat memberikan kebaikan kepada syarikat.

PENDAPAT ULAMA DAN HUKUM SYARIKAT INAN
Jumhur ulama bersepakat dalam mengharuskan syarikat Inan dan segala akadnya adalah sah.Namun begitu,jumhur ulama juga berpendapat syarikat Inan ini menjadi sah apabila menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.Antaranya ialah :
• Perkongsian dilakukan antara sesame muslim kerana jika bukan muslim,tidak ada jaminan untuk meninggalkan perbuatan seperti riba.
• Jumlah modal dan bahagian setiap rakan kongsi mesti diketahui kerana keuntungan dan kerugiasn adalah berkait rapat dengan modal dan saham tersebut.
• Keuntungan perlu dibahagikan mengikut modal pelaburan.
• Jika modal berupa wang sedangkan terdapat seseorang yang ingin berkongsi namun hanya mempunyai barang dan mengkongsikan barang tersebut dengan yang lain,maka barang tersebut perlu dinilai mengikut harga semasa.
• Tugasan atau pekerjaan adalah mengikut modal yang dilaburkan didalam sesebuah intitusi sebagaiman untung rugi.


SYARIKAT ABDAN
Syarikat Abdan dalam mazhab Hanafi dikenali juga sebagai syarikat Amal.Iaitu dua orang atau lebih yang bersepakat atau berkongsi untuk menjalankan sesuatu perusahaan dan perniagaan dengan menggunakan tenaga dan kepakaran masing-masing dan hasil keuntungan yang diperolehi dibahagikan diantara mereka.Dalam erti kata lain,syarikat Abdan adalah yarikat perkongsian yang menggabungkan kemahiran dan kepakaran bukan berkongsi harta.

PENDAPAT ULAMA DAN HUKUM SYARIKAT ABDAN
Ulama mujtahid berselisih pendapat mengenai hukum syarikat Abdan atau Amal.Diantaranya iaitu :
• Imam Syafi’e mengatakan syarikat ini batal.Beliau berpendapat sedemikian adalah kerana tidak mungkin dapat dikira dengan tepat kadar kerja serta kemahiran yang dapat digunakan oleh setiap ahli syarikat serta kemampuan dan banyak sedikitnya kerja yang dilakukan.
• Imam Hanafi mengatakan syarikat ini adalah sah.
• Imam Malik juga berpendapat bahawa syarikat ini adalah sah dengan syarat kerja dan usaha yang mereka lakukan adalah sama.
• Menurut pendapat Imam Ahmad,syarikat ini juga adalah sah namun mestilah berlandaskan dan mematuhi segala peraturan yang mereka tetapkan sewaktu akad.
Para ulama mengharuskan syarikat ini kerana atas alasan untuk kebaikan dan kemashlahatan manusia kerana manusia juga kadang-kadang memerlukan perkongsian kemahiran serta tenaga untuk mendapatkan wang dan pendapatan.


SYARIKAT WUJUH
Syarikat Wujuh adalah perkongsian diantara dua orang atau lebih dalam pembelian dan penjualan sesuatu barang menggunakan jawatan mereka.Keuntungan dan kerugian yang dialami adalah dibahagikan secara sama rata.Dalam keadaan biasa,syarikat ini terbentuk diantara orang biasa dan orang terkemuka,yang mana barang yang mereka jadikan modal perniagaan itu dibeli oleh orang terkemuka tersebut dengan cara hutang dan menggunakan kedudukannya.Selepas itu barangan modal tersebut diurus niaga dan diperdagangkan oleh orang biasa dan keuntungannya mereka bahagikan antara mereka.Seterusnya orang biasa tersebut akan memperdagangkan barang tersebut.Syarikat wujuh ini juga merupakan syarikat yang mana pengurusannya bergantung kepada kepercayaan orang ramai yang menjadi ahli syarikat tidak mengeluarkan modal dan membeli barang secara hutang dan keuntungan dibahagikan secara bersama.

PENDAPAT ULAMA DAN HUKUM SYARIKAT WUJUH
Ulama berselisih pendapat mengenai hukum syarikat Wujuh ini.Iaitu :
• Imam Malik dan Syafi’e mengatakan bahawa syarikat ini adalah tidak sah.
• Imam Hanafi dan Ahmad mengatakan syarikat bentuk ini adalah sah.


SYARIKAT WUFAWADHAH
Syarikat Mufawadhah dari segi bahasa membawa maksud sama.Iaitu sama dari segi modal,untung dan pengurusannya.Dari sudut istilah pula membawa maksud sebagai dua orang atau lebih berpakat dalam sesuatu kerja dengan syarat modal,pengurusan dan agama mereka adalah sama dan masing-masing saling bertanggungjawab.Syarikat ini mempunyai skop yang lebih luas kerana ianya mencakupi semua syarikat berikut dan mudharabah.Keuntungan yang diperolehi adalah dibahagikan mengikut persetujuan bersama.Mengenai pengertian yang lebih khusus,ulama berselisih pendapat mengenai Syarikat Mufawadhah.Diantaranya ialah :
• Mengikut Imam Syafi’e,syarikat Mufawadhah ialah dua orang atau lebih berkongsi harta atau modal mereka dengan tidak mencampurkan harta-harta mereka itu sebelum melakukan akad.
• Menurut pendapat Imam Hanafi,Syarikat Mufawadhah ialah dua orang atau lebih berkongsi dalam sesuatu urusan dan sama banyak modal antara mereka,sama-sama berhak tasarruf dan juga antara mereka saling jamin-menjamin.
• Menurut pendapat Imam Malik,Syarikat Mufawadhah ialah dua orang atau lebih berkongsi dalam satu urusan perniagaan dengan jumlah harta dan modal yang mereka kumpulkan dengan syarat masing-masing mengambil keuntungan mengikut jumlah modal masing-masing sahaja.Selain itu,antara mereka saling berkongsi juga dari segi tenaga dalam tasarruf seperti sewa atau menjual beli baik ketika ada dan dengan pengetahuan rakan kongsi mereka atau waktu ketiadaan rakan kongsi.

PENDAPAT ULAMA DAN HUKUM SYARIKAT MUFAWADHAH
Pendapat ulama berkaitan syarikat Mufawadhah adalah berbeza.Diantaranya ialah :
• Menurut pendapat Imam Syafi’e,Hanbali dan Zahiri,jenis syarikat ini adalah tidak sah.
• Menurut pendapat Imam Malik dan Hanafi,syarikat ini adalah sah apabila ia menepati hukum syarak.


SYARIKAT AMLAK
Menurut pengertian umum,syarikat Amlak ialah dua orang atau lebih yang bersekutu atau berkongsi dalam sesuatu urusan tanpa lafaz akad syarikat.Syarikat jenis ini terbentuk disebabkan proses undang-undang atau syarak dan akhirnya secara tidak langsung wujudnya syarikat Amlak.
Pembahagian Syarikat jenis Amlak ialah :
• Syarikat Amlak Ikhtiar
• Syarikat Amlak Jabr

SYARIKAT AMLAK IKHTIAR
Syarikat Amlak Ikhtiar adalah syarikat yang terbentuk dengan sebab perbuatan dua orang atau lebih ahli syarikat.Contohnya dua orang atau lebih membeli barang ataupun dua orang yang diberikan satu hadiah dimana mereka itu saling berkongsi atau memiliki.

SYARIKAT AMLAK JABR
Syarikat Amlak Jabr adalah terbentuk melalui dua orang atau lebih tanpa melakukan sesuatu.Sebagai contohnya ialah,dua orang atau lebih yang mewarisi sesuatu benda.

PENDAPAT ULAMA MENGENAI SYARIKAT AMLAK
Mengikut pendapat para ulama,syarikat ini adalah tidak sama dengan syarikat Uqud.Dimana didalam syarikat Amlak ini setiap seseorang daripada ahli syarikat seolah-olah menjadi asing kepada bahagian yang lain antara mereka,dimana tidak harus ia menguruskan barangan milik bersama itu tanpa izin yang lain.


SYARIKAT TA’MIN ATAU INSURANS
Syarikat Ta’min ini mengikut konteks semasa lebih dikenali dengan insurans atau jaminan atau tanggungan.Secara lebih terperinci,Syarikat Ta’min ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
• Ta’min Al-Ijtima’i
• Ta’min Al-Tabaduli
• Ta’min Biqastin Thabitin

TA’MIN AL-IJTIMA’I
Ta’min Al-Ijtima’i ialah seseorang yang mendirikan Negara secara seorang diri ataupun dalam keadaan lain,seseorang yang berjanji untuk menguruskan hal-hal umum secara seorang diri.Apa yang dimaksudkan dengan Ta’min Al-Ijtima’i ialah jaminan atau tanggungjawab menolong dan menguruskan atau menghindarkan perkara yang boleh membawa bahaya tertentu seperti Ta’min untuk menangani orang yang lemah dan orang tua.

TA’MIN TABADULI
Insurans atau jaminan bentuk ini ialah persepakatan dan persekutuan dalam tolong-menolong dengan tujuan untuk jamin menjamin diantara ahli jama’ah atau sekumpulan manusia untuk menentang dan mencegah kemudharatan dan perkara yang membawa bahaya.

TA’MIN BIQASTIN THABITIN
Ta’min Biqastin Thabitin ialah suatu bentuk jaminan atau syarikat insurans atau tanggungan dengan mempunyai kadar tertentu.Apa yang dimaksudkan ialah syarikat insurans dalam konteks sekarang yang meliputi insurans nyawa,kebakaran,kemalangan,kenderaan dan sebagainya.

PENDAPAT ULAMA DAN HUKUM SYARIKAT TA’MIN
Fuqaha berselisih pendapat mengenai syarikat insurans dan akad perjanjian insurans.Khasnya seperti yang diamalkan pada masa kini.

ULAMA YANG MENGHARUSKAN
Mengikut ulama mutakhir contohnya Muhammad Abdullah,mengharuskannya kerana menilai bentuk insurans yang diakadkan itu terlebih dahulu.Dimana sekiranya ia tidak ada sebarang unsur penipuan dan perjudian dan tidak bercanggah dengan syarak adalah diharuskan.Ulama yang mengharuskan insurans juga mengatakan bahawa,bayaran premium yang dibayar kepada syarikat insurans akan diperdagangkan bersama modal orang lain dan keuntungan tersebutlah diberikan kepada mana-mana ahli yang ditimpa bencana atau kemalangan.Ia diharuskan juga kerana mempunyai akad dan persetujuan diantara kedua belah pihak.Justeru insurans diharuskan kerana ianya adalah untuk kemashlahatan manusia dan menjaga kepentingan umum dan individu.Namun begitu,ulama sependapat mengatakan insurans kerjasama dan insurans kerjasama dan insurans bercorak Islam adalah diharuskan.

ULAMA YANG MENGHARAMKAN
Antara ulama yang mengharamkan ialah Ibn Abidin.Insurans dikatakan haram adalah keran ianya berunsurkan penipuan,perjudian dan riba.Para ulam menambah lagi bahawa insurans mempunyai unsur-unsur riba dimana insurans yang dibayar oleh syarikat insurans adalah tidak setimpal dengan caruman premium ahli yang sedikit.Selain itu juga ulama mengatakan bahawa syarikat insurans sengaja mengambil keuntungan yang berlebihan atas alasan untuk mendapatkan pulangan dan bayaran insurans yang sebanyaknya.Ulama juga mengatakan bahawa syarikat insurans adalah tidak jujur dalam melaksanakan insurans yang mereka tawarkan.

No comments: