JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, February 5, 2011

KESALAHAN SARIQAH (MENCURI)



MENCURI
PENGERTIAN MENCURI

Mencuri mengikut pengertian umum ialah mengambil barang atau benda tanpa kebenaran pemilik barang tersebut. Mencuri dalam erti kata lain juga bermaksud mengambil barang orang lain dengan sembunyi atau helah yang dilakukan oleh orang yang cukup umur dan pilihan sendiri daripada tempat simpanan yang sesuai dan termaklum tidak dengan cara yang diberikan oleh syarak atau tidak dengan cara syubhat.

JENAYAH MENCURI DAN HADNYA
Jenyah mencuri adalah satu dosa dan diharamkan dalam Islam. Had bagi seorang pencuri ialah :
• Hukuman potong tangan mengikut ketetapan yang terdapat didalam Al-Quran.
• Pulangkan semula harta yang dicuri.

SYARAT SABIT MENCURI DAN POTONG TANGAN
• Pencuri mencuri barangan yang bernilai 1/4 dinar atau lebih.
• Dalam keadaan lain juga seseorang pencuri akan dipotong tangannya jika mencuri barang yang lebih daripada 3 dirham atau senilai dengannya.
• Barangan yang dicuri disimpan pada tempat yang sesuai.

ANGGOTA YANG DIPOTONG DAN MENCURI BERULANG
1. Pendapat pertama mengikut Imam Syafi’i dan Imam Malik yang mana pencuri secara terperinci dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu :
• Pencuri yang mencuri kali pertama dikenakan had potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
• Mencuri kali kedua dipotong kaki kiri hingga ke buku lali.
• Mencuri kali ketiga dipotong tangan kiri hingga ke pergelangan tangan.
• Mencuri kali keempat dipotong kaki kanan hingga ke buku lali.
• Mencuri kali kelima sehingga seterusnya dikenakan ta’zir atau dipenjarakan sehingga ia bertaubat.
2. Menurut pendapat “Ata” hukuman terhadap pencuri secara terperinci ada dua sahaja iaitu :
• Pencuri hanya dipotong tangannya bagi kesalahan kali pertama.
• Kesalahan kali kedua dan seterusnya akan dikenakan hukuman ta’zir.
3. Menurut mazhab Zahiri pula hukuman bagi pencuri secara terperinci dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
• Mencuri kali pertama dipotong tangan kanan.
• Mencuri kali kedua dipotong tangan kiri.
• Mencuri kali ketiga dan selanjutnya adalah hukuman ta’zir.
4. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, had terhadap pencuri terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ;
• Hukuman potong tangan kanan bagi kesalahan buat kali pertama.
• Hukuman potong kaki kiri buat kesalahan kali kedua.
• Kesalahan kali ketiga dan seterusnya ia hendaklah ditahan atau dipenjarakan sehingga ia bertaubat atau ditahan sehingga mati sekiranya dia enggan bertaubat.

PULANGKAN SEMULA BARANG YANG DICURI
Berlaku perbezaan pendapat pada jumhur ulama’. Iaitu :
• Menurut Imam Syafi’i dan Imam Ahmad pencuri hendaklah memulangkan semula barang yang telah dicurinya. Walaubagaimanapun mengikut pendapat mereka hukuman potong tangan hendaklah serentak dilakukan.
• Mengikut pendapat Imam Abu Hanifah, hukuman mengembalikan dan hukum memotong tangan tidak boleh dilakukan secara serentak.
• Menurut pendapat Imam Malik pula, pencuri hendaklah memulangkan semula barang yang telah dicurinya itu kepada pemilik asal barang tersebut tetapi jika barang tersebut sudah tidak ada lagi,pencuri hendaklah membayar sejumlah ganti rugi kepada pemilik barang tersebut.

No comments: