JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, February 5, 2011

MUQADDIMAH JENAYAH

JENAYAH
PENGERTIAN JENAYAH
JENAYAH MENGIKUT PENGERTIAN BAHASA

Jenayah mengikut pengertian bahasa membawa maksud segala perbuatan dosa dan tercela. Selain itu ianya juga dikenali daripada perkataan Jarimah berasal daripada perkataan Jarama yang membawa maksud berusaha kearah melakukan perkara keji dan tidak baik. Ini bererti Jarimah ialah sesuatu kejahatan yang membawa kepada dosa . Perkataan ini dipakai dalam Al-Quran dengan ungkapan pelbagai-bagai seperti Ajramu ,Yajrimannakum dan Ajramna . Untuk memberi maksud ini perkataan Jenayah adalah berasal daripada perkataan Janna bermaksud melakukan kejahatan dan Jenayah adalah sesuatu kejahatan yang dilakukan. Perkataan Jarama adalah membawa maksud yang sama dengan Jenayah. Konteks kata yang lebih jelas membawa maksud Jenayah ialah, satu perbuatan yang tidak sah menurut undang-undang atau kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.

JENAYAH MENGIKUT PENGERTIAN ISTILAH FUQAHA’

Mengikut pengertian istilah, para ulama’ telah memberikan dalam beberapa pengertian, antaranya ialah ;
• Menurut pengertian umum : Jenayah ialah kesalahan dan perbuatan yang dilarang di sisi undang-undang syara’ dan pesalah dikenakan hukuman hudud, qisas atau ta’zir.Iaitu segala perbuatan jahat yang dilakukan dengan tujuan untuk menceroboh harta benda, kehormatan, anggota dan tubuh badan manusia serta semua kesalahan yang meliputi perbuatan jahat baik kesalahan tersebut berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia.
• Jenayah dalam pengertian lain bermaksud seorang mukallaf yang melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh dengan menderhakai syariat Islam dan hukum Allah.
• Menurut pendapat Imam Al-Mawardi : Jenayah ialah segala perbuatan yang diharamkan oleh syara’ dengan hukuman hudud, qisas dan ta’zir.
• Menurut istilah jumhur fuqaha’, jenayah ialah sesuatu perbuatan yang diharamkan oleh syara’ sama ada ia dilakukan terhadap diri manusia, anggota badan serta harta, serta semua kesalahan yang merangkumi hukuman hudud’, qisas dan ta’zir.

No comments: