JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, February 5, 2011

MUQADDIMAH HUDUD

HUDUD
PENGERTIAN HUDUD

Hudud menurut bahasa adalah kata jamak bagi perkataan Had. Menurut pengertian bahasa ia bermaksud untuk mencengah, atau menyekat di antara dua perkara atau benda dan ia juga membawa maksud halangan. Hudud menurut istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat. Iaitu sesuatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk dan kadarnya telah ditentukan oleh Allah SWT dan syarak. Ia mestilah dilaksanakan untuk menjaga hak Allah SWT dan hak masyarakat awam. Hudud mengikut pengertian yang lain ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran serta ditetapkan oleh Nabi SAW melalui hadith Baginda. Contohnya hukuman rejam terhadap penzina yang muhsan telah ditetapkan sebanyak 100 kali sebatan. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 2 mafhumnya :
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.
Hudud mengikut pengertian istilah yang lain ialah balasan keseksaan yang telah ditentukan kadarnya oleh syarak untuk menjaga hak Allah dan hak manusia umum.

JENIS JENAYAH HUDUD
Antara jenis jenayah hudud adalah seperti berikut :
• Berzina.
• Qazaf.
• Minum arak.
• Berjudi.
• Merompak dan menyamun.
• Memberontak.
• Murtad.

No comments: