JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

ELEMEN MASLAHAH

ELEMEN MASLAHAT
1. Maslahat Duniawi / Kepentingan Urusan Kehidupan :
Dikenalpasti dan disesuaikan mengikut terjemahan akal yang thiqah (yang boleh terima kesahihannya), pengalaman dan urf' (Adat). Ulama Usul Fiqh yang telah bersependapat serta berpandangan adalah sepertimana yang tertera diatas, mereka adalah Imam Malik B. Anas ( 179 H), Imam Al-Juwayni As-Syafie ( 478 H), Imam As-Sarakhasi Al-Hanafi ( 490 H) , Imam Abu Hamid Al-Ghazali ( 505 H), Imam Izuddin B Abd Salam ( 660 H) & Imam Ibn Taymiah Al-Hanbali ( 728 H) yang mana maslahah duniawi adalah untuk kepentingan setiap masyarakat dan buka individu tertentu sahaja serta bukan untuk hawa nafsu.
2. Maslahat Ukhrawi / Kepentingan Urusan Akhirat:
Tidak boleh dipastikan kecuali melalui nas Al-Quran atau Hadith sahaja. Adapun para Fuqaha telah meletakkan beberapa kaedah bagi mengenalpasti maslahat Ukhrawi dan Duniawi, antara lain ;
 Memerhati dan meneliti nas Al-Quran dan Hadith yang jelas Kehendak ayat tersebut.
 Mengenalpasti maslahat dan Maqasid Syariah menerusi dalalah ayat perintah dan larangan.
 Penelitian terhadap 'ilat hukum dan seterusnya menentukan Maqasid Syariah.
 Kajian menyeluruh (istiqra) terhadap hukum-hukum yang telah sedia ada dan dalil-dalil hukum syara dan seterusnya menentukan Maqasid Syariah (Kehendak Syara').
 Mengambil kefahaman para sahabat hasil pemahaman mereka terhadap dalil-dalil.
Menggunakan akal hasil percubaan, pengalaman dan Urf (adat) yang tidak membatasi Maqasid Syariah.

No comments: