JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, February 5, 2011

DIYAT

DIYAT
PENGERTIAN DIYAT

Diyat mengikut pengertian istilah umum ialah suatu hukuman sebagai alternatif daripada hukuman qisas iaitu dalam kes-kes seandainya terdapat sesuatu halangan untuk dilaksanakan qisas atau juga kerana ada sebab tertentu yang menggugurkan qisas terhadap penjenayah dan pembunuh. Diyat mengikut pengertian lain juga ialah sejumlah bayaran kepada mangsa atau waris. Dalam sesetengah keadaan juga diyat dilakukan apabila penjenayah atau pembunuh diberi kemaafan oleh pihak ahli waris mangsa atau dalam kes pembunuh meninggal dunia sebelum dilaksanakan hukuman qisas terhadap dirinya. Manakala pembunuhan keatas kafir Zimmi adalah diwajibkan membayar diyat melalui firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 92 yang mafhumnya :
92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia (yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba Yang beriman. dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang tidak dapat (mencari hamba Yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (Hukum Yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

PEMBAYARAN DIYAT PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA
Pembayaran diyat merupakan suatu pembalasan yang dilaksanakan terhadap pembunuh yang tidak boleh dilakukan qisas terhadapnya. Dalam kes ini para ulamak berbeza pendapat. Diantaranya ialah :
• Menurut pendapat Imam Syafi’i dan jumhur ulamak, diyat itu diwajibkan terhadap pembunuh ketika gugur hukum qisas terhadapnya sama ada dengan kerelaannya ataupun tanpa kerelaannya.
• Menurut Imam Hanafi pula, diyat tidak wajibkan keatas pembunuh kecuali dengan kerelaan dan kemahuannya.

DIYAT PEMBUNUHAN SENGAJA
Waris kepada pembunuh atau pembunuh tersebut mestilah membayar diyat yang berat iaitu sejumlah 100 ekor unta iaitu :
• 30 ekor unta betina berusia 3 tahun.
• 30 ekor unta betina berusia 4 tahun.
• 40 ekor unta yang sedang bunting.

DIYAT PEMBUNUHAN SEPARUH SENGAJA DAN TIDAK SENGAJA
1. Menurut pendapat “Qaul Jadid Imam Syafi’i”, pembayaran diyat untuk pembunuhan separuh sengaja yang telah dilakukan adalah dengan unta sahaja. Iaitu membayar sebanyak 100 ekor unta yang berat. Diyat wajib dibayar kepada ahli waris mangsa selama tiga tahun. Tiap-tiap akhir tahun dibayar 1/3 daripadanya sehingga selesai selama tiga tahun. Diyat yang berat tersebut ialah :
• 30 ekor unta berusia tiga tahun yang masuk tahun keempat.
• 30 ekor unta berusia empat tahun yang msuk tahun kelima.
• 40 ekor unta yang sedang bunting.
2. Manakala kesalahan bagi pembunuhan yang tidak sengaja adalah membayar diyat dengan 100 ekor unta yang lebih ringan. Iaitu :
• 20 ekor unta betina berusia satu tahun yang masuk tahun kedua.
• 20 ekor unta betina berusia dua tahun yang masuk tahun ke tiga.
• 20 ekor unta betina berusia tiga tahun yang masuk tahun ke empat.
• 20 ekor unta betina berusia empat tahun yang masuk tahun ke lima.
• 20 ekor unta jantan berusia dua tahun yang masuk tahun ketiga.
3. Mengikut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, pembayaran diyat boleh dilakukan dengan emas, perak atau unta. Selain itu jika tidak ada unta ditempat tersebut maka dibolehkan membayar diyat dengan sejumlah wang yang nilainya sama dengan harga pasaran unta.

KADAR DIYAT
1. Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika dulu. Kadar penuh diyat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulamak berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa kini. Di antaranya ialah :
• Wang emas = 1000 dinar.
• Wang perak = 10,000 -12,000 dirham.
• Lembu = 200 ekor.
• Kambing = 2000 ekor.
• Persalinan = 200 persalinan lengkap.
2. Diyat perempuan 1/2 daripada diyat lelaki. Sebagaimana Hadis Nabi Muhammad SAW yang mafhumnya :
“Diyat perempuan adalah separuh diyat lelaki”
3. Diyat hamba adalah 1/2 diyat orang yang merdeka.


DIYAT BAGI MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN
• 100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti, terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
• 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diaytnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu daripada kaki atau tangan, mata dan telinga.
• 30 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dalam bahagian otak).
• 30 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala).
• 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) seperti kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
• 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang).
• 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
• 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
• 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang).

No comments: