JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, February 13, 2011

DASAR SYARIAT ISLAM

DASAR SYARIAT ISLAM
Islam dibawa dan disyariatkan adalah untuk menekankan beberapa aspek utama iaitu :
• Mendidik individu.
Matlamat dan maksud tujuan perundangan Islam ialah untuk mendidik individu itu sendiri supaya menjadi insan yang berguna seterusnya sebagai model dan ikutan kepada orang lain. Contohnya, mensyariatkan sembahyang. Antara tujuan disyariatkan sembahyang adalah untuk mendidik manusia daripada sifat keji dan maksiat.
• Menegakkan keadilan.
Dasar perundangan Islam adalah untuk menegakkan keadilan terhadap individu dan masyarakat. Konteks itu keadilan dibina adalah untuk mengambil hak daripada orang zalim dan memberikan hak kepada yang dizalimi.
• Menjaga kemaslahatan.
Maksud perundangan juga adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kepentingan individu serta masyarakat umum. Yang mana setiap yang disyariatkan adalah untuk menjaga kemaslahatan setiap masyarakat. Ianya bukan untuk kepentingan peribadi atau atas dasar hawa nafsu.

No comments: