JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, December 19, 2014

TRIP TO BOTANICAL GARDEN, PUTRAJAYA (01 NOVEMBER 2014)

Selama travel dan buat outdoor activities, ni antara pictures yang aku paling suka tengok.. Tak bosan tengok sebab gambar ni sangat2 cantik.. View dan snap pun nampak menarik.. Ha ni Taman Botani Putrajaya.. Ni first time datang sini.. Memang seronok sangat2.. Yelah tampat ni cantik dan banyak tempat2 menarik nak ambil gambar..

(Basirah, Azlan, Temeng, Hani, Zul, Nida, Ain dan Najwa)
Ha ni lah geng2 aku untuk outdoor activity tuh.. Kitorang ni dah macam adik beradik.. Rapat sangat2.. Semua activity akan buat bersama2, berkongsi cerita suka dan duka, saring meraihkan antara satu dan lain dan macam2 lagi laa.. Sejujurnya kalau melepak dengan dorang ni memang hilang semua tension.. Apa tidak nya boleh katakan sepanjang masa, minit dan saat asyik gelak saja.. Ha ni salah satu aktiviti menarik dekat Taman Botani ni.. Iaitu berbasikal.. Rate pun murah je.. Kitorang pergi masa weekend.. Sejam dia charge RM4.. Kitorang ambil 3 jam tapi tetap tak puas lagi.. Ahaha.. Lagipun masa tak mengizinkan masa tuh.. Yelah hujan turun dengan lebatnya.. Gambar ni rasa antara yang paling cantik..


Thanks teman sentiasa ada ketika suka dan duka.. Sentiasa bantu.. Sentiasa memberikan sokongan.. Sentiasa bersama.. Friendship till jannah ya teman2..


Ha, dekat bawah ni gambar dekat Astaka Morocco.. Memang rugi sangat2 tak pergi sana kalau datang Taman Botani Putrajaya ni.. Alah entrance fee murah jee hanya RM1 je.. Then boleh duduk lama2 dalam tuh, boleh ambil gambar sepuas2 nya dan sebagainya.. Ramai student2 yang konvo selalu ambil gambar kat sini.. Mungkin sebab view dan binaan nya yang cantik.. Buktinya?? See all the pictures below ;






TRIP TO GUNUNG DATUK (29 SEPTEMBER 2014)


Hamdallah ini merupakan Gunung kedua yang aku tawan selepas Gunung Kinabalu.. Pendakian Gunung Datuk ni mengambil masa selama 2 jam lebih.. Rombongan kami mula mendaki pada jam 10.00 pagi lebih dan sampai puncak dalam jam 12.30 tengah hari.. Sebelum program ni pihak penganjur ada masalah dalam pengankutan.. Tulah lambat memulakan pendakian..

Ha ni budak berdua ni paling banyak bersama masa mendaki.. Seronok sama2 dengan mereka.. Banyak benda yang dapat dikongsikan perihal diri.. ehehehe.. Sebenarnya mendaki Gunung Datuk ni tak lah mudah.. Latihan stamina agak penting jugak.. Sebab trek nya agak mencabar dan curam.. So memang guna banyak tenaga untuk pendakian Gunung Datuk ni..

Ni gambar di puncak Gunung.. Nak kongsikan sedikit tips.. Mengambil sarapan pagi tu sangat2 penting ketika nak mendaki Gunung or apa2 yang sama waktu dengannya.. Masa mendaki Gunung Datuk ni memang tak ambil apa2 sarapan.. Ye lah ingat trek mudah je.. Rupanya mencabar jugak.. Masa mendaki nak2 sampai puncak tuh, terasa nak vomit dah.. Rasa pening sangat.. Ketinggian yang tinggi, oksigen kurang.. So breathing technique kenalah tahu jaga.. Terpaksa aku guna prinsip dan tips masa mendaki Gunung Kinabalu.. Ehehehe..


Ketika pendakian ke Gunung Datuk ni,
ianya pengalaman yang sangat2 mencabar.. Sehinggakan berazam lepas ni dah tak nak naik Gunung2 dan apa2 yang sekutu dengannya.. Tapi once tah touch the summit of Mount Datuk ni, memang terasa puas.. Lepas tu tukar azam balik.. Kalau boleh nak tawan semua Gunung yang ada di Malaysia ni nanti.. Eheheh..

Mendaki Gunung Datuk ni tak perlu kos yang tinggi pun.. Program kami ni pun dikendalikan oleh pelajar USIM sendiri.. Charge yang mereka kenakan RM25 seorang.. Kira berbaloi laa masuk pengangkutan, makan tengah hari dan sarapan pagi.. Kalau pergi individually, perlu save money untuk pengankutan dan makan jelah..


Peneman ketika mengharungi saat2 sukar pendakian.. Ehehehe,..


 Perjalanan Balik ke USIM.. Semua muka kepenatan..

Thanks guys for support and help each other.. 

TRIP TO BROGA HILL (18 OKTOBER 2014)

Hamdallah baru berkesempatan untuk update semua aktivit2 yang berlangsung semester ini.. Ha ni program Mendaki Broga.. Ini merupakan aktiviti pertama aku untuk semester ini bersama kawan2.. Lepas dari mendaki Gunung Kinabalu lepas, aku jadi sangat2 berminat untuk meneroka dan mendaki tempat2 yang lain.. Seronok kot.. Memang penat tu tak payah nafikan lah tapi lepas dah sampai ke destinasi yang nak di tuju tuh of cos memang puas sangat2.. Ha trip ke Broga ni pada 18 Oktober 2014.. Masa ni cuti pertengahan semester untuk semster 5.. Maklum lah duduk hostel tak balik kan.. So buat la aktiviti dengan kawan2.. Bila lagi nak beraktiviti kan? Lepas study nanti dah sibuk dengan kerja dan life masing2 dah.. Ha ini la juga first step aku berjumpa dengan teman2 yang sempoi dan suka jalan macam aku.. Lepas kenal dorang memang banyak outdorr aktiviti yang kami buat sama2.. Contohnya cycling, climbing, swimming, ramble dan etc.. Semua akan update later yeah guys.. Just wait and keep update with me.. Ehehehe..



Ok sedikit sharing berkaitan Broga Hill.. Sejujurnya since aku duduk Semenanjung Malaysia dari tahun 2009 till now, 18 Oktober 2014 ni merupakan tarikh keramat aku dengan Broga.. Ye la first time jejak kaki ke sana kan.. Ha pengalaman mendaki, kami bergerak menuju ke Broga pada jam 5.00 pagi.. Opss plan asalnya nak gerak jam 4.30 pagi.. Tapi maklumlah aku ni kalau bangun awal pagi liat sikit.. Hahaha so terlajak sikit.. Tapi gerak jam 5.00 pagi tuh pun dah cukup2 cantik.. Sebab sampai kat puncak tepat2 masa matahari terbit.. Kalau nak daki Broga ni kena datang awal.. Sebab ramai sangat orang yang daki.. Kalau datang lambat, takut sesak masa nak naik.. So nanti akan menyebabkan kelambatan untuk kalian sampai ke puncak.. Untuk trek pula, Broga Hill memang tahap yang senang sangat2.. Tak ada masalah sangat nak naik.. Cuma stepping technique tu kena tahu laa sebab kat Broga semua tanah kecuali kat puncak tu baru tempat yang berbatu2.. Tanah ni licin sikit.. Pendakian kami mengambil masa selama sejam.. Sebenarnya nak naik ni kejap je.. Cuma jadi lambat sebab sesak dan tunggu rakan2 yang lain.. Tapi apapun Broga Hill sesuai untuk semua peringkat umur.. Trek pun tak susah.. View dari atas memang sangat2 cantik.. Lagi2 masa matahari nak terbit.. 






(Abang, Azam, Zul, Azlan, Lamin)

 (Temeng, Dibah, Obeng, Ain, Nieda)


 Naik Broga Hill ni seronok kalau ramai2.. Memang akan rasa pengalaman mendaki tu betul2.. Apapun tips untuk kumpulan, jangan pentingkan diri.. Sentiasa support kawan2 lain, tunggu mereka, jalan seiringan dengan mereka..